Isnin, Ogos 17, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms038.

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms038.

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 38.

berpakaian amat putih dan berambut amat hitam.³⁹ Sedikitpun tidak terlihat padanya kesan-kesan (orang yang sedang dalam) perjalanan dan tiada seorangpun daripada kami yang mengenalinya.⁴⁰  Lalu ia duduk di hadapan Nabi dengan merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda s.a.w. dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.⁴¹  Kemudian lelaki itu berkata: "Wahai Muhammad⁴² Beritahulah kepadaku

___________________________________________________________
segala hadits (أم الأحاديث)kerana segala ilmu syari'at sama ada yang berkaitan dengan Ushuluddin, fiqh, adab, akhlaq, kemasyarakatan, tashawwuf, hikmat, falsafah dan lain-lain.

³⁹   شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ
 adalah dua jumlah (ayat) atau dua murakkab idhafi, jika perkataan dibaca tanpa tanwin (baris dua) seperti di dalam hadits di atas. la boleh juga dibaca dengan tanwin. Dalam keadaan ini pula perkataan بَيَاض dan سَوَاد akan menjadi faa'il kepadanya. Hukumnya adalah marfuk  dengan dhammah. Taqdir jumlah pertama ialahشَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِهِ  dan taqdir bagi jumlah kedua ialah شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِهِ   . Jumlah atau ayat pertama mengisyaratkan kepada kebersihan tubuh badan dan pakaian orang itu. Jumlah atau ayat kedua pula mengisyaratkan kepada kemudaan, kekuatan dan kesihatannya. Secara simbolik kedua-dua jumlah (ayat) itu mengandungi banyak pengajaran untuk pelajar khususnya. Antara lainnya adalah seperti berikut: 
(a) Para pelajar hendaklah berada dalam keadaan bersih semasa belajar. 
(b) Mereka dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian supaya cahaya ilmu dapat memancar lalu menyerap masuk ke dalam hatinya dengan mudah. 
(c) Ketika pergi menghadap guru, seseorang pelajar itu hendaklah bersih pakaian dan hatinya supaya memperolehi perkenan hati guru dan keberkatan ilmunya. 
(d) Menuntut ilmu seelok-eloknya adalah pada ketika masih muda belia. Kerana orang muda yang kosong fikirannya daripada lain sahaja  dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran. Orang muda yang-sihat, penuh dengan tenaga dan semangat jugalah yang dapat menanggung beban ilmu dan segala kesukaran semasa belajar. 

⁴⁰ Saiyyidina 'Umar berkata begini sama ada berdasarkan fikiran beliau semata-mata atau setelah beliau bertanya  lain yang turut serta dalam majlis itu seperti tersebut di dalam satu  riwayat sahih yang dilemukakan oleh Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Baihaqi edi dalam Syu'ab al-Imannya, bahawa 'Umar berkata: 
فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فقالو مَا نَعْرِفُ هَذَا وَمَا هَذَا بِصَاحِي سَفَرٍ
Bermaksud: "Maka sebahagian yang hadhir melihat kepada sebahagian yang lain. (Mereka berkata) Kita tidak kenal orang ini dan dia bukan seorang musafir (kerana tidak kelihatan padanya kesan-kesan orang yang sedang dalam perjalanan). Andaian kedua ini lebih baik kerana disokong oleh riwayat Ahmad dan Baihaqi itu.  

⁴¹ Terdapat dua pendapat berhubung dengan dhamir pada perkataan فِخِذَيْهِ. Adakah ia kembali kepada perkataan رجل ya'ni orang yang datang menemui Nabi s.a.w. atau ia kembali kepada Rasulullah s.a.w.? Kalau ia kembali kepada orang berkenaan, maka maksudnya ialah ia meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya sendiri seperti keadaan duduk seorang pelajar di hadapan gurunya. Inilah pendapat an-Nawawi dan at-Turpasyti. Cara duduk seperti ini menampakkan lebih beradab di hadapan guru. Dan kalau ia kembali kepada Nabi s.a.w., maka maksudnya ialah orang itu meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi s.a.w. Ini pendapat pilihan Imam Baghawi, Ismail at-Taimi dan lain-lain. Tujuan dia berbuat begitu mungkin untuk menyatakan tiga perkara berikut: 
(a) Menyatakan kesediaannya yang penuh untuk menerima apa-apa ajaran yang akan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (b) Menyembunyikan hakikat dirinya sehingga orang-orang yang ada di majlis itu menyangka dia hanya seorang badwi. (c) Menyatakan kasih sayangnya dan kemesraannya dengan Rasulullah s.a.w. 
Pendapat kedua ini disokong oleh at-Thibi dan diperkuat oleh Hafiz Ibnu Hajar dan Hafiz al-Aini r.a. Alasan mereka ialah adanya riwayat Ibnu Khuzaimah, an-Nasaa'i dan lain-lain yang menunjukkan dengan jelas Jibril telah meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa itu.Antara sahabat yang dikatakan telah meriwayatkan hadits-hadits yang menyokong pendapat

38


Tiada ulasan:

Catat Ulasan