Khamis, Jun 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(029)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(029)

hukum-hakamnya.

(2) Di dalam ayat 285 dinyatakan bahawa orang yang mula-mula sekali beriman dan mengamalkan hukum-hakam syari'at terakhir itu adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Umat Islam tidak seperti orang-orang Yahudi yang membeza-bezakan para rasul. Mereka percaya kepada rasul-rasul dari kedua-dua keluarga Ismail dan Ishaq. Cogan kata umat Islam adalah سمعنا وأطعنا (kami dengar dan patuh kepada pemimpin). Dan begitulah juga sikap mereka. Mereka tidak berkata seperti orang-
orang Yahudi Bani Israil: سمعنا وعصينا(kami dengar tetapi kami mahu patuh), seperti telah tersebut pada ayat ke-93 yang lalu.

(3) Menerusi ayat 286, iaitu ayat terakhir Surah al-Baqarah, umat Islam diarahkan supaya sentiasa ingat akan beberapa prinsip yang terkandung di dalam ayat ini.

(a) Umat Islam tidak dibebankan lebih daripada kemampuannya dalam mengamalkan hukum-hukum agama syari'at terakhir. لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

(b) Masing-masing daripada amalan baik dan buruk ada balasannyayangtersendiri.  ما كسبت وعليها مااكتسنت

(c) Mereka tidak dikira bersalah jika melakukan sesuatu yang dilarang dengan terlupa atau 
tersalah. ربنا لا تؤاخنل إن نسينا أو أخطأنا.

(d) Sentiasa berdoa supaya terhindar daripada ujian yang tidak tertanggung. تحملنا مل لا طاقة لنابه

(e) Sentiasa ingat kepada Allah sebagai penolong dan pelindung (مولانا) dalam usaha-usaha menentang dan memerangi orang-orang kafir. Hubungan ruhani yang kukuh dengan Allah mestilah dijalin, dan ia tidak akan dapat dicapai tanpa memohon keampunan, maghfirah dan rahmatNya. واعف عنا واغفرلنا أنت مولانا

(f) Musuh pesaing umat Islam hingga ke hari kiamat adalah orang-orang kafir dari
kalangan Bani Israil. Untuk mencapai kemenangan dalam pertarungan dengan mereka
pertolongan Allah diperlukan. Oleh itu, selain mempersiapkan diri dengan senjata dan
kelengkapan perang, umat Islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah begini:فانصر على القوم الكافرين

29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan