Daurah tafsir 2019 sesi 06(14)notabc6s
sesi 06(11,12,13,14)
Surah Ibrahim
Tertib surah 14
Bilangan ayat 52
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 72
Bilangan paragraf 8
Paragraf 1ayat 1-4 Pengenalan tentang alquran dan maksud penurunannya.
Paragraf 2 ayat 5-8 Dalil untuk syukur dan kufur dan pembalasan baik dan buruk dari sejarah Nabi Musa khususnya.
Paragraf 3 ayat 9-17 Keterangan tentang sejarah pertentangan antara syukur dan kufur.
Paragraf 4 ayat 18-23 perbandingan amalan orang2 kafir dan dialog diakhirat.
Paragraf 5 ayat 24-27perbandingan kalimah toyibah( طيبة) dan kalimah khobisah (خبيثة)
Paragraf 6 ayat 28-34 Bersyukurlah atas nikmat Allah, jika tidak ,kamu akan ditimpa azab.
Paragraf 7 ayat 35-41 dalil syukur dan tauhid dari sejarah hidup Nabi Ibrahim.
Paragraf 8 ayat 42-52 Ancaman kepada ulul albab اولو الأباب dengan pemandangan hari kiamat dan alquran.
Mesej utama
Dengan mengambil pengajaran daripada ancaman alquran,manusia hendaklah meninggalkan sifat kekufuran dan sifat tak mengenang budi,mereka hendaklah memilih jalan tauhid dan syukur.
(Dan Nabi Ibrahim sendiri adalah contoh orang yang bersyukur yg paling jelas).
Zaman Diturunkan
Surah Ibrahim diturunkan selepas Surah ar-Ra'd iaitu di peringkat ke-empat dan terakhir kehidupan
Rasulullah s.a.w. di Mekah, di antara tahun ke-11 dan ke-13 Kenabian. Zaman itu adalah zaman yang penuh dengan perancangan jahat orang-orang kafir Mekah (Ayat: 46).
Ketika itu juga pembesar-pembesar kafir Quraisy merancang untuk menghalau Rasulullah dari Mekah.
Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Ibrahim Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah ar-Ra'd yang lalu dikemukakan falsafah yang membezakan antara kebenaran dan kebathilan selain dalil-dalil عقلي dan أفاقي .Di dalam Surah Ibrahim ini pula dikatakan bahawa syukur adalah asas yang mendorong manusia supaya bertauhid. Tauhid adalah benar dan syirik adalah bathil. Didalam ayat ke-37 Surah ar-Ra'd yang lalu, al-Qur'an dikatakan sebagai حُكْمًا عَرَبِيًّا. Di dalam Surah
Ibrahim ini pula dijelaskan bahawa sekalian rasul diutuskan supaya menyeru kaum masing-masing dengan menggunakan bahasa yang diguna pakai oleh mereka. Tujuannya ialah supaya seruannya difahami dengan baik, itulah sebabnya al-Qur'an diturunkan dengan Bahasa Arab.
2. Di dalam surah sebelum ini dan surah ini juga disebutkan tentang اولو الالباب mereka ialah ahli tauhid. Ajaran yang baik yang mengandungi seruan tauhid sememangnya telah berakar umbi di dalam fitrah manusia, ia mempunyai perhubungan dengan alam langit dan ia berguna kepada sekalian manusia. Allah memperteguhkan pendirian orang-orang yang menerima ajaran yang baik كلمة طيبة di dunia dan juga di akhirat.
3. Di dalam Surah al-Hijr selepas ini, disebutkan tentang kebinasaan kaum Luth, kaum Syu'aib dan kaum Tsamud, di dalam Surah Ibrahim ini manusia dianjurkan supaya mengambil i'tibar daripada peristiwa kemusnahan dan kehancuran bangsa-bangsa yang lalu. Ia disebutkan dengan أيّام الله (sejarah).
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Ibrahim tauhid dan syirik di umpamakan dengan cahaya dan kegelapan.
(a) Di dalam ayat pertamanya lagi telah dinyatakan maksud penurunan al-Qur'an, bahawa tuhan menghendaki manusia keluar daripada kegelapan syirik dan kesesatan kepada cahaya tauhid dan jalan yang lurus (Ayat: 1).
الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلْنَٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ
(b) Sejarah juga dijadikan sebagai bukti bahawa maksud utama mu'jizat-mu' jizat yang diberikan kepada Musa juga bertujuan untuk mengeluarkan kaumnya daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya tauhid (Ayat: 5).
Ibrahim 14:5
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Dan sungguh, Kami telah mengutus Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), “Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.” Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
2. Dalil-dalil تاريخي disebutkan sebagai أيّام الله di dalam Surah Ibrahim. Ma'na harfi أيّام الله ialah hari-hari Allah, tetapi maksud sebenar yang dikehendaki dengan perkataan itu ialah sejarah dan juga peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah manusia, ia meliputi sebab-sebab kemajuan dan kejatuhan bangsa-bangsa. Antara sebab kenapa sesuatu bangsa itu lenyap daripada muka bumi ialah apabila mereka mendustakan para rasul utusan Allah. Antara أيّام الله ialah hari berlakunya peperangan Badar iaitu pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, dalam peperangan
itu kira-kira 70 orang kafir Quraisy telah terbunuh, salah seorang daripada mereka ialah ketua mereka; Abu Jahal. Hari 'Asyura' juga merupakan salah satu أيّام الله iaitu pada 10 Muharram, pada hari itu Fir'aun, Haman dan bala tenteranya ditenggelamkan dan Bani Israil terselamat. Perkataan أيّام الله ini ada juga digunakan di dalam Surah al-Jaatsiyah ayat ke-14. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya mengingatkan orang-orang musyrikin Mekah menggunakan dalil-dalil تاريخي untuk memahami
sunnatullah dalam memberikan pembalasan baik dan buruk kepada manusia. Orang-orang yang sabar,
bersyukur dan bijaksana mendapat pengajaran daripada dalil-dalil itu, orang-orang yang tidak sabar dan tidak cerdik pula tidak mendapat apa-apa pengajaran daripadanya (Ayat: 5).
وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
3. Perkataan نِعْمَةُ الله di dalam Surah Ibrahim juga merupakan satu kata kunci yang amat besar ertinya.
(a) Bani Israil adalah suatu kaum yang tidak bersyukur dan tidak mengenang budi. Nabi Musa yang diutuskan kepada mereka menganjurkan supaya mereka ingat akan ni'mat Allah, bagaimana Allah telah menyelamatkan mereka daripada kezaliman dan kekejaman Fir'aun dan bala tenteranya. Fir'aun membunuh anak-anak lelaki mereka, tetapi setelah mendapat semua ni'mat itu Bani Israil terlibat pula dengan kesyirikan dan kederhakaan (Ayat: 6).
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَىٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari pengikut-pengikut Fir‘aun; mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, dan menyembelih anak-anakmu yang laki-laki, dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; pada yang demikian itu suatu cobaan yang besar dari Tuhanmu.
(b) Orang-orang musyrikin Mekah diseru supaya berfikir dan merenung agar dapat mengambil i'tibar daripada sejarah. Pemimpin-pemimpin yang tidak bersyukur akan ni'mat Allah boleh membawa kaumnya ke negeri kehancuran dan kemusnahan (neraka) (Ayat: 28).
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ بَدَّلُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا۟ قَوْمَهُمْ دَارَ ٱلْبَوَارِ
Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan ingkar kepada Allah dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?
(c) Allah menyeru manusia supaya merenung dan berfikir tentang bagaimana Dia telah melengkapkan
dunia ini dengan segala benda yang diperlukan, ni'matNya tidak terhitung dan tidak terhingga, jika manusia hendak menghitung نِعْمَة الله nescaya mereka tidak akan mampu. Memanglah manusia itu sangat tidak bersyukur dan tidak mengenang budi. Mereka bukan menyembah pencipta segala-galanya, sebaliknya menyembah makhluk. Itulah kekufuran dan sikap tidak bersyukur yang paling dahsyat, mereka bukan memilih tauhid sebaliknya memilih kesyirikan yang merupakan kezaliman yang sangatbesar (Ayat: 34).
وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
4.Perkataan شكر,كفر,صبَارِ dan شكُور yang tersebut didalam surah ini mengandungi erti yang sangat penting.
(a) Di dalam sejarah sememangnya terdapat pengajaran dan 'ibrah, hanya orang-orang yang bersabar dan bersyukur dengan erti kata yang sebenamya dapat mengambil pengajaran daripadanya (Ayat: 5).
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Dan sungguh, Kami telah mengutus Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), “Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.” Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.
(b) Allah mengingatkan manusia tentang pemberian bersyaratNya bahawa jika manusia bersyukur nescaya akan Dia akan menambah (nikmat) kepada mereka, dan jika mereka tidak bersyukur maka azab yang akan menimpa mereka kerananya sangatlah teruk (Ayat: 7).
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
(c) Jika seluruh makhluk di dunia ini tidak bersyukur dan kufur akan ni'mat Allah, kebesaran Allah tetap tidak akan berkurang, Allah tidak memerlukan sebarang pujian daripada sesiapa pun. Dia Maha kaya dan Maha terpuji (Ayat: 8).
وَقَالَ مُوسَىٰٓ إِن تَكْفُرُوٓا۟ أَنتُمْ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ حَمِيدٌ
Dan Musa berkata, “Jika kamu dan orang yang ada di bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
5. Our'an adalah sebuah kitab yang mengancam dan memberi amaran kepada manusia. ia juga memberi
amaran tentang hari kiamat.
(a) Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang memberi ancaman dan amaran, tujuannya ialah supaya manusia sedar dan insaf, juga supaya mereka mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa Allah jua tuhan yang layak disembah. Golongan اولو الالباب dan manusia yang bijaksana menerima baik ancaman yang diberikan oleh al-Qur'an dan mengambil i'tibar dan pengajaran daripadanya, lalu mereka dengan sepenuh hati menerima aqidah tauhid, sedangkan orang-orang yang bodoh terus berada dalam kesyirikan dan kejahilan. Ayat terakhirnya berbunyi (Ayat: 52).
هَٰذَا بَلَٰغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا۟ بِهِۦ وَلِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
52. (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran,beringat dan insaf.
(b) Di dalam Surah Ibrahim juga, manusia diberi ancaman dengan hari kiamat (Ayat:44).
وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ ٱلْعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رَبَّنَآ أَخِّرْنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَۗ أَوَلَمْ تَكُونُوٓا۟ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ
Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka, maka orang yang zhalim berkata, “Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.” (Kepada mereka dikatakan), “Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan