Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(016)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(016)

Malah sebaliknya mereka telah menyembah anak lembu, meminta supaya Allah dapat dilihat oleh mereka dengan mata kepala, mengingkari ayat-ayat Allah, membunuh
nabi-nabi, melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu, berdolak-dalik apabila diperintah supaya menyembelih lembu, memesong dan menyelewengkan
ma'na ayat-ayat Allah, mereka cipta ayat-ayat dan mengatakan ia dari Allah untuk mendapat kepentingan dunia yang sementara dan banyak lagi kederhakaan-
kederhakaan dan jenayah-jenayah yang lain.

(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 80 hingga ayat 89). Di dalamnya Bani Israil dicela kerana terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan. Mereka percaya kalaupun mereka masuk neraka, maka masuknya hanya untuk beberapa hari sahaja. Itu tidak kerana lain, semata-mata kerana mereka daripada bangsa Bani Israil.
Al-Baqarah 2:80

وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ 
Dan mereka berkata, “Neraka tidak akan menyentuh kami, kecuali be-berapa hari saja.”

80. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka,kecuali selama beberapa hari saja."

Di dalam ayat ke-83 dan 84 Allah menyatakan butir-butir perjanjianNya dengan Bani Israil. Ia meliputi beberapa perkara berikut:

Memelihara tauhid (tidak menyembah selain Allah), berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, mengucapkan kata-kata yang baik, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, tidak membunuh diri dan tidak membunuh orang, tidak mengusir seseorang dari kampung halamannya dan tidak percaya kepada sebahagian kitab dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain.
Kepada orang-orang yang melanggar perjanjian itu diberikan ancaman akan mendapat kehinaan di dunia dan api neraka di akhirat nanti.

(5) Paragraf kelima (bermula dari ayat 90 hingga ayat I23). Di dalamnya juga disebutkan sifat terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan yang ada pada Bani Israil. Disebut juga di dalamnya sifat dengki luar biasa yang ada pada mereka. Kerana sifat dengki yang pelik itulah mereka hanya dapat mempercayai kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dari kalangan keluarga dan bangsa

16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan