Isnin, Mei 04, 2020

Tafsir nota baca 5(80-83)

Tafsir nota baca 5(80-83)

Tafsir nota 5(80)
Al-Baqarah 2:53
وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
Al-Baqarah 2:54
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ 
Al-Baqarah 2:55
وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 

Dan (kenangilah) ketika Kami kurniakan kepada Musa Al-Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan), supaya kamu mendapat petunjuk.¹⁰⁶ [53] 

Dan (kenangilah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku!Sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana perbuatan mu menyembah patung anak lembu itu.¹⁰⁷ Oleh itu bertaubatlah kepada Allah yang menciptakanmu dan bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu.¹⁰⁸ Tindakan itu lebih baik kepadamu di sisi Allah Pencipta kamu. Lalu Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."[54]

Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)." Maka kamu disambar petir, sedang kamu sendiri melihat(peristiwa itu)[55]


¹⁰⁶ Di dalam ayat ini Allah menyebutkan satu sahaja sifat Kitab Taurat dan satu sahaja tujuan ia dikurniakan kepada Nabi Musa a.s. 
Di dalam ayat-ayat di bawah ini anda akan mendapat beberapa lagi sifat dan tujuan Kitab Taurat itu:

Al-An'am 6:154
ثُمَّ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ تَمَامًا عَلَى ٱلَّذِىٓ أَحْسَنَ وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لَّعَلَّهُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ 

Bermaksud: Kemudian (ketahuilah pula bahawa) Kami telah memberikan kepada(Nabi) Musa Kitab Taurat untuk menyempurnakan (ni'mat Kami) kepada orang yang telah berbuat baik (menjalankan ajaran Kitab itu iaitu Nabi Musa), dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat, supaya mereka beriman kepada pertemuan dengan Tuhan mereka (pada hari akhirat kelak). (al-An'aam:154).

Hud 11:17
أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِۦ وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْهُ وَمِن قَبْلِهِۦ كِتَٰبُ مُوسَىٰٓ إِمَامًا وَرَحْمَةًۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦۚ وَمَن يَكْفُرْ بِهِۦ مِنَ ٱلْأَحْزَابِ فَٱلنَّارُ مَوْعِدُهُۥۚ فَلَا تَكُ فِى مِرْيَةٍ مِّنْهُۚ إِنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ 

Bermaksud: Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang mempunyai bukti yang nyata (Al-Qur'an) dari Tuhannya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al-Qur'an itu telah ada Kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada Al-Qur'an.Dan sesiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al-Qur'an, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu janganlah engkau ragu-ragu terhadap Al-Qur'an itu. Sesungguhnya (Al-Qur'an) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
(Huud:17).

Al-Isra' 17:2
وَءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَجَعَلْنَٰهُ هُدًى لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُوا۟ مِن دُونِى وَكِيلًا 

Bermaksud: Dan Kami telah mengurniakan kepada (Nabi) Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka):Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan(untuk menyerahkan urusanmu kepadanya).
(al-Israa' :2)

Al-Mu'minun 23:49
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ 

Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami mengurniakan Kitab Taurat kepada Musa, agar mereka (Bani Israil) mendapat petunjuk.(al-Mu' minun:49).

80

Tafsir nota 5(81)


Ghafir 40:53
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْهُدَىٰ وَأَوْرَثْنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱلْكِتَٰبَ 

Ghafir 40:54
هُدًى وَذِكْرَىٰ لِأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ 

Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengurniakan kepada (Nabi Musa petunjuk dan Kami wariskan Kitab Taurat kepada Bani Israil (53) 
untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir.(54).
(Ghaafir:53-54).

Al-Anbiya 21:48
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ٱلْفُرْقَانَ وَضِيَآءً وَذِكْرًا لِّلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada (Nabi) Musa dan(Nabi) Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.(al-Anbiyaa':48).

¹⁰⁷ Tidak disebut di sini daripada apakah patung anak lembut itu diperbuat. Tetapi Allah ada menyebut tentangnya pada beberapa tempat di dalam Al-Qur'an.
Perhatikan firman Allah di bawah ini:

Al-A'raf 7:148

وَٱتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَىٰ مِنۢ بَعْدِهِۦ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌۚ أَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّهُۥ لَا يُكَلِّمُهُمْ وَلَا يَهْدِيهِمْ سَبِيلًاۘ ٱتَّخَذُوهُ وَكَانُوا۟ ظَٰلِمِينَ 

Bermaksud: Dan kaum (Nabi) Musa, setelah kepergiannya (ke Gunung Tursina),mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara. (Allah berfirman): Tidakkah mereka mengetahui bahawa patung itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang zalim.
(al-A'raaf:148).

Thaa Ha 20:87
قَالُوا۟ مَآ أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَٰكِنَّا حُمِّلْنَآ أَوْزَارًا مِّن زِينَةِ ٱلْقَوْمِ فَقَذَفْنَٰهَا فَكَذَٰلِكَ أَلْقَى ٱلسَّامِرِىُّ 
Thaa Ha 20:88
فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا۟ هَٰذَآ إِلَٰهُكُمْ وَإِلَٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِىَ 

Bermaksud: Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri"mencampakkan apa yang dibawanya.(87)
Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari leburan barang-barang itu)patung seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Inilah tuhanmu dan tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa!"(88)
(Thaha:87-88).

Orang-orang yang terlibat dalam penyembahan patung anak lembu itu tidak terlepas begitu sahaja. Mereka dimurkai Allah dan menjadi hina dalam kehidupan di dunia dengan dihukum bunuh. 
Allah berfirman:

Al-A'raf 7:152

إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُفْتَرِينَ 

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu,akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini.

81

Tafsir nota 5(82)


Demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
(al-A'raaf: 152).

¹⁰⁸ Firman Allah   فا قتلوا أنفسكم  bukan bererti bunuhlah dirimu sendiri, tetapi ia bererti bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu atau hendaklah sebahagian dari kamu membunuh sebahagian yang lain. Penggunaan perkataan   أنفسكم dengan erti seperti ini ada digunakan pada tempat lain di dalam Al-Qur'an.

Sila lihat firman Allah berikut sebagai contohnya  
Al-Baqarah 2:84
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَكُمْ لَا تَسْفِكُونَ دِمَآءَكُمْ وَلَا تُخْرِجُونَ أَنفُسَكُم مِّن دِيَٰرِكُمْ ثُمَّ أَقْرَرْتُمْ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ 

Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian dengan kamu, iaitu kamu tidak boleh menumpahkan darah sesama kamu (membunuh orang), dan kamu tidak boleh mengusir satu sama lain dari kampung halamanmmu, kemudian kamu berikrar (akan mematuhinya) dan kamu sendiri menjadi saksi.
(al-Baqarah:84).

¹⁰⁹ Sebahagian daripada Bani Israil yang bersalah menyesali perbuatan mereka, lalu mereka bertaubat dengan sungguh-sungguh dan Allah menerima taubat mereka.Allah berfirman:

Al-A'raf 7:149
وَلَمَّا سُقِطَ فِىٓ أَيْدِيهِمْ وَرَأَوْا۟ أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا۟ قَالُوا۟ لَئِن لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 

Bermaksud: Dan setelah mereka menyesali (apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.
(al-A'raaf: 149).

¹¹⁰ Peristiwa ini disebutkan juga pada firman Allah di dalam Surah an-Nisaa' ayat 153. Berdasarkan ayat itu dapat difahami bahawa penyembahan berhala oleh mereka berlaku lama setelah peristiwa mereka mencabar Musa supaya menunjukkan Allah kepada mereka secara terang-terangan, sehingga mereka dapat melihatNya dengan mata kepala. Dari itu dapat disimpulkan bahawa apa yang tersebut di dalam Surah al-Baqarah ini bukan menggambarkan tertib sebenar. Ia hanya sekadar menyebutkan ni'mat-ni'mat Allah kepada mereka semata-mata.

Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

82
Tafsir nota 5(83)

An-Nisa' 4:153

يَسْـَٔلُكَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَٰبًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِۚ فَقَدْ سَأَلُوا۟ مُوسَىٰٓ أَكْبَرَ مِن ذَٰلِكَ فَقَالُوٓا۟ أَرِنَا ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ بِظُلْمِهِمْۚ ثُمَّ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَعَفَوْنَا عَن ذَٰلِكَۚ وَءَاتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَٰنًا مُّبِينًا 

Bermaksud: Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad)supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik, kerana) Sesungguhnya mereka telah meminta kepada (Nabi)Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)."Maka mereka disambar petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mu'jizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (apabila mereka bertaubat), dan Kami telah memberi kepada(Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).(an-Nisaa':153).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan