Tafsir asas quran nota baca 1(02-03)
1. TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN
Usul pertama yang perlu dipakai dalam mentafsir al-Qur’an untuk mendapat kefahaman yang betul dan selamat ialah mentafsir al-Qur’an sendiri.
Antara sebab kenapa usul ini perlu dipakai ialah kerana :
(a) Yang bercakap lebih mengetahui tentang apa yang dikehendakinya dengan percakapannya. Dialah yang orang paling patut diutamakan untuk anda mengetahui maksud percakapannya.
(b) Al-Qur’an kadang-kadang menyebutkan sesuatu secara ijmal. Kadang-kadang pula secara tafshil.
(c) Tidak ada sebarang pertentangan di dalam al-Qur’an, sama ada antara perkataan-perkataannya atau antara ayat-ayatnya. Al-Quran ialah kalam Allah. Ia membenar dan menguatkan satu sama lain. Ia juga mentafsir, menghurai dan menjelaskan satu sama lain.
Ribuan contoh terdapat di dalam al-Qur’an.
Sebagai panduan ambil saja dua daripadanya;
(a) Di dalam ad-Dukhan ayat 3,
Allah menceritakan bahawa Dia menurunkan al-Qu’ran pada satu malam yang diberkati.
Ad-Dukhkhan 44:3
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkahi. Sungguh, Kamilah yang memberi peringatan.
Apakah malam itu?
Lihat ayat 1 Surah al-Qadr إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Ia ialah malam Qadar.
Malam Qadr itu terletak dalam bulan apa pula?Jawabnya di bulan Ramadhan. (lihat ayat 185, Surah al-Baqarah).
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.
(b) Al-Qur’an beberapa kali menyebutkan manusia akan mendapat balasan dan ganjaran bagi segala usahanya. Kalau dia mahu dunia, dia akan mendapat dunia. Kalau dia mahu akhirat, dia juga akan mendapatnya. Orang-orang Islam diajar supaya meminta dunia dan akhirat, kedua-dua sekali. Sesiapa yang mencari dan meminta dunia sahaja, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Pada Allah ada dunia dan akhirat. Untuk mendapat apa-apa, sama ada di dunia atau akhirat, perlu ada usaha. Al-Qur’an menggunakan perkataan الحرث untuk usaha pencarian dunia dan akhirat. Perkataan ‘al-Harts’ baru dapat difahami dengan betul dan lengkap maksudnya apabila anda mengaitkannya juga dengan ayat 223 di dalam Surah al-Baqarah, ayat 134 di dalam Surah an-Nisaa’ dan ayat 20 di dalam Surah as-Syura.
3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan