Surah al baqarah bahagian 3
Bahagian ke tiga
(3) Bahagian ketiga bermula dari ayat ke-143 hingga ayat ke-283. Di dalamnya disebutkan tentang peralihan kuasa daripada Bani Israil kepada Bani Ismail. Umat Islam di zaman awal disebut sebagai imam dan ummatan wasatha (umat terpilih).Mereka diberikan hukum dan syari'at terakhir melalui Nabi terakhir, Muhammad s.a.w.
Bahagian tiga ayat 142-283 Manusia hendaklah menerima ajaran Islam semua sekali dan beramal mengikut syariat rasul yg terakhir supaya benar2 menjadi ummat terpilih dan dapat menjadi contoh serta bukti untuk manusia sekaliannya.
Bahagian ketiga Bermula dari ayat 143 hingga ayat 283 Perlantikan umat Islam ke jawatan kepimpinan umat manusia.
Struktur Makro Bahagian Ketiga Surah Al-Baqarah
Bahagian ketiga ini mengandungi 12 paragraf. Melaluinya diberikan hukum-hukum syari'at yang terakhir kepada umat yang baru terpilih.
Antara ciri-ciri bahagian ketiga Surah Al-Baqarah ialah di celah-celah hukum-hakam yang diberikan di dalamnya terdapat arahan berinfaq dan berjihad. Ia mengisyaratkan
kepada keperluan adanya negara Islam untuk menyempurnakan pelaksanaan hukum-hukum Islam. Untuk itu umat Islam hendaklah berjihad dengan harta bendanya
menerusi iniaq dan dengan jiwa raganya menerusi perang fiihad).
Bahagian Ke tiga Surah Al Baqarah ayat 141-283.
Dan ia dibahagikan kepada 12 paragraf.
Ada 12 paragraf.
Melaluinya diberi syariat yg terakhir kepada yg baru dipilih atau diberi panduan untuk mengurus kehidupan.
(1) Paragraf pertama bermula dari ayat I42 hingga 153. Di dalamnya tersebut perlantikan umat terpilih أمة وسطا memegang jawatan sebagai saksi dan contoh
kepada manusia شهادة على الناس. Penyingkiran Bani Israil daripada jawatan kepemimpinan. Arahan bershalat ke arah Ka'bah. (Lihat ayat 143-144).
Penukaran arah qiblat berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu umat Islam bershalat dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan. Terdapat dua isyarat di sebalik penukaran arah qiblat:
(a) Ia mengisyaratkan kepada peralihan jawatan kepemimpinan daripada Bani Israil kepada Bani Ismail.
(b) Ia mengisyaratkan kepada perlunya Ka'bah yang menjadi qiblat umat Islam itu dibersihkan daripada berhala-berhala. Bagaimana pun Ka'bah baru dapat dibersihkan daripada berhala-berhala enam tahun kemudian, pada bulan Ramadhan tahun ke-8
Hijrah setelah umat Islam berjaya menkluki Mekah.
Terdapat arahan daripada Allah supaya umat Islam tidak takut kepada orang-orang Yahudi berhubung dengan penukaran arah qiblat itu. فلا تخشو هم واخشونى.
(Lihat ayat 150).
Umat terakhir diberi janji bersyarat oleh Allah. Jika mereka ingat kepada Allah, maka Allah akan ingat juga kepada mereka. فاذكر ونى أذكركم (Lihat ayat 152).
Ketika diberi arahan kepada mereka supaya berjihad, bersabar dan bershalat,diberikan juga kepada mereka orang-orang yang bersabar dan berita gembira bahawa petolongan Allah ada bersama berjihad.(Lihat ayat 153).
Perkataan صابرين di sini digunakan untuk pejuang-pejuang yang tetap pendirian dan tidak berganjak di medan peperangan. Di dalam paragraf ini juga sudah ada
pendahuluan bagi perintah berjihad. (Lihat ayat 153-157).
Paragraf 1 ayat 142-152.
Ayat 143 Tugas umat terpilih ialah menjadi saksi kebenaran.
Ayat 144-150 Penukaran arah kiblat.
Ayat 150 jangan takut keoada Ahli kitab.
Ayat 151 tumuan kerasulan.
Ayat 152 Janji bersyarat.
(2) Paragraf kedua (bermula dari ayat 153 hingga 158).
Di dalamnya tersebut hukum-hakam haji dan 'umrah. Dari beberapa sudut sememangnya ada keserupaan di antara
jihad dan haji.
Paragraf 2 Ayat 153-158
Didlmnya ada hukum hakam solat,sabar,jihad, haji dan umrah.
Ayat 153-156 Tentang solat ,sabar dan jihad.
Ayat 157-158 Tentang haji dan umrah.
(3) Paragraf ketiga (bermula dari ayat 159 hingga 167).
Di dalamnya terdapat penekanan terhadap aqidah tauhid. Tanpanya segala amalan tidak dikira sah. Dalil-dalil tauhid rububiyyah dan pembatalan kepercayaan syirik juga terdapat di dalamnya.
Paragraf 3 ayat 159-167
(Penekanan terhadap)Aqidah tauhid.
Ayat 159-162 hukuman kerana menyembunyikan akidah tauhid.
Ayat 163 Tauhid Uluhiyah.
Ayat 164 Tauhid Rububiyah.
Ayat 165-167 Tauhid dan syirik
(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 168 hingga 176).
Di dalamnya dinyatakan hukum halal dan haram. Semua benda-benda yang baik di muka bumi dihalalkan.
Dalam masalah halal dan haram tidak boleh dipakai prinsip (ما ألفينا عليه آباءنا),
sebaliknya hendaklah dipakai prinsip (ما أنزل الله ).
Empat perkara dihukum haram:
(i)bangkai.
(ii) darah.
(iii) daging babi.
(iv) dan binatang yang disembelih tidak dengan
nama Allah.
Bagaimanapun dalam keadaan dharurat diperbolehkan memakan semua yang tersebut itu.Balasan menyembunyikan (ما أنزل الله ) adalah api neraka.
Paragraf 4 ayat 168-176
Hukum2 yg berkenaan rezeki yg halal dan haram.
(Didlmnya dinyatakan hukum halal dan haram)
4 perkara dihukum haram makan atau minum.
Ayat 168-172 Tentang rezeki yg halal.
Ayat 173 Tentang rezeki yg haram.
Ayat 174-176 Perbuatan menyembunyikan hukum2.
(5) Paragraf kelima terdiri daripada ayat ke-177. Di dalamnya terdapat roh bagi sekalian hukum. Ayat ini dipanggil آية البر(ayat kebaikan dan kebajikan). Orang yang
benar-benar bertaqwa ialah orang yang tidak hanya mementingkan soal menghadap ke arah timur atau barat, sebaliknya ia adalah orang yang beriman kepada Allah, hari
kemudian, para malaikat, kitab dan para nabi, ia juga menunaikan hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia. Selain itu ia bershalat, memberi zakat, menyempurnakan janji dan tetap pendirian di medan perjuangan.
Paragraf 5 ayat 177
Ruh hukum2
(Pati kepada ajaran baik yg kemuncak)
(6) Paragraf keenam (bermula dai' ayat 178 hingga 189). Di dalamnya terdapat hukum-hukum qishash, wasiat, puasa, rasuah dan lain-lain.
(a) Pada asalnya hukuman qishash diwajibkan. Tetapi jika pewaris-pewaris orang yang terbunuh mema'afkan, maka tiada lagi kewajibannya. Dalam keadaan itu pembunuh akan bayaran fidyah (tebusan) sahaja. Pada melaksanakan hukum qishash dikatakan ada
kehidupan.ولكم فى القصاص حياة g'.(Lihat ayat 178-179).
(b) Puasa di bulan Ramadhan difardhukan.
Kepada orang-orang yang bermusafir atau sakit dibenarkan tidak berpuasa, tetapi ia perlu mengqadh'nya pada hari-hari (Lihat ayat 183-184).
(c) Dilarang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak benar iaitu dengan memberi rasuah kepada pihak pemerintah. (Lihat ayat 188).
Paragraf 6 ayat 178-189 Tentang Hukum2.
Ayat 178-179 Hukum qisas.
Ayat 180-182 Hukum wasiat( Hukum wasiat lengkap)
Ayat 183-187 Hukum puasa(diferdukan)
Ayat 188 Rasuah.
Ayat 189 Kalendar Qamari.
(7) Paragraf ketujuh, ia bermula dari ayat 190 hingga 207. Di dalamnnya terdapat hukum jihad, infaq dan haji. Di sini sekali lagi cerita tentang jihad disebutkan. Bulan-bulan haji hendaklah ditentukan berdasarkan bulan.
Kemudian diperintahkan berjihad dan berperang. Tujuan berperang ialah untuk menghapuskan
fitnahوقاتالوهم حتى لاتكون فتنة . (Lihat ayat 193).
Diperintahkan agar ada sifat ihsan apabila berbelanja. Tidak berbelanja di jalan Allah bererti membinasakan
masyarakat. Dan berbelanja di jalan Allah pula akan menyebabkan seseorang dikasihi Allah.(Lihat ayat 195).
Di dalamnya juga ada hukum haji. Orang yang hendak mengerjakan haji diperintahkan supaya berbekal.
(Lihat ayat 196-203).
Selepas itu disebut pula tentang taghut. Taghut adalah kuasa jahat yang mesti diperangi. Cakap-cakapnya nampak baik, tetapi ia sebenarnya adalah perosak di muka
bumi, ia juga pemusnah tanam-tanaman dan binatang ternakan. Taghut adalah ahli neraka. Orang yang menentang dan memeranginya adalah orang yang mencari
keredhaan Allah. (Lihat ayat 204-207).
Paragraf 7 ayat 190-207
(Didlmnya ada)Hukum jihad , infaq(sekali lagi cerita tentang jihad kali kedua,ini kata kunci)dan haji.
Ayat 190-194 Tentang peperangan dan jihad.
Ayat 195 Infaq
Ayat 196-203 Haji dan umrah.
Ayat 204-207 taghut
(8) Paragraf kelapan (bermula dari ayat 208 hingga 213).
Di dalamnya Allah memerintahkan supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan jangan mengikut langkah-langkah syaitan. (Lihat ayat 208).
Umat Islam dikehendaki mengelak diri daripada sifat melampau Bani Israil. (Lihat ayat 213).
Paragraf 8 ayat 208-213.
Terimalah Islam semua sekali اد خلوا في السلم كافة
Ayat 208-212 tuntutan menerima Islam yg lengkap.
Ayat 213 Perangai Bani Israel dan penderhakaan mereka
(9) Paragraf kesembilan(bermula dari ayat 214 hingga 218). Di dalamnya dinyatakan hukum-hakam infaq dan jihad. Di sini cerita tentang jihad diulangi buat kali ketiga.
Tanpa berjihad dan mengalami pelbagai ujian, sesorang jangan berfikir dapat masuk syurga dengan mudah.
Galakan berinfaq. Dinyatakan pada perkara-perkara yang tidak disukai juga terdapat kebaikan.Orang yang berhijrah dan berjihad adalah orang yang mengharapkan rahmat Allah.(Lihat ayat 218).
Paragraf 9 Ayat 214-218
(Didlm nya dinyatakan) hukum2 jihad dan infaq.
Ayat 215 Tentang infaq
Ayat 216-218 Tentang jihad.
(10) Paragraf kesepuluh(bermula dari ayat 219 hingga 242) Di dalamnya dinyatakan hukum arak, anak-anak yatim, perkahwinan, haidh, sumpah, iilaa', thalaq, penyusuan,
'iddah, mas kahwin dan lain-lain hukum berkaitan dengan kemasyarakatan.
(a) Arak dan judi, faedahnya sedikit, mudharatnya lebih banyak. (Lihat ayat 219).lni adalah hukum arak di peringkat permulaan. Selepas itu datang pula ayat ke-143 didalam Surah an-Nisaa' tentangnya. Dan akhir sekali turun ayat ke-90 di dalam Surah al-Maa'idah yang mengharamkan arak secara putus. Demikianlah peringkat-peringkat
pengharaman arak yang tersebut di dalam al-Qur'an.
(b) Dibenarkan berkongsi dalam pelaburan harta anak-anak yatim. (Lihat ayat220).
(c) Diharamkan berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik. (Lihat ayat 221).
(d) Dilarang bersetubuh dengan isteri ketika berhaidh. (Lihat ayat 222).
(e) Berhubung dengan orang-orang yang melakukan iilaa' terhadap isteri-isteri mereka, iaitu orang-orang yang bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya, diberikan kepadanya tempoh selama 4 bulan. Dalam masa itu ia masih boleh meruju kembali kepada isterinya. Selepas itu tidak boleh lagi ia menahan isterinya. Dia hendaklah menceraikannya. (Lihat ayat 226).
(f) 'Iddah perempuan yang dicerai adalah tiga quru'.
(Lihat ayat 228).
(g) Perempuan mengandung dilarang menyembunyikan kandungannya.(Lihat ayat 228).
(h) Hak-hak perempuan sama seperti hak-hak lelaki, cuma orang lelaki mempunyai satu darjat lebih daripada orang perempuan.
(Lihat ayat 228).
(i) Thalaq yang boleh diruju' ada dua kali sahaja.
(Lihat ayat 229).
(j) Selepas thalaq ketiga tidak ada peluang meruju' lagi. (Lihat ayat 230).
(k) si isteri boleh menebus thalaq terhadap suaminya. (Lihat ayat229).
(l) Selepas berlaku thalaq ketiga, si isteri tidak boleh berkahwin dengan suami yang telah menceraikannya kecuali setelah ia berkahwin dengan lelaki lain, kemudian ia bercerai dengan suami kedua itu atau suami keduanya meninggal dunia. (Lihat ayat 230).
(m) Lelaki diperintahkan supaya berkelakuan baik terhadap isterinya. (Lihat ayat 231-232).
(n) Tempoh penyusuan paling lama disebut dua tahun
(o) Bapabertanggungjawab terhadap perbelanjaan anak-anaknya.(Lihat ayat233).
(p) 'Iddah perempuan kematian suami adalah empat bulan sepuluh hari. (Lihat ayat 234). Dalam masa 'iddah perempuan dilarang berkahwin dan tidak boleh dipinang.
(Lihat ayat 235).
(q) Keharusan bercerai sebelum bersetubuh. Berhubung dengan mas kahwin, jika bercerai sebelum bersetubuh, maka mas kahwin yang perlu dibayar hanyalah separuh
daripada yang disebutkan di dalam 'aqad. Tetapi boleh juga masing-masing pihak bermurah hati. (Lihat ayat 236-237).
(r) Kepada isteri yang diceraikan hendaklah diberikan mas kahwin dan sesuatu pemberian yang lain sebagai cenderamata.(Lihat ayat24l-242).
Paragraf 10 Ayat 219-242.
Hukum2 kemasyarakatan.
Ayat 217-218 kemurtadan dan keimanan.
Ayat 219 arak dan judi.
Ayat 220 anak2 yatim .
Ayat 221 Perkahwinan.
Ayat 222-223 Haidh.
Ayat 224-225 Hukum sumpah.
Ayat 226 Hukum Ilaa'.
Ayat 227-232 Hukum talaq.
Ayat 233 hukum penyusuan
Ayat 234-235 hukum Iddah janda.
Ayat 236-237 hukum mas kahwin.
Ayat 238 solat ketakutan dan keimanan.
Ayat 239-242 maskahwin.
(11) paragraf kesebelas (bermula dari ayat 243 hingga 274). Di dalamnya terdapat hukum jihad dan infaq. Ini adalah kali keempat persoalan jihad dan infaq disentuh .Perhatikanlah baik-baik struktur makro paragraf kesebelas ini. Ia dapat disimpulkan sebagai berikut:
Ayat 243: Berkaitan dengan jihad Bani Israil.
Ayat 244: Umat Islam diperintahkan berjihad.
Ayat 245: Umat Islam digesa berbelanja di jalan Allah sebagai قرضاحسا (hutang yang membawa pulangan yang sangat menguntungkan) dari pihaknya kepada Allah.
Ayat 246-250: Di dalamnya disebutkan kisah perjuangan dan jihad Bani Israil dibawah pimpinan Thalut dan bagaimana beliau dapat mengalahkan Jalut.
Ayat 251-253: Di dalamnya diterangkan tentang tujuan dan matlamat jihad. Menerusi jihad Allah menghapuskan golongan yang zalim. Tanpa jihad bumi ini akan penuh
dengan kerosakan. Menerusi jihad Allah melimpahkan kurniaNya ke seluruh dunia.ولكن الله ذو فضل على العلمين
(Lihat ayat 251).
Ayat 254: Di dalamnya Allah memerintahkan orang-orang Islam supaya berbelanja dijalan Allah.
Enam ayat selepasnya merupakan ayat
selingan (جملة معترضة), iaitu ayat 255 hingga 260.
Selepas itu bermula semula cerita tentang berbelanja di jalan Allah daripada ayat 267.Apa kelebihan dan apa perbandingannya. Ia berterusan hingga ke ayat 274.
Ayat selingan atau جملة معترضة yang disebutkan itu bermula dari ayat 255. Dan ayat 255 itu dipanggil ayat al-Kursi. Di dalamnya Allah memperkenalkan ZatNya menerusi sifat-sifatNya .
Ayat 256: Di dalamnya diterangkan perbezaan di antara رشد dan غى. Dinyatakan juga dua macam jihad. Jihad kerana Allah dan jihad kerana Thaghut. Pergantungan yang
kukuh ialah keimanan kepada Allah.
Ayat 257: Allah dengan sifat-sifat yang tersebut di dalam Ayat al-Kursi itu dikatakan sebagai wali (pelindung) orang-orang mu'min dan Thaghut pula dikatakan wali
(pelindung) orang-orang kafir.
Ayat 258: Di dalamnya dikemukakan Nabi Ibrahim sebagai contoh رشد dan Namrud yang merupakan Thaghut di zamannya pula dikemukakan sebagai contoh غى .Namrud
menda'wa berkuasa menghidup dan mematikan, dia juga tidak percaya kepada hari kemudian. Namrud tercengang apabila mendengar dalil 'aqli yang diberikan oleh
Nabi Ibrahim untuk mernbuktikan adanya hari kemudian.
Ayat 259 Di dalamnya dikemukakan dalil kedua untuk membuktikan kewujudan hari akhirat. Kepercayaan penuh tentang wujudnya hari akhirat merupakan prasyarat
kepada seseorang yang berjuang menentang Thaghut. Allah telah menghidup semula seorang yang telah mati selama seratus tahun.
Ayat 260: Di dalamnya dikemukakan dalil ketiga bagi adanya hari akhirat dan hari kebangkitan. Nabi Ibrahim diperintah mengambil empat ekor burung yang berlainan
jenis dan mencencangnya, kemudian setelah digaul dan dicampur aduk kesemua bahagian burung-burung itu, diletakkanlah di atas tiap tiap satu bukit (daripada empat
buah bukit) satu bahagian dari burung-burung yang telah dicencang itu. Kemudian Allah memerintah Ibrahim supaya memanggilnya. Burung-burung itu dalam keadaan
sempurna kejadiannya terus terbang pergi kepada Ibrahim dengan segera.
Ayat 261 hingga 274: Di dalamnya disebut kembali tentang infaq di jalan Allah dan adab-adabnya. Infaq hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah. Setelah diberi
jangan diungkit-ungkit dan jangan pula menyakiti hati orang yang diberi. Jangan dipilih sesuatu yang buruk dan tidak elok untuk diberikan. Memberikan sesuatu secara
sulit lebih baik. Jangan ada sifat menunjuk-nunjuk. Infaq adalah suatu amalan yang meneguhkan jiwa manusia. Selepas selesai menyebutkan tentang infaq, Allah
menyebutkan pula tentang pengharaman riba. Kerana berinfaq dan mengamalkan riba ada dua sifat yang berlawanan. Infaq melambangkan kemurahan, memakan riba pula melambangkan kebakhilan.
Paragraf ke11 ayat 243-274
(Didlmnya ada hukum) jihad dan infaq
Ayat 243 jihad
Ayat 244-245 umat islam digesa berbelanja dijalan allah (sebagai qardanhasanat.hutang yg membawa pulangan yg sangat menguntungkan dari pihaknya kepada allah).
ayat 246-250 (didlmnya disebutkan) kisah perjuangan dan jihad bani israel (dibawah pimpinan talut dan bgmana beliau dapat mengalahkan Jalut)
Ayat 251-253(didlmnya dterangkan) tujuan dan matlamat jihad. menerusi jihad allah menghapuskan golongan yg zalim. ayat 251.
jumlah muktaridoh.
Ayat 254 (didlmnya allah memerintahkan orang2 islam berbelanja dijalan allah)infaq.
Ayat 255-259 Dua macam jihad.
Ayat 260 Dalil2 akhirat.
Ayat 261-274 Infaq.
(ayat selepasnya merupakan ayat selingan ,kita panggil ayat jumlah muktaridoh.iaitu
Ayat 255 dan ayat ini dipanggil ayat al kursi adalah ,didlmnya allah menceritakan sifat2nya.dinyatakan juga dua macam jihad.jihad kerana allah dan jihad kerana taghut.pergantungan yg kukuh adalah kepada. allah,ni Ayat 256 selepas hok tadi selepas ayat kursi. dlmnya ada tentang Rush dan ghaib.rush tu apa dan ghaib tu apa?
Ayat 257allah dgn sifat tersebut dlm ayag kursi dikatakan wali dan pelindung orang2 mukmin.dan taghut pula pelindung orang2 kafir.
Ayat 258 didlmnya dikemukan nabi ibrahim sebagai contoh rush
Ayat 259dikemukakan dalil kedua untuk membuktikan hari akhirat ,
Ayat 260 disebutkan dalil ke3 hari akhirat atau hari kebangkitan.ibrahim diperintah mengambil 4 ekor burung yg berlainan jenis )
Ayat 261-274 balik semula tentang infaq dijalan allah dan adab2 perlu dlm perjuangan hidup.
(12) Paragraf kedua belas (bermula dari ayat 275 hingga 283).Di dalamnya dinyatakan hukum riba, hutang, gadaian dan lain lain.
Di bawah paragraf kedua belas bagi bahagian ketiga surah al-Baqarah ini terkandung beberapa hukum muamalat seperti berikut:
(a) Di dalam ayat 275 hingga 281 terdapat hukum haram riba. Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Perang terhadap pemakan riba diisytiharkan.
Pemakan riba disebut sebagai ahli neraka.
(b) Di dalam ayat 282 terdapat hukum hutang piutang. Hutang perlu dicatat atau disaksikan. Dua orang saksi laki-laki atau seorang laki-laki bersama dua orang perempuan diperlukan sebagai saksi. Tujuan hukum ini diadakan ialah untuk menjaga hak kedua belah pihak yang berurusan dan untuk menegakkan keadilan.
(c) Di dalam ayat 283 terdapat hukum gadaian. Perbuatan mencagar dibenarkan,tetapi dalam setiap muamalah (urusan harta benda) perlulah sentiasa ada sifat taqwa
kepada Allah di samping tidak menyembunyikan persaksian jika perlu.
Paragraf 12 ayat 275-283.
Hukum2 munakahat.
Ayat 275-281 Riba.
Ayat 282 Hutang.
Ayat 283 Gadaian.
Mesej Utama Bahagian Ketiga Surah Al-Baqarah
Umat Islam dalam peranannya sebagai saksi dan contoh hidup buat sekalian manusia hendaklah sedar tentang jawatan kepemimpinan yang disandangnya. Dia hendaklah berusaha
betui-betul menjadi "Ummatan Wasatha" dengan cara menerima Islam secara keseluruhannya dan mengamalkan ajaran syari'at terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh keikhlasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan