Tafsir asas quran nota 1(10)
(a) Ada golongan anti hadits yang tidak mengerti bahasa 'Arab menterjemahkan firman Allah:
اضرب بعصاك الحجر
yang sebenarnya bererti:
"pukullah batu itu dengan tongkatmu",dengan
"bawalah pengikutmu berjalan di bukit".
Penterjemah anti hadits itu tidak mengetahui
bahawa ضرب yang muta'addi bi nafsih bererti pukul atau memukul.
Perkataan ضرب yang muta'adi dengan في saja bererti berjalan, berpergian atau bersiar-siar.
(b) Seorang sufi sesat pula mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke 69 Surah al-'Ankabut:
Al-'Ankabut 29:69
وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
yang ma'na sebenarnya ialah:
dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik", dengan "dan sesungguhnya Allah
benar-benar telah menggilap orang-orang sufi." Si jahil ini tidak sedar bahawa لام pada perkataan لَمَعَ bukan فاء fiil, tetapi لام التأكيد(Lam yang merupakan kata penguat) pada
khabar إِنَّ
(6) Tafsir al-Quran menggunakan 'aqal fikiran
تفسير القرآن بالرأي
Usul keenam ialah menyatakan pendapat setelah meneliti, merenung dan mengkaji al-Qur'an berpandukan usul-usul yang tersebut di atas. Allah mengurniakan'aqal kepada
manusia. Al-Qur'an pula menggesa manusia menggunakan 'aqalnya. Maka seseorang ahli tafsir hendaklah sentiasa menggunakan 'aqal dalam kajiannya terhadap al-Qur'an.
Dengan menggunakan 'aqal, wujudlah kefahaman yang mendalam tentang agama تفقه في الدين.
Lihatlah bagaimana doa Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu Abbaas, seorang yang kemudiannya terbilang sebagai tokoh utama dalam tafsir. Bukankah baginda mendoakan
agar beliau mendapat kefahaman yang mendalam tentang agama dan agar diajar Allah kepadanya ilmu tafsir al-Qur'an? Begini doanya:
اللهم فقهه في الدين وعلمه التاويل
Bermaksud:
"Ya Allah, kurniakanlah kepadanya (Ibnu 'Abbaas) kefahaman yang mendalam tentang agama dan ajarlah dia ilmu tafsir al-Qur'an." (Hadits fiwayat Ahmad da Ibnu Abi
Syaibah).
Saiyyidina 'Ali pernah berkata, tidak ada apa-apa ilmu khusus atau rahsia pada kami,{ selain kefahaman tentang al-Qur'an yang Allah kurniakan kepada seseorang
إلا فيهما يعطيه الله رجلا في القرآن
(Atsar riwayat al-Bukhari). Kata-kata Saiyyidina 'Ali ini selain menolak da'waan golongan Bathiniah, menonjolkan juga betapa istimewanya kefahaman hasil
10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan