Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(024)
satu darjat lebih daripada orang perempuan.
(Lihat ayat 228).
(i) Thalaq yang boleh diruju' ada dua kali sahaja.
(Lihat ayat 229).
(j) Selepas thalaq ketiga tidak ada peluang meruju' lagi. (Lihat ayat 230).
(k) si isteri boleh menebus thalaq terhadap suaminya. (Lihat ayat229).
(l) Selepas berlaku thalaq ketiga, si isteri tidak boleh berkahwin dengan suami yang telah menceraikannya kecuali setelah ia berkahwin dengan lelaki lain, kemudian ia bercerai dengan suami kedua itu atau suami keduanya meninggal dunia. (Lihat ayat 230).
(m) Lelaki diperintahkan supaya berkelakuan baik terhadap isterinya. (Lihat ayat 231-232).
(n) Tempoh penyusuan paling lama disebut dua tahun
(o) Bapabertanggungjawab terhadap perbelanjaan anak-anaknya.(Lihat ayat233).
(p) 'Iddah perempuan kematian suami adalah empat bulan sepuluh hari. (Lihat ayat 234). Dalam masa 'iddah perempuan dilarang berkahwin dan tidak boleh dipinang.
(Lihat ayat 235).
(q) Keharusan bercerai sebelum bersetubuh. Berhubung dengan mas kahwin, jika bercerai sebelum bersetubuh, maka mas kahwin yang perlu dibayar hanyalah separuh
daripada yang disebutkan di dalam 'aqad. Tetapi boleh juga masing-masing pihak bermurah hati. (Lihat ayat 236-237).
(r) Kepada isteri yang diceraikan hendaklah diberikan mas kahwin dan sesuatu pemberian yang lain sebagai cenderamata.(Lihat ayat24l-242).
(11) paragraf kesebelas (bermula dari ayat 243 hingga 274). Di dalamnya terdapat hukum jihad dan infaq. Ini adalah kali keempat persoalan jihad dan infaq disentuh .Perhatikanlah baik-baik struktur makro paragraf kesebelas ini. Ia dapat disimpulkan sebagai berikut:
24
Tiada ulasan:
Catat Ulasan