Khamis, Ogos 13, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(14)nota6(128)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(14)nota6(128)
sesi 06(11,12,13,14)

Surah Ibrahim
Tertib surah 14
Bilangan ayat 52
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 72
Bilangan paragraf 8
Paragraf 1ayat 1-4 Pengenalan tentang alquran dan maksud penurunannya.
Paragraf 2 ayat 5-8 Dalil untuk syukur dan kufur dan pembalasan baik dan buruk dari sejarah Nabi Musa khususnya.
Paragraf 3 ayat 9-17 Keterangan tentang sejarah pertentangan antara syukur dan kufur.
Paragraf 4 ayat 18-23 perbandingan amalan orang2 kafir dan dialog diakhirat.
Paragraf 5 ayat 24-27perbandingan kalimah toyibah( طيبة) dan kalimah khobisah (خبيثة)
Paragraf 6 ayat 28-34 Bersyukurlah atas nikmat Allah, jika tidak ,kamu akan ditimpa azab.
Paragraf 7 ayat 35-41 dalil syukur dan tauhid dari sejarah hidup Nabi Ibrahim.
Paragraf 8 ayat 42-52 ancaman kepada ulul albab اولو الأباب dengan pemandangan hari kiamat dan alquran.
Ini lah secara kasarnya.

Mesej utama
Dengan mengambil pengajaran  daripada ancaman alquran,manusia hendaklah meninggalkan sifat kekufuran dan sifat tak mengenang budi,mereka hendaklah memilih jalan tauhid dan syukur.
(Dan Nabi Ibrahim sendiri adalah contoh orang yang  bersyukur yg paling jelas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan