Khamis, Mei 21, 2020

Tafsir asas quran nota 2(022)

Tafsir asas quran nota 2(022)

amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhususkan satu hari untuk beribadat semata-mata di mana langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud.
Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam ayat berikutnya begini (bermaksud): 

Shad 38:26

يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَٰكَ خَلِيفَةً فِى ٱلْأَرْضِ فَٱحْكُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا۟ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ 

“Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Shaad:26).

Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalah rakyat jelatanya. Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku. Ia diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25.
Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 itu merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas keterlanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas itu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya. 
Perhatikan siyaaqnya, iaitu ayat 26 Surah Shaad yang dikemukakan tadi. Dan perhatikan pula sibaaqnya sebagaimana berikut 

Shad 38:20
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُۥ وَءَاتَيْنَٰهُ ٱلْحِكْمَةَ وَفَصْلَ ٱلْخِطَابِ 

(bermaksud): “Dan kami kuatkan kerajaannya serta Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksaan dalam menyelesaikan perselisihan”.(Shaad:20)


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan