Selasa, Ogos 18, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(15)nota7(133)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(15)nota7(133)
Sesi 07(15,16,17)

Surah alhijr
Tertib surah 15 
Bilangan ayat 99
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 54
Bilangan paragraf 5

Paragraf 1 ayat 1-15 Ancaman kebinasaan terhadap orang2 jahat yg menuduh Rasullah saw gila dan memperolok2kan alQuran.

Paragraf 2 ayat 16-25 Dalil2 pada  alam semesta membuktikan aqidah tauhid dan adanya hari akhirat .

Paragraf 3 ayat 26-50 Keterangan tentang dalil pada diri manusia(dalil amfusi)kisah Adam dan Iblis,pertentangan antara baik dan buruk dan hukum balasan baik dan buruk.

Paragraf 4 
Ayat 51-84 Dalil2 sejarah(tarikhi)tentang balasan baik dan buruk.
Ayat 51-56 Kisah Ibrahim.
Ayat 57-77 Kisah Lut.
Ayat 78-79 Kisah Ashabul Aikah dan seterusnya.
Ayat 80-84 Kisah Ashabul Hijri iaitu Kaum Tsamud(nama surah ini)

Paragraf 5 Ayat 85-99 Menghiburkan  dan menenangkan hati Rasullah saw dalam kesulitan disamping panduan2 dakwah .


Mesej utamanya
1.Membuktikan kebenaran  hukum balasan  baik dan buruk diakhirat berdasarkan dalil2 aafaki آفقي(alam semesta), amfusi أنفسي(diri manusia) dan dalil tarikhi تاريخي (sejarah)
2.Ancaman kebinasaan terhadap orang2 musyrikin.
3.Arahan supaya terus berdakwah dan menyampaikan agama Allah tanpa menghiraukan tekanan orang2 kafir dan tanpa ada kepentingan duniawi.

133

Tiada ulasan:

Catat Ulasan