Khamis, Jun 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(023)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(023)

Tanpa berjihad dan mengalami pelbagai ujian, seseorang jangan berfikir dapat masuk syurga dengan mudah.
Galakan berinfaq. Dinyatakan pada perkara-perkara yang tidak disukai juga terdapat kebaikan.Orang yang berhijrah dan berjihad adalah orang yang mengharapkan rahmat Allah.(Lihat ayat 218).

(10) Paragraf kesepuluh(bermula dari ayat 219 hingga 242) Di dalamnya dinyatakan hukum arak, anak-anak yatim, perkahwinan, haidh, sumpah, iilaa', thalaq, penyusuan,
'iddah, mas kahwin dan lain-lain hukum berkaitan dengan kemasyarakatan.

(a) Arak dan judi, faedahnya sedikit, mudharatnya lebih banyak. (Lihat ayat 219).lni adalah hukum arak di peringkat permulaan. Selepas itu datang pula ayat ke-143 didalam Surah an-Nisaa' tentangnya. Dan akhir sekali turun ayat ke-90 di dalam Surah al-Maa'idah yang mengharamkan arak secara putus. Demikianlah peringkat-peringkat
pengharaman arak yang tersebut di dalam al-Qur'an.

(b) Dibenarkan berkongsi dalam pelaburan harta anak-anak yatim. (Lihat ayat220).

(c) Diharamkan berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik. (Lihat ayat 221).

(d) Dilarang bersetubuh dengan isteri ketika berhaidh. (Lihat ayat 222).

(e) Berhubung dengan orang-orang yang melakukan iilaa' terhadap isteri-isteri mereka, iaitu orang-orang yang bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya, diberikan kepadanya tempoh selama 4 bulan. Dalam masa itu ia masih boleh meruju kembali kepada isterinya. Selepas itu tidak boleh lagi ia menahan isterinya. Dia hendaklah menceraikannya. (Lihat ayat 226).

(0 'Iddah perempuan yang dicerai adalah tiga quru'.
(Lihat ayat 228).

(g) Perempuan mengandung dilarang menyembunyikan kandungannya.(Lihat ayat 228).

(h) Hak-hak perempuan sama seperti hak-hak lelaki, cuma orang lelaki mempunyai

23

Tiada ulasan:

Catat Ulasan