K144.Otak Wanita & Lelaki Sangat Berbeza. Suami Relaks, Isteri Boleh Fikir Semua Sampai Tertidur.
Memang lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata-mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.
Satu kajian dibuat apabila 46,032 otak lelaki dan perempuan di scan. Ada beza otak lelaki dan perempuan. Dari gaya fikir, emosi dan perbuatan.
Antaranya, otak lelaki lebih kepada visual dan koordinasi.
Otak perempuan aktif semua bahagian. Pusat fokus, buat keputusan, emosi dan mood.
Dalam perkahwinan. Jangan jadikan pasangan macam kita. Jangan harap mereka jadi acuan kita. Kita saling melengkapi dengan perbezaan.
Kita berbeza. Banyak faktor luaran dan dalaman. Terima seadanya. Baiki memperbaiki.
Contoh masa parking kereta. Perempuan buka pintu kereta. Nak tengok kereta dah masuk kotak parking ke belum. Siap minta tolong orang turun dan ketuk belakang kereta lagi. Atau kena ada juga ada orang cakap. Ok lagi sikit lagi sikit. Oppp. Cun.
Otak lelaki nak parking bontot punya lah senang. Pusing stereng kiri sikit kanan sikit. Kereta terpacak duduk dalam kotak parking. Senang je.
Begitulah kejadian manusia. Unik dan terbaik.
Saleha Idris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan