Rabu, Mei 20, 2020

Tafsir asas quran nota 2(017)

Tafsir asas quran nota 2(017)

Maksudnya: Aku bersumpah dengan hari kiamat, (1) 
dan Aku bersumpah dengan;jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (2)
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?(3)
bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.(4)
bahkan manusia itu hendak membuat ma'shiat terus menerus.(5)
Ia bertanya (secara mengejek):"Bilakah hari kiamat itu?"(6) Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),(7)
dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8)
dan matahari serta bulan dikumpulkan, (9)
(maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"(10)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat
perlindungan! (11)
hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.(12)
pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.(13)
bahkan manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri" (14)
Meskipun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).(15)
Janganlah engkau(wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Qurafi yang diturunkan
kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).(16) Sesungguhnya Kami jamin untuk mengumpulkannya (di dalam dadamu) dan(membuatmu pandai) membacanya. (17) Oleh itu apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;(18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan),(19) Sekali-kali janganlah demikian.
(Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai(kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.(20)
dan meninggalkan(kehidupan) akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)"(21).

Tetapi berdasarkan tafsiran al-Qaffaal yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya tidak ada sebarang keadaan ketergantungan pada firman Allah di dalam Surah al-Qiyaamah tadi. Ini kerana menurut beliau, keempat-empat ayat tersebut juga berkaitan dengan hari
kiamat. Orang yang dihadap cakap oleh Allah di dalam firmanNya:  لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ 
Ayatn16
itu bukanlah Nabi s.a.w. Sebaliknya n ditujukan kepada seluruh umat manusia. Kerana setiap manusia di hari Qiamat kelak akan membaca buku suratan amalan masing-masing berdasarkan firman Allah s.w.t. di dalam ayat'.

17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan