Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(028)
Mesej utama
Hendaklah kamu mengikut hukum2 syariat terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhamad dengan ikhlas dan semampu2 kamu.
Paragraf pertama ayat 284
Pemilik langit dan bumi mempunyai hak memilik untuk membuat pertukaran kepada kepimpinan.
Manusia dikira dalam mengikut hukum2 ketentuan tuhan pemilik langit dan bumi berdasarkan niat dan kerja yang dilakukan.
Paragraf kedua ayat 285
Sikap umat Islam ialah سمعنا وأطعنا bukan seperti Bani Israel yang bersikap سمعنا وعصينا
Umat Islam tidak seperti Bani Israel membeza2kan antara rasul2.
Orang yang mula2 beriman kepada syariat yg baru dan hukum2 yg terdapat dudalamnys ialah Muhamad dan para sahabatnya.
Paragraf ketiga ayat 286
Amalan manusia dalam mengikut hukum hakam tuhan adalah mengikut kemampuan.
Orang2 yang melakukan keburukan akan mendapat balasannya dan orang2vyang melakukan kebaikan akan mendapat balasannya.
Allah tidak mengira salah kerana manusia terlupa dan tersalah.
Umat Islam hendaklah berdoa supaya tidak diuji dengan ujian2 berat seperti Bani Israel.
Untuk menghadapi orang2 kafir khususnya Banu Israel selain memerlukan jihad umat Islam hendaklah sentiasa memohon pertolongan kepada Allah.
Hingga ke Hari Qiamat saingan umat Islam yang sebenarnya adalah Bani Israel.
Bahagian keempat dan terakhir sebagai penutup Surah al-Baqarah hanya terdiri
daripada tiga ayat sahaja. Bahagian keempat ini mempunyai perkaitan yang rapat sekali dengan tiga bahagian seberumnya, terutamanya dengan bahagian ketiga yang
berkaitan dengan hukum-hakam syari'at terakhir. Bahagian keempat ini merupakan
penutup bagi surah al-Baqarah dan ia juga merupakan inti sari dan inti patinya.
(l) Di dalam ayat 284 dinyatakan bahawa Allah sebagai pemilik langit dan bumi
mempunyai hak untuk menukarkan kepimpinan manusia di bumi. Dia Maha berkuasa
atas segala sesuatu. Allah, pemilik langit dan bumi akan menghitung dan mengira
segala amalan dan niat manusia yang hidup di zaman syari'at terakhir berdasarkan
28
Tiada ulasan:
Catat Ulasan