Daurah tafsir 2019 sesi 06(14)nota6(131)
sesi 06(11,12,13,14).
manusia hendak menghitung نِعْمَة الله nescaya mereka tidak akan mampu. Memanglah manusia itu sangat tidak bersyukur dan tidak mengenang budi. Mereka bukan menyembah pencipta segala-galanya, sebaliknya menyembah makhluk. Itulah kekufuran dan sikap tidak bersyukur yang paling dahsyat, mereka bukan memilih tauhid sebaliknya memilih kesyirikan yang merupakan kezaliman yang sangatbesar (Ayat: 34).
وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
4.Perkataan شكر,كفر,صبَارِ dan شكُور yang tersebut didalam surah ini mengandungi erti yang sangat penting.
(a) Di dalam sejarah sememangnya terdapat pengajaran dan 'ibrah, hanya orang-orang yang bersabar
dan bersyukur dengan erti kata yang sebenamya dapat mengambil pengajaran daripadanya (Ayat: 5).
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Dan sungguh, Kami telah mengutus Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), “Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.” Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
(b) Allah mengingatkan manusia tentang pemberian bersyaratNya bahawa jika manusia bersyukur nescaya akan Dia akan menambah (nikmat) kepada mereka, dan jika mereka tidak bersyukur maka azab yang akan menimpa mereka kerananya sangatlah teruk (Ayat: 7).
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
(c) Jika seluruh makhluk di dunia ini tidak bersyukur dan kufur akan ni'mat Allah, kebesaran Allah tetap tidak akan berkurang, Allah tidak memerlukan sebarang pujian daripada sesiapa pun. Dia Maha kaya dan Maha terpuji (Ayat: 8).
وَقَالَ مُوسَىٰٓ إِن تَكْفُرُوٓا۟ أَنتُمْ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ حَمِيدٌ
Dan Musa berkata, “Jika kamu dan orang yang ada di bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
5. Our'an adalah sebuah kitab yang mengancam dan memberi amaran kepada manusia. ia juga memberi
amaran tentang hari kiamat.
(a) Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang memberi ancaman dan amaran, tujuannya ialah supaya manusia
sedar dan insaf, juga supaya mereka mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa Allah jua tuhan yang
layak disembah. Golongan اولو الالباب dan manusia yang bijaksana menerima baik ancaman yang diberikan oleh al-Qur'an dan mengambil i'tibar dan pengajaran daripadanya, lalu mereka dengan sepenuh hati menerima aqidah tauhid, sedangkan orang-orang yang bodoh terus berada dalam kesyirikan dan kejahilan. Ayat terakhirnya berbunyi (Ayat: 52).
Ibrahim 14:52
هَٰذَا بَلَٰغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا۟ بِهِۦ وَلِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
131
Tiada ulasan:
Catat Ulasan