Tafsir asas quran nota 1(09)
Qataadah (m.118H) seorang Tabi'i yang terkenal berpendapat, ia bererti orang-orang yang bergantung hidupnya kepada seseorang untuk mendapat makanan dan minumannya.Mereka pula telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan.
Menurut Mujahid (m.107H) pula ia adalah laki-laki bodoh yang langsung tidak ada keinginan kepada wanita.
(5) Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Qaedah-Qaedah Bahasa 'Arab تفسير القرآن بما يوافق قواعد الغة العية
Usul kelima ialah mentafsir al-Qur'an berpandukan qaedah-qaedah bahasa 'Arab. Usul ini tidak kurang pentingnya daripada usul-usul yang tersebut sebelumnya.
Pentafsir mestilah seorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bahasa Arab. Ia mestilah mahir dalam ilmu Nahu, Sharaf, bahasa 'Arab dan Balaghah dengan
segala cabang-cabangnya. Ia mestilah mengetahui semua bentuk tasybih, isti'arah,kinayah dan sebab-sebab iiaaz serta ithnaab, selain mampu mengesan sesuatu yang
mahzuf (dibuang) di dalam sesuatu ayat, dan lain-lain perbahasan yang termasuk dibawah ilmu Bayan, Ma'ani dan Badi' yang merupakan cabang-cabang ilmu Balaghah.
Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa 'Arab. Tanpa penguasaan bahasa 'Arab seseorang tidak mungkin dapat memahami al-Qur'an. Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. juga dalamnbahasa 'Arab. Baginda s.a.w. bahkan merupakan orang Arab yang paling fasih. Oleh itu seseoran g yang hendak mentafsir al-Qur'an mestilah mengetahui selok-belok bahasa Arab fusha yang digunakan di zaman Nabi s.a.w. Sya'er-sya'er 'Arab jahiliah juga mestilah dijadikan rujukan, kerana ia merupakan contoh penggunaan bahasa 'Arab fusha (standard) yang tulen. Itulah sebabnya Ibnu 'Abbaas berkata:
إذا اشكل عليكم شيء من كتاب الله فالشعر فان الشعر ديوان العرب
Bermaksud: Jika timbul apa-apa kemusykilan
(berhubung dengan bahasa 'Arab) kepadamu, carilah jawapannya di dalam Sya'er ('Arab jahiliah). Kerana Sya'er ('Arab jahiliah) itu adalah kamus bahasa'Arab.
Di bawah nanti akan dikemukakan dua contoh penyelewengan akibat mengabaikan usul kelima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan