Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(012)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(012)

(2) Bahagian kedua Surah bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke-142. Di dalamnya diisebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah kaum Bani Israil. Ia dikemukakan satu per satu. Itulah sebabnya kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan kepimpinan.
(3) Bahagian ketiga bermula dari  ayat ke-143 hingga ayat ke-283. Di dalamnya disebutkan tentang peralihan kuasa daripada Bani Israil kepada Bani Ismail. Umat Islam di zaman awal disebut sebagai imam dan ummatan wasatha (umat terpilih).Mereka diberikan hukum dan syari'at terakhir melalui Nabi terakhir, Muhammad s.a.w.
(4) Bahagian terakhir Surah yang terdiri daripada tiga ayat merupakan penutup Surah.
Di dalamnya disebutkan beberapa prinsip yang perlu dipegang oleh umat Islam untuk mereka berjaya mengatasi orang-orang kafir.
Di bawah ini dikemukakan empat bahagian besar yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah:

Bahagian pertama.
1 hingga ayat 39
Pendahuluan

Bahagian kedua 
Bermula dari ayat 40 hingga ayat 42
Perincian kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh
Bani Israil serta keterangan tentang perlucutan jawatan
kepimpinan daripada mereka.

Bahagian ketiga 
Bermula dair ayat 143 hingga ayat 283
Perlantikan umatIslam ke jawatan kepimpinan umat
manusia

Bahagian keempat 
Bermula dari ayat 284 hingga ayat 286
Penutup.

Mesej Utama Surah
Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan.Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya'qub dan Nabi Yusuf a.s., kira-kira pada tahun 1,900 sebelum Masehi, dan ia berterusan hingga ke zaman 61 0 Hijrah,iaitu apabila Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi kira-kira 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang
melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum

12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan