Tafsir asas quran nota baca 1(04-06)
Tafsir asas quran nota 1(04)
(2) Tafsir Al-Quran Dengan Hadits-Hadits Sahih.
تفسر القرآن بالأحاديث الصحيحة
Usul kedua ialah mentafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih. Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih juga bererti mentafsirnya dengan wahyu. Dalam usaha memahami dan memahamkan al-Qur'an ia merupakan sumber kedua dari langit.Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. sama ada berupa ucapan, perbuatan atau pengesahan Baginda yang sampai kepada kita menerusi rantaian (sanad) perawi-perawi yang dipercayai dan boleh dijadikan hujah di sisi para ulama hadits merupakan saluran kedua
yang harus diikuti dan dijadikan pegangan dalam pemahaman al-Qur'an. Ini kerana ia juga merupakan sumber mu'tabar kepada umat.Menurut Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah, tafsiran al-Qur'an yang bercanggah dengan hadits-hadits yang sahih dan tidak mansukh adalah satu bentuk tahrif (penyelewengan ma'na) al-Qur'an.
Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits yang sahih juga perlu kerana beberapa sebab berikut:
(a) Salah satu peranan dan kerja Nabi s.a.w.
dan menerangkan maksud-maksudnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam
Surah An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (an-Nahl:44).
(b) Allah memerintahkan NabiNya Muhammad s.a.w. supaya memutuskan perkara dan menghukum antara manusia dengan berpandukan al-Qur'an. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:105
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);Dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.(an-Nisaa':105).
(c) Al-Qur'an sampai kepada kita (umat) menerusi Nabi s.a.w.
(d) Banyak sekali perintah Allah di dalam al-Qur'an diberikan secara ijmal. Hadits-hadits Rasulullahlah yang mentafshilkannya.Seperti perintah bersembahyang, memberi zakat,memotong tangan pencuri dan lain-lain. Satu perkara perlu sekali diingat apabila anda mentafsir al-Qur'an, iaitu anda mestilah mengelak diri daripada menggunakan hadits-hadits dha'if (lemah) dan maudhu'(palsu).Hadits-hadits tentang kelebihan setiap surah al-Qur'an yang dikemukakan di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir ats-Tsa'labi, al-Waahidi, az-Zamakhsyari, al-Baidhaawi dan lain-lain, kebanyakannya adalah maudhu'.
Untuk panduan, di bawah ini dikemukakan dua contoh mentafsirkan al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih:
(a) Perkataan ظلم biasanya memberi erti kezaliman atau ketidakadilan. Tetapi di dalam al-Qur'an ia dipakai juga dengan beberapa erti yang lain. Dpd hadits Bukhari ke 32 misalnya, diketahui perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-An'aam yang akan dikemukakan nanti adalah dengan ma'na syirik atau kesyirikan. Allah berfirman:
Al-An'am 6:82
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَلَمْ يَلْبِسُوٓا۟ إِيمَٰنَهُم بِظُلْمٍ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ
Bermaksud: orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(al-An'aam:82).
Rasulullah s.a.w. sendiri mentafsirkan perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah ini dengan ma'na syirik, dan ia difahami Baginda s.a.w. daripada firman Allah di dalam
Surah Luqman berikut:
Luqman 31:13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik (mempersekutukan Allah) itu adalah satu kezaliman yang besar".(Luqman:13).
(b) Berdasarkan hadits sahih, rangkai kata سبعا من ثانى yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah al-Hijr di bawah ini:
Al-Hijr 15:87
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ
Bermaksud: dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung (amat besar kemuliaan dan faedahnya).(al-Hijr:87), adalah Surah al-Fatihah.
Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullahزs.a.w. bersabda:
أُمُ القُرْآنِ هِىَ السَّبْعُ المَثِنِي وَالقُرْآنُ العَظِيمُ
Bermaksud: Ummul Qur'anlah (yang dimaksudkan
dengan) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung(yang dimaksudkan di dalam ayat al-Hijr:87) itu.
(Sahih al-Bukhari, bab firman allah وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ )
Demikianlah dua contoh tafsir al-Qur'an dengan hadits
yang sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan