Tafsir asas quran nota 1(06)
Rasulullah s.a.w. sendiri mentafsirkan perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah ini dengan ma'na syirik, dan ia difahami Baginda s.a.w. daripada firman Allah di dalam
Surah Luqman berikut:
Luqman 31:13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik (mempersekutukan Allah) itu adalah satu kezaliman yang besar".(Luqman:13).
(b) Berdasarkan hadits sahih, rangkai kata سبعا من ثانى yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah al-Hijr di bawah ini:
Al-Hijr 15:87
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ
Bermaksud: dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung (amat besar kemuliaan dan faedahnya).(al-Hijr:87), adalah Surah al-Fatihah.
Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullahزs.a.w. bersabda:
أُمُ القُرْآنِ هِىَ السَّبْعُ المَثِنِي وَالقُرْآنُ العَظِيمُ
Bermaksud: Ummul Qur'anlah (yang dimaksudkan
dengan) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung(yang dimaksudkan di dalam ayat al-Hijr:87) itu.
(Sahih al-Bukhari, bab firman allah وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ )
Demikianlah dua contoh tafsir al-Qur'an dengan hadits
yang sahih.
(3) Tafsir Al-Qur'an Dengan Atsar Sahabat
تفسير القرآن بآثار الصحابة
Usul ketiga ialah mentafsir al-Qur'an dengan atsar atau pendapat-pendapat Sahabat, khususnya 'Abdullah bin Mas'ud r.a.(m 32H)dan Abdullah bin 'Abbaas r.a.(m.68H).
Sebelum mentafsir al-Qur'an dengan pendapat-pendapat Sahabat, seseorang pentafsir hendaklah terlebih dahulu melihat al-Qur'an sendiri, apakah ada tafsiran terhadap sesuatu yang hendak ditafsirkan di dalamnya atau tiada. Kalau ada, maka tafsiran al-Qur'anlah yang seharusnya dipakai. Kalau tidak ada, maka perlu pula dicari tafsirannya di dalam
.
6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan