Khamis, Jun 04, 2020

Surah albaqarah bahagian 2

Surah albaqarah bahagian 2

(2) Bahagian kedua Surah albaqarah  bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke-142. Di dalamnya diisebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah kaum Bani Israil. Ia dikemukakan satu per satu. 
Itulah sebabnya kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan kepimpinan.

Sebab-sebab pelucutan jawatan kepimpinan daripada Bani Israil dan seruan terhadap mereka supaya beriman kepada syariat yang terakhir.

Bahagian ini perincian kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil serta keterangan tentang perlucutan jawatan kepimpinan daripada mereka.

Sebab-Sebab Bani Israil Tersingkir Dari Kepimpinan
Bahagian ini bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke 141. Dan ia dibahagikan kepada enam paragraf.

Struktur Makro Bahagian kedua ini bermula dari ayat ke-40 hingga ayat ke-141. Dan ia dibahagikan kepada enam paragraf.

(1) Paragraf pertama (bermula dari ayat 40 hingga ayat 46). Di dalamnya Bani Israil, khususnya dari kalangan Yahudi diseru supaya memeluk agama Islam.

Paragraf pertama ayat 40-46
Seruan Islam kepada Bani Israel.

Al-Baqarah 2:41
وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ 
41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (al-Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang
yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa.

Di dalamnya juga Allah menggesa orang-orang yang hendak berda'wah agar memeriksa diri sendiri terlebih dahulu dan mengamalkan juga apa yang hendak
disampaikan kepada orang lain. (Lihat ayat ke-44).
Allah juga memerintahkan agar orang-orang mu'min yang yakin akan bertemu Tuhan mendapatkan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran hidup dengan bersabar dan
bershalat. (Lihat ayat ke-45).

(2) Paragraf kedua (bermula dari ayat 47 hingga ayat 48).
Di dalamnya Allah mengancam Bani Israil dengan azab padahari kiamat. Tiada siapa pun dapat membela dan menolong orang lain melepaskan diri daripada azab Allah pada hari itu.

Paragraf kedua ayat 47-48
Ancaman terhadap hari kiamat kepada Bani Israel.

(3) Paragraf ketiga (bermula dari ayat 49 hingga ayat 79).
Di dalamnya disebutkan bagaimana Bani Israil telah dikurniakan dengan bermacam-macam ni'mat. Kemudian
mereka diperingatkan kepada kederhakaan-kederhakaan dan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh mereka selama ini. Allah mengingatkan Bani Israil satu persatu ni'mat yang pernah diberiNya kepada mereka. Dia telah menyelamatkan mereka daripada kezaliman Firaun. Mereka diberikan Taurat, diturunkan Manna dan Salwa,dinaungi awan, dipancarkan dua belas mata air dan lain-lain untuk mereka. Walaupun telah mendapat begitu banyak ni'mat, kebanyakan puak Bani Israil tidak bersyukur.Malah sebaliknya mereka telah menyembah anak lembu, meminta supaya Allah dapat dilihat oleh mereka dengan mata kepala, mengingkari ayat-ayat Allah, membunuh
nabi-nabi, melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu, berdolak-dalik apabila diperintah supaya menyembelih lembu, memesong dan menyelewengkan
ma'na ayat-ayat Allah, mereka cipta ayat-ayat dan mengatakan ia dari Allah untuk mendapat kepentingan dunia yang sementara dan banyak lagi kederhakaan-
kederhakaan dan jenayah-jenayah yang lain.

Paragraf ketiga ayat 49-79
Kurniaan2 Allah kepada Bsni Israel,kedurhakaan dan jenayah2 yg dilakukan oleh mereka.

(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 80 hingga ayat 89). Di dalamnya Bani Israil dicela kerana terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan. Mereka percaya kalaupun mereka masuk neraka, maka masuknya hanya untuk beberapa hari sahaja. Itu tidak kerana lain, semata-mata kerana mereka daripada bangsa Bani Israil.
Al-Baqarah 2:80
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ 
80. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka,kecuali selama beberapa hari saja."

Di dalam ayat ke-83 dan 84 Allah menyatakan butir-butir perjanjianNya dengan Bani Israil. Ia meliputi beberapa perkara berikut:
Memelihara tauhid (tidak menyembah selain Allah), berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, mengucapkan kata-kata yang baik, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, tidak membunuh diri dan tidak membunuh orang, tidak mengusir seseorang dari kampung halamannya dan tidak percaya kepada sebahagian kitab dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain.Kepada orang-orang yang melanggar perjanjian itu diberikan ancaman akan mendapat kehinaan di dunia dan api neraka di akhirat nanti.

Paragraf ke empat ayat 80-89
Ayat 80-82 ketaksuban perkauman Bani Israel dan kebanggaan mereka dengan nasabnya.
Ayat 83 Perjanjian dengan Bani Israel.
Ayat 84-89 Dosa dan pencerobohan yang dilakukan  oleh Bani Israel  dan sikap mereka  yg tidak menurut  seoenuh ajaran nabi.


(5) Paragraf kelima (bermula dari ayat 90 hingga ayat I23). Di dalamnya juga disebutkan sifat terlalu fanatik dan berbangga-bangga dengan keturunan yang ada pada Bani Israil. Disebut juga di dalamnya sifat dengki luar biasa yang ada pada mereka. Kerana sifat dengki yang pelik itulah mereka hanya dapat mempercayai kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dari kalangan keluarga dan bangsa mereka sahaja.Mereka langsung tidak dapat menerima kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad semata-mata kerana dia dari keluarga Bani Ismail, bukan dari keluarga Bani Israil. (Lihat ayat 90 dan 91).

Di dalam ayat-ayat daripada 92 hingga 105 disebut pula kesalahan dan jenayah mereka yang lain-lain lagi. Antaranya, mereka pernah menyembah anak lembu,
selepas berjanji dan memberi taat setia, 
berkata  سمعنا وعصينل (Kami mendengar tetapi tidak mahu menurutinya), terlalu mementingkan kehidupan 
dunia احرص الناس علىحياة memusuhi Jibril, melempar ke belakang segala janji dan sumpah yang dibuat,
mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut lalu memusnahkan rumah tangga orang ramai dengannya, dan banyak lagi yang lain.

Di dalam ayat-ayat 106 hingga 109 disebut betapa Bani Israil itu kuat berdengki,kerana dengkilah mereka gembira sekali kalau orang-orang yang telah memeluk Islam
kembali menjadi kafir.

Melalui ayat 10 hingga 115 Allah menyebutkan betapa rasisnya puak Bani Israil itu.Mereka berasa amat selesa,bangga dan yakin dengan semangat nasionalisma mereka yang begitu tebal itu, sehinggga mereka berkata:

Al-Baqarah 2:111
وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَٰرَىٰۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْۗ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
111. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.

Di dalam ayat-ayat 116 hingga 123 disebutkan dengan terang bahawa Allah tidak mempunyai anak. Dia mempunyai kuasa "kun fa yakun". Umat Islam diingatkan
bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selagi kamu tidak mengikuti agama dan cara hidup mereka. Dan di akhir sekali Allah mengancam
orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap azab yang akan menimpa mereka pada hari kiamat nanti.

Ayat 122 merupakan pengulangan ayat 47 sebelumnya juga. Setelah mengemukakannya Bani Israil diancam pula dengan azab di hari kiamat nanti.
Paragraf ke lima ayat 90-123
Ayat 90-91 taksub perkauman Bani Israel  dan penderhakaan  mereka.
Ayat 92-105 jenayah2 yg dilakukan Bani Israel.
Ayat 106-109 sebab2 syariah  ditukar dengan kedengkian Bani Israel.
Ayat 110-115 seruan Islam  kepada mereka  dan semangat  perkauman dan kebangsaan  mereka yg luarbiasa.
Ayay 116-123 kesyirikan ,bantahan,hawanafsu dan ancaman terhadap hari kiamat.


(6) Paragraf keenam dan terakhir. Ia bermula dari ayat 124 hingga ayat 141. Didalamnya tersebut seruan kepada Bani Israil supaya kembali kepada ajaran nenek moyang mereka dahulu, khususnya Nabi Ibrahim a.s.Mereka diberitahu bahawa Allah telah melantik Nabi Ibrahim menjadi imam
(pemimpin) kepada semua manusia إنى جاعلك الناس إماما Tetapi Allah juga telah menyebut kepada Nabi Ibrahim dengan terang لا ينال عهدى الظالمين  bahawa jawatan itu
tidak layak diperolehi anak cucunya yang zalim. Ia hanya layak disandang oleh orang yang beriman dan beramal saleh. (Lihat ayat 124).

Nabi Ya'qub berjanji dengan semua anak-anaknya dan berpesan kepada mereka ketika hampir meninggal dunia agar mereka menyembah hanya Tuhan yang Maha
Esa.(lihat ayat 133).

Di dalamnya juga dinyatakan bahawa kebangkitan Nabi Muhammad adalah hasil doa Nabi Ibrahim yang dimaqbulkan oleh Allah.(Lihat ayat t29).

Ahli Kitab diperintahkan supaya mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s. (Lihat ayat 135).

Mereka juga diseru supaya tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul. Kerana itu mereka hendaklah beriman kepada ajaran Nabi Muhammad yang merupakan rasul terakhir yang dilantik dari kalangan Bani Ismail.(Lihat ayat 136).

Ahli Kitab diseru supaya meninggalkan agama Yahudi dan Kristian lalu memilih celupan (agama) Allah.(Lihat ayat 138).

Mesej Utama Bahagian Kedua Surah Al-Baqarah
Bani Israil diseru agar beriman kepada syari'at Muhammad,rasul terakhir daripada Allah. Mereka juga diberitahu kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan
kepimpinan umat dan kenapa mereka tidak lagi layak mendapat keutamaan itu atau dilucutkan dari jawatan kepimpinan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan