Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(025)
Ayat 243: Berkaitan dengan jihad Bani Israil.
Ayat 244: Umat Islam diperintahkan berjihad.
Ayat 245: Umat Islam digesa berbelanja di jalan Allah sebagai قرضاحسا (hutang yang membawa pulangan yang sangat menguntungkan) dari pihaknya kepada Allah.
Ayat 246-250: Di dalamnya disebutkan kisah perjuangan dan jihad Bani Israil dibawah pimpinan Thalut dan bagaimana beliau dapat mengalahkan Jalut.
Ayat 251-253: Di dalamnya diterangkan tentang tujuan dan matlamat jihad. Menerusi jihad Allah menghapuskan golongan yang zalim. Tanpa jihad bumi ini akan penuh
dengan kerosakan. Menerusi jihad Allah melimpahkan kurniaNya ke seluruh dunia.ولكن الله ذو فضل على العلمين
(Lihat ayat 251).
Ayat 254: Di dalamnya Allah memerintahkan orang-orang Islam supaya berbelanja dijalan Allah.
Enam ayat selepasnya merupakan ayat
selingan (جملة معترضة), iaitu ayat 255 hingga 260.
Selepas itu bermula semula cerita tentang berbelanja di jalan Allah daripada ayat 267.Apa kelebihan dan apa perbandingannya. Ia berterusan hingga ke ayat 274.
Ayat selingan atau جملة معترضة yang disebutkan itu bermula dari ayat 255. Dan ayat 255 itu dipanggil ayat al-Kursi. Di dalamnya Allah memperkenalkan ZatNya menerusi sifat-sifatNya .
Ayat 256: Di dalamnya diterangkan perbezaan di antara رشد dan غى. Dinyatakan juga dua macam jihad. Jihad kerana Allah dan jihad kerana Thaghut. Pergantungan yang
kukuh ialah keimanan kepada Allah.
Ayat 257: Allah dengan sifat-sifat yang tersebut di dalam Ayat al-Kursi itu dikatakan sebagai wali (pelindung) orang-orang mu'min dan Thaghut pula dikatakan wali
(pelindung) orang-orang kafir.
Ayat 258: Di dalamnya dikemukakan Nabi Ibrahim sebagai contoh رشد dan Namrud yang merupakan Thaghut di zamannya pula dikemukakan sebagai contoh غى .Namrud
menda'wa berkuasa menghidup dan mematikan, dia juga tidak percaya kepada hari kemudian. Namrud tercengang apabila mendengar dalil 'aqli yang diberikan oleh
25
Tiada ulasan:
Catat Ulasan