Rabu, Mei 20, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0006)

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0006)


membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu. (al-An'aam :25).

(3)At-Taubah 9:49
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ٱئْذَن لِّى وَلَا تَفْتِنِّىٓۚ أَلَا فِى ٱلْفِتْنَةِ سَقَطُوا۟ۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ 

49. Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku(supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
(at-Taubah:49).

قاعدة 5 

إذَا لاا َخْبَرَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْ نَفْسِهِ  بِلَفْظِ "كَيْفَ"  فَهُوَ اِسْتِخْبَارٌ عَلَى طَرِيْقِ التَّنْبِيْهِ لِلْمُخَاطَبِ أَوِ التَّوْبِيْخِ

Apabila Allah menceritakan tentang sesuatu perbuatan diriNya menggunakan perkataan كيف (kata tanya), maka itu
bererti peringatan dan amaranNya atau celaanNya terhadap mukhathab. Mungkin juga ia digunakan untuk menarik perhatian mukhathab kepada kekuasaan dan kehebatanNya.

Antara contoh yang dapat dikemukakan untuk qaedah ini ialah beberapa firman Allah
berikut:
(1)Aali-Imran 3:86

كَيْفَ يَهْدِى ٱللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَٰنِهِمْ وَشَهِدُوٓا۟ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقٌّ وَجَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ في 

86. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa
Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan
petunjuk hidayatNya kepada kaum yangzalim.
(Aali 'Imraan:86).

(2)An-Naml 27:50
وَمَكَرُوا۟ مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ 
An-Naml 27:51
فَٱنظُرْ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَٰهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ 

50. Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan