Tafsir asas quran nota baca 1(014-015)
7)Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات
Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini.Tafsir al-Qur'an berdasarkan
(a) Kesesuaian antara ayat-ayatnya بِالنَّظَر إِلَى تِنَاسُبِ الأَيَات
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الأًيَات
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الكَلَام
(d) Berdasarkanmayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.
Usul ketujuh ini sangat istimewa
dan penting kerana beberapa sebab berikut:
(i) la menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan didalam firman Allah.
(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur'an (tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqif
(perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya)tidak ada campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi'in dalam penyusunannya.
(iii) Tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Musyhaf hari ini. meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetapi mengandungi ciri-ciri i'jaz.
(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda'wa susunan ayat-ayat al-Qur'an berkecamuk
dan tidak menarik.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang
kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayai
lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(vi) Da'waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syiah Rafidhah dan lain-lain bahawa"sesetengah ayat al-Qur'an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat" dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya'
(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu perkataan di
14
Tafsir asas quran nota 2(015)
dalam sesuatu ayat, begitu juga ia banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu ayat itu sendiri.Sebelum mengemukakan contoh-contoh rna'na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaq, elok kiranya dilihat terlebih dahulu betapa siyaaq dan sibaaq memainkan peranan yang penting dalam menentukan ma'na dan maksud sesuafu
perkataan di dalam sesuatu ayat"
Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:
(i) Perkataan الحكمةmisalnya, menurut Abu Hayyan mempunyai 30 ma'na.
Ia pada asalnya bererti kebijaksanaan. Inilah ertinya yang masyhur dan popular. Tetapi jika anda membaca ayat 261 hingga 274 di dalam Surah al-Baqarah, anda akan dapati 14 ayat berkenaan berbicara tentang berbelanja di jalan
Allah (الإنففاق في سبيل الله).
Di dalam ayat 269 daripadanya tersebut firman Allah yang terkandung di dalamnya perkataan الحكمة
Firman Allah:
يوتي الحكمة من يشاء ومن يوت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا
apakah di sini juga
perkataan itu seharusnya dipakai dengan ma'na popularnya atau dengan ma'na-nla'nanya yang lain? Para ulamak yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya akan berkata, ma'na-
ma'nanya yang lain kurang sesuai dipakai di sini. Ia di sini lebih sesuai dipakai dengan erti sifat murah hati, sifat suka berderma dan berbelanja di jalan Allah.
(ii) perkataan المتقين disebut Allah sebanyak 41kali di dalarn al-quran .Makna asalnya ialah orang-orang yang bertaqwa. Ia dipakai oleh para mufassirin dengan maksud-maksud yang sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya" Di dalam Surah at-Taubah ayat 4, ra dipakai dengan ma'na orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya!
Berdasarkan siyaad dan sibaaq, ia secara khususnya digunakan untuk orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya dalam konteks polisi dan dasar luar negara" Lihat Surah at-Taubah, ayat 1-7. Di dalam Surah al-Qashash ayat 83, mengambil kira siyaaq
dan sibaaq, perkataan المتقينseharusnya dipakai dengan ma'na orang-orang yang menggunakan kuasa dalam batas-batas peraturan dan undang-undang'.'Dan ia secara lebih khusus berkaitan dengan pihak berkuasa. Di dalam Surah an-Naba' ayat 31 pula ia digunakan dengan ma'na orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan."
15
Syarahan
(7)Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات
Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini. Tafsir al-Qur'an berdasarkan
(a)Kesesuaian antara ayat-ayatnya بِالنَّظَر إِلَى تِنَاسُبِ الأَيَات
(Mengambilkira kesesuaian satu ayat dengan ayat yg lain)
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الأًيَات
Apa رَبْطُ الأًيَات nya? Apa perkataan ayat sebelum dan selepas ni?
Iaitu perkataan ayat itu dengan ayat ini.
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الكَلَام
(d) Berdasarkan ayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.
(Jadi kita akan pakai istilah ini iaitu siyaaq dan sibaaq)
Misalnya kita jumpa satu ayat:
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.
Ayat selepasnya(siyaaq)
Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.
Ayat sebelumnya(sibaaq)
Al-Baqarah 2:5
أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Ini perkara penting yg membezakan suatu tafsir antara satu tafsir dengan tafsir yg lain.
Bahasa kita agak miskin berbanding dengan bahasa urdu
Jadi tafsir dalam bahasa kita lebih ketinggalan dengan tafsiran didalam bahasa urdu.
Dlm kitab bahasa urdu istilah2 yg kita guna inilah jumpa.
Kelainan pada tafsir susah nak di tengok sebab kita kekurangan kitab tafsiran.
Tafsir yg masyhur akan ambil kira perkara ini iaitu ayat sebelum selepas.
Kadang2 kita tak nampak perkaitan satu ayat dengan ayat.
Betul ke tiada perkaitan?
Inilah rahsianya yg boleh dilihat kalu kita belajar kita akan nampak keunikan alquran ciptaan Allah dan buktinya .
Contoh Kelemahan bahasa arab dikalangan orang kita dimana letaknya.bila tahu kelemahan maka perkara ini bolehlah diatasi.Jika tak tahu kelemahannya jadilah seperti ini iaiti tanpa tahu siyaaq dan sibaaq merasa alquran terputus2 ayat2nya.
Kasihan orang yg sudah mendekati alquran tetapi tak nampak bahkan nampak alquran celaru.beberbagai persoalan timbul bila baca alquran seperti kenapa tak letak perkara yg sama setempatnya.susah nak cari perkara sama ditempat yg berbeza .contoh lagi seperti
Sat ni cerita dunia pah cerita akhirat...ramai yg pening.
Isu ini sangat penting dan sudah sampai masa untuk belajar.
Usul ketujuh ini sangat istimewa dan penting kerana beberapa sebab berikut:
(i) la menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan didalam firman Allah.
Semua kehidupan dunia ada hubungan dengan kehidupan akhirat nanti.
Jangan ingat hanya hidup didunia sahaja.
Jadi bila sebut pasal keluarga kemudian sebut akhirat menunjukan ada hubungan lagi kehidupan keluarga diakhirat.
Hidup dunia jika masa tak sama tak jumpa.
Tapi akhirat kita akan jumpa bila sama2 mati.
Rasullah saw bg tau orang yg mula2 dia jumpa adalah Fatimah.
(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur'an (tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqif
(perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya)tidak ada campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi'in dalam penyusunannya.
Tetapi susunan ini tetap eluk sebab ia adalah panduan hidup manusia.
Susunan juzuk2 itu bukan tauqifi.
Ini ditentukan oleh orang lain bukan nabi saw.
Tanda2 yg ada didalamnya di susun adalah untuk kemudahan untuk berhenti baca dan rukuk dlm solat misalnya.
Quran majid ada byk tanda2 ditepi alquran untuk panduan mudahkan nak baca.
Quran karim lebih asli dan dekat dengan quran nabi saw.tetapi tiada langsung tanda2 tambahan yg kita ligat dalam quran majid.
(iii) Tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Musyhaf hari ini. meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetapi mengandungi ciri-ciri i'jaz.(yakni perkara yg akan datang iaitu mukjizat yg bererti melemahkan.ada berbagai lagi mukjizat.tetapi alquran mukjizat yg masih ada walaupun nabi saw dah mati )
Tertib yg betul2 ikut tertib nuzul tiada.
Seolah2 Allah tidak nak susunan begitu.
Cuba susun ayat surah iqra ..tentu susah jika nak susun ikut turun ayat.
Yg tuhan nak seperti yg ada sekarang sebab ia susunan yg tauqifi.
Keistimewaan quran ialah ramai yg hafal quran.
Mana nak cari kitab yg seperti ini.
(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda'wa susunan ayat-ayat al-Qur'an berkecamuk
dan tidak menarik.
Sebab itu siyaaq sibaaq ini penting.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang
kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
Apa kaitan larangan Allah terhadap nabi dari menggerak2an lidahnya ikut jibrail dengan ayat sebelum dan selepasnya?
Sebab apa tiada kaitan?
Kita kena tahu ini adalah makna ke 2 atau ke 3 mungkin.
Yang ada kaitan dengan siyaaq dan sibaaq ialah makna awalinya atau pertamanya.Ini contoh kelebihan tahu siyaaq dan sibaaq yg ringkas selepas ini akan dibincangkan lebih lagi .
Kadang2 ada hadis sahih sebab nuzul ayat nampak tak sesuai atau secocok tetapi dengan siyaaq dan sibaaq kita akan nampak kesesuaian.
Kita kena tahu Quran ada beberapa makna 1,2 atau 3.
Mungkin ada lebih lagi.
Dengan siyaaq dan sibaaq akan tahu makna 1.
Juga kita kena tahu bila tak perlu ambil kira sebab nuzul boleh yg mana akan nampak sesuai.
(vi) Da'waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syiah Rafidhah dan lain-lain bahawa"sesetengah ayat al-Qur'an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat" dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya'
Itu lah syiah boleh buat tuduhan quran yg ada sekarang adalah palsu.Syiah pun ada tafsir qurannya tersendiri berjilid2.Jika kita ada persiapan yg cukup seperti memahami siyaaq dan sibaaq yg boleh tahu ayat2 yg dikatakan tergantung misalnya ,kita boleh tahu dimana penyelewengannya.
Minit 47.
(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu perkataan didalam sesuatu ayat, begitu juga ia banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu ayat itu sendiri.Sebelum mengemukakan contoh-contoh ma'na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaq, elok kiranya dilihat terlebih dahulu betapa siyaaq dan sibaaq memainkan peranan yang penting dalam menentukan ma'na dan maksud sesuatu perkataan didalam sesuatu ayat".
Siyaaq dan sibaaq bukan setakat nak tahu pertautan satu ayat dengan ayat lain tetapi juga untuk tahu satu2 makna perkataan dalam satu ayat tertentu .
Dengan kata lain siyaaq dan sibaaq juga perlu diambil kira untuk faham makna satu2 perkataan.
Contoh perkataan taqwa.
Jika nak tahu maksud taqwa "disini" kena tahu siyaaq dan sibaaq.Apa lagi ayat.Iaitu untuk faham satu ayat yg lengkap
dicelah sekian ayat yg banyak.
Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:
(i) Perkataan الحكمةmisalnya, menurut Abu Hayyan mempunyai 30 ma'na.
Ia pada asalnya bererti kebijaksanaan. Inilah ertinya yang masyhur dan popular. Tetapi jika anda membaca ayat 261 hingga 274 di dalam Surah al-Baqarah, anda akan dapati 14 ayat berkenaan berbicara tentang berbelanja di jalan
Allah (الإنففاق في سبيل الله).
Di dalam ayat 269 daripadanya tersebut firman Allah yang terkandung di dalamnya perkataan الحكمة
Firman Allah:
يوتي الحكمة من يشاء ومن يوت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا
apakah di sini juga perkataan itu seharusnya dipakai dengan ma'na popularnya atau dengan ma'na-ma'nanya yang lain? Para ulamak yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya akan berkata, ma'na-ma'nanya yang lain kurang sesuai dipakai di sini. Ia di sini lebih sesuai dipakai dengan erti sifat murah hati, sifat suka berderma dan berbelanja di jalan Allah.
(ii) perkataan المتقين disebut Allah sebanyak 41 kali di dalarn al-quran .Makna asalnya ialah orang-orang yang bertaqwa. Ia dipakai oleh para mufassirin dengan maksud-maksud yang sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya" Di dalam Surah at-Taubah ayat 4, ra dipakai dengan ma'na orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya!
Berdasarkan siyaad dan sibaaq, ia secara khususnya digunakan untuk orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya dalam konteks polisi dan dasar luar negara" Lihat Surah at-Taubah, ayat 1-7. Di dalam Surah al-Qashash ayat 83, mengambil kira siyaaq
dan sibaaq, perkataan المتقينseharusnya dipakai dengan ma'na orang-orang yang menggunakan kuasa dalam batas-batas peraturan dan undang-undang'.'Dan ia secara lebih khusus berkaitan dengan pihak berkuasa.
-barulah nampak ini panduan untuk semua orang.
Di dalam Surah an-Naba' ayat 31 pula ia digunakan dengan ma'na orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan."
Bersambung .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan