Khamis, Jun 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(026)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(026)

Nabi Ibrahim untuk mernbuktikan adanya hari kemudian.

Ayat 259 Di dalamnya dikemukakan dalil kedua untuk membuktikan kewujudan hari akhirat. Kepercayaan penuh tentang wujudnya hari akhirat merupakan prasyarat
kepada seseorang yang berjuang menentang Thaghut. Allah telah menghidup semula seorang yang telah mati selama seratus tahun.

Ayat 260: Di dalamnya dikemukakan dalil ketiga bagi adanya hari akhirat dan hari kebangkitan. Nabi Ibrahim diperintah mengambil empat ekor burung yang berlainan
jenis dan mencencangnya, kemudian setelah digaul dan dicampur aduk kesemua bahagian burung-burung itu, diletakkanlah di atas tiap tiap satu bukit (daripada empat
buah bukit) satu bahagian dari burung-burung yang telah dicencang itu. Kemudian Allah memerintah Ibrahim supaya memanggilnya. Burung-burung itu dalam keadaan
sempurna kejadiannya terus terbang pergi kepada Ibrahim dengan segera.

Ayat 261 hingga 274: Di dalamnya disebut kembali tentang infaq di jalan Allah dan adab-adabnya. Infaq hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah. Setelah diberi
jangan diungkit-ungkit dan jangan pula menyakiti hati orang yang diberi. Jangan dipilih sesuatu yang buruk dan tidak elok untuk diberikan. Memberikan sesuatu secara
sulit lebih baik. Jangan ada sifat menunjuk-nunjuk. Infaq adalah suatu amalan yang meneguhkan jiwa manusia. Selepas selesai menyebutkan tentang infaq, Allah
menyebutkan pula tentang pengharaman riba. Kerana berinfaq dan mengamalkan riba ada dua sifat yang berlawanan. Infaq melambangkan kemurahan, memakan riba pula melambangkan kebakhilan.

(12) Paragraf kedua belas (bermula dari ayat 275 hingga 283).Di dalamnya dinyatakan hukum riba, hutang, gadaian dan lain lain.
Di bawah paragraf kedua belas bagi bahagian ketiga surah al-Baqarah ini terkandung beberapa hukum muamalat seperti berikut:
(a) Di dalam ayat 275 hingga 281 terdapat hukum haram riba. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Perang terhadap pemakan riba diisytiharkan.
Pemakan riba disebut sebagai ahli neraka.
(b) Di dalam ayat 282 terdapat hukum hutang piutang. Hutang perlu dicatat atau

26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan