Khamis, Jun 04, 2020

Surah al baqarah bahagian 4

Surah al baqarah bahagian 4
Bahagian ke empat 
Struktur Makro Bahagian Keempat Dan Terakhir Surah Al-Baqarah.

Ia bermula dari ayat 284 hingga 286. Dan ia terdiri daripada tiga paragraf.(ada rajah)

Paragraf pertama ayat 284 
Pemilik langit dan bumi mempunyai hak memilik untuk membuat pertukaran kepada kepimpinan.
Manusia dikira dalam mengikut hukum2 ketentuan tuhan  pemilik langit dan bumi berdasarkan niat dan kerja yang dilakukan.

Paragraf kedua ayat 285
Sikap umat Islam ialah  سمعنا وأطعنا bukan seperti Bani Israel  yang bersikap  سمعنا وعصينا
Umat Islam tidak seperti Bani Israel membeza2kan  antara rasul2.
Orang yang mula2 beriman kepada syariat  yg baru  dan hukum2 yg terdapat  dudalamnya ialah Muhamad dan para sahabatnya.

Paragraf ketiga ayat 286
Amalan manusia dalam mengikut  hukum hakam tuhan adalah mengikut kemampuan.
Orang2 yang melakukan  keburukan  akan mendapat  balasannya dan orang2 yang melakukan kebaikan  akan mendapat balasannya.
Allah tidak mengira salah kerana manusia terlupa dan tersalah.
Umat Islam hendaklah berdoa supaya  tidak diuji dengan ujian2 berat seperti Bani Israel.
Untuk menghadapi orang2 kafir khususnya Banu Israel  selain memerlukan jihad umat Islam hendaklah  sentiasa memohon pertolongan kepada Allah.
Hingga ke Hari Qiamat saingan umat Islam yang sebenarnya adalah Bani Israel.

(4) Bahagian terakhir Surah yang terdiri daripada tiga ayat merupakan penutup Surah.
Di dalamnya disebutkan beberapa prinsip yang perlu dipegang oleh umat Islam untuk mereka berjaya mengatasi orang-orang kafir.

Bahagian 4 ayat 283-284 Jika kamu mengikut syariat terakhir dengan penuh keikhlasan dan setakat yang termampu  maka kamu akan berjaya memperolehi kuasa.

Bahagian keempat 
Bermula dari ayat 284 hingga ayat 286
Penutup.

Bahagian keempat dan terakhir sebagai penutup Surah al-Baqarah hanya terdiri daripada tiga ayat sahaja. Bahagian keempat ini mempunyai perkaitan yang rapat sekali dengan tiga bahagian sebelumnya, terutamanya dengan bahagian ketiga yang berkaitan dengan hukum-hakam syari'at terakhir.

Bahagian keempat ini merupakan penutup bagi surah al-Baqarah dan ia juga merupakan inti sari dan inti patinya.
(1) Di dalam ayat 284 dinyatakan bahawa Allah sebagai pemilik langit dan bumi mempunyai hak untuk menukarkan kepimpinan manusia di bumi. Dia Maha berkuasa
atas segala sesuatu. Allah, pemilik langit dan bumi akan menghitung dan mengira segala amalan dan niat manusia yang hidup di zaman syari'at terakhir berdasarkan hukum-hakamnya.

(2) Di dalam ayat 285 dinyatakan bahawa orang yang mula-mula sekali beriman dan mengamalkan hukum-hakam syari'at terakhir itu adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Umat Islam tidak seperti orang-orang Yahudi yang membeza-bezakan para rasul. Mereka percaya kepada rasul-rasul dari kedua-dua keluarga Ismail dan Ishaq. Cogan kata umat Islam adalah سمعنا وأطعنا (kami dengar dan patuh kepada pemimpin). Dan begitulah juga sikap mereka. Mereka tidak berkata seperti orang-
orang Yahudi Bani Israil: سمعنا وعصينا(kami dengar tetapi kami mahu patuh), seperti telah tersebut pada ayat ke-93 yang lalu.

(3) Menerusi ayat 286, iaitu ayat terakhir Surah al-Baqarah, umat Islam diarahkan supaya sentiasa ingat akan beberapa prinsip yang terkandung di dalam ayat ini.

(a) Umat Islam tidak dibebankan lebih daripada kemampuannya dalam mengamalkan hukum-hukum agama syari'at terakhir. لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

(b) Masing-masing daripada amalan baik dan buruk ada balasannyayangtersendiri.  ما كسبت وعليها مااكتسنت

(c) Mereka tidak dikira bersalah jika melakukan sesuatu yang dilarang dengan terlupa atau 
tersalah. ربنا لا تؤاخنل إن نسينا أو أخطأنا.

(d) Sentiasa berdoa supaya terhindar daripada ujian yang tidak tertanggung. تحملنا مل لا طاقة لنابه

(e) Sentiasa ingat kepada Allah sebagai penolong dan pelindung (مولانا) dalam usaha-usaha menentang dan memerangi orang-orang kafir. Hubungan ruhani yang kukuh dengan Allah mestilah dijalin, dan ia tidak akan dapat dicapai tanpa memohon keampunan, maghfirah dan rahmatNya. واعف عنا واغفرلنا أنت مولانا

(f) Musuh pesaing umat Islam hingga ke hari kiamat adalah orang-orang kafir dari kalangan Bani Israil. Untuk mencapai kemenangan dalam pertarungan dengan mereka
pertolongan Allah diperlukan. Oleh itu, selain mempersiapkan diri dengan senjata dan kelengkapan perang, umat Islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah begini:فانصر على القوم الكافرين

Mesej Utama Bahagian Terakhir Surah Al-Baqarah.
Umat Islam hendaklah mernpunyai hubungan yang teguh dengan Allah s.w.t. Selain itu mereka hendaklah mengamalkan hukum-hukum syari'at terakhir dengan penuh keikhlasan setakat termampu, supaya dengan itu mereka dapat mengalahkan orang-orang kafir, khususnya Ahlil Kitab.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan