Isnin, Ogos 17, 2020

Tafsir asas quran nota 4(054).

Tafsir asas quran nota 4(054).

Peringatan (1):-
Surah-surah yang disepakati ahli taf'sir sebagai surah-surah Madaniyyah ada 20
kesemuanya. Di bawah ini dikemukakan senarainya:
 ( 1) البقر
(2) ال عمران
(3)النساء
(4)المائدة
(5)الأنفال
(6)التوبة
(7)النور
(8)  الأحزاب
(9) محمد
(11)الفتح
(12)الحديد
(13)المجادلة
(14)الحشر
(15)المتحنه
(16)الجمعة
(17)  المنافقون
(18)الطاق
(19) التحريم
 (20) النصر

Surah-surah yang khilaf para ahli tafsir tentang Makkiyyah atau Madaniyyahnya pula ada 13. Senarainya adalah seperti berikut:
(1)  الفاتحة
(2) الرغد
 (3)الحج
 (4)  الرحمن
(5)الصف
(6) التغابن
(7) المطففين
(8)  القدر
(9)البينة
(10) الزلزال
(11) الإخلاص
(12)الفلق
(13)الناس

Selebihnya adalah surah-surah yang disepakati mereka sebagai surah-surah Makkiyyah'

Kesimpulannya:
Jumlah kesemua sekali surah ada  dalam  al-Qur' an ada 114.20 daripadanya adalah surah-surah Mada'iyyah. 81 daripadanya adalah surah-surah Makkiyyah dan 13 daripadanya pula adalah yang dliperselisihkan, sama ada ia Makkiyyah atau Madanil'yah'

Peringatan (2):-
Sesuatu surah dikatakan Makkiyyah atau Madaniyyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya. la tidak bererti setiap ayat di dalam surah Makkiyyah diturunkan sebelum
Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Kerana mungkin juga ada di dalamnya satu atau dua ayat yang diturunkan setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Demikian juga sebaliknya, mungkin ada didalam surah yang dikatakan Madaniyyah satu atau dua ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah s.a'w' berhijrah ke Madinah. Bagaimanapun para ulam Tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri-ciri bagi masing-masing daripada surah Makkiyyah dan Madaniyyah'

54

Tiada ulasan:

Catat Ulasan