Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(011)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(011)

mereka pula tidak akan berdukacita.
Ayat-ayat ini sebenarnya merupakan perincian dan penjelasan bagi dua ayat di akhir bahagian pendahuluan struktur makro Surah al-Baqarah, iaitu ayat ke-38 dan juga ke-39.
(2) Melalui ayat ke-40: وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ
(dan penuhilah janjimu kepadaKu,niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu),dinyatakan janji bersyarat oleh Allah kepada Bani Israil.Tetapi mereka telah memungkiri janji. Maka dilucutkanlah jawatan kepimpinan daripada mereka.
Ayat ke-152 juga merupakan janji bersyarat daripada Allah kepada umat Islam:فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), niscaya Aku ingat (pula) kepadamu).
(3) Ayat ke-47 danke-122 sebenarnya sama. Ini bererti ia diulangi dua kali di dalam Surah ini. Pada kedua-dua tempat itu Allah menyatakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil setelah mereka dikurniakan begitu banyak ni'mat dan mereka dilebihkan daripada orang-orang lain di seluruh dunia.

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Maksudnya: Hai Bani Israel, ingatlah akan ni'matKu yang telah Ku anugerahkan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.

Lalu setelah Bani Israil menderhakai Allah, tersingkirlah mereka daripada jawatan kepimpinan yang merupakan sebahagian daripada anugerah Allah kepada bangsa
mereka. Mahkota kepimpinan yang dipakaikan Allah di kepala mereka.وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَkemudiannya ditanggalkan.

Struktur Makro Surah Al-Baqarah
Surah al-Baqarah dapat dibahagikan kepada empat bahagian besar. Setiap bahagian yang besar ini mempunyai bahagian kecil pula di bawahnya. Masing-masing
daripadanya mempuyainya struktur makronya yang tersendiri. Terlebih dahulu dikemukakan di sini perincian tentang empat bahagian besarnnya itu:
(1) 39 ayat di permulaan Surah ini merupakan muqaddimahnya.

11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan