Tafsir asas quran nota 2(021)
terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenarnya merupakan ujian Allah. Ada pula yang mengatakan, orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememangnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti yang tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad. Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau bertekad untuk menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema’afkan, bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas keterlanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan ketelanjurannya. Dan macam-macam lagi… Namun semuanya tidak mengambil kira siyaaq dan sibaaq ayat-ayat tersebut.
Maulana Hifzur Rahman Sevhaarwi di dalam Qasas al-Qur’annya berbeza daripada mufassir-mufassir yang lain kerana beliau mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan siyaaq dan sibaaqnya. Menurut beliau, berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbaas yang dihukum sahih oleh al-Haakim dan Az-Zahabi, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari-hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja, Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam Ibadat tentunya ada dalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan