Jumaat, Mei 08, 2020

Tafsir asas quran nota 1(004)

Tafsir asas quran nota 1(04)

(2) Tafsir Al-Quran Dengan Hadits-Hadits Sahih.
تفسر القرآن بالأحاديث الصحيحة

Usu kedua ialah mentafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih. Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih juga bererti mentafsirnya dengan wahyu. Dalam usaha memahami dan memahamkan al-Qur'an ia merupakan sumber kedua dari langit.Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. sama ada berupa ucapan, perbuatan atau pengesahan
Baginda yang samapi kepada kita menerusi rantaian (sanad) perawi-perawi yang dipercayai dan boleh dijadikan hujah di sisi para ulama hadits merupakan saluran kedua
yang harus diikuti dan dijadikan pegangan dalam pemahaman al-Qur'an. Ini kerana ia juga merupakan sumber mu'tabar kepada umat.Menurut Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah, tafsiran al-Qur'an yang bercanggah dengan
hadits-hadits yang sahih dan tidak mansukh adalah satu bentuk tahrif (penyelewengan ma'na) al-Qur'an.
Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits yang sahih juga perlu kerana beberapa sebab berikut:
(a) Salah satu peranan dan kerja Nabi s.a.w.
dan menerangkan maksud-maksudnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam 
Surah An-Nahl 16:44

بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 

Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang  membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (an-Nahl:44).

(b) Allah memerintahkan NabiNya Muhammad s.a.w. supaya memutuskan perkara dan menghukum antara manusia dengan berpandukan al-Qur'an. Allah berfirman:

4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan