Qawaid tafsir 2018 nota 7(0107)d19
وَلَا يُفْلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
...Dan tidak akan beroleh kejayaan tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."
(Thaha:69).
Tidak akan beroleh kejayaan yang tersebut di dalam ayat ini adalah umum. Ia merangkumi segala bentuk kejayaan. Ertinya ialah segala bentuk kejayaan dinafikan daripada mereka.
Contoh fi'il di halaman nahi (kata larang yang memberi erti jangan) adalah seperti berikut: '
Al-Baqarah 2:195
وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ
195. Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan jananlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(al-Baqarah: 195).
Larangan menjatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan itu umum merangkumi segala cara dan bentuknya. Semuanya dilarang. Sama ada dengan terjun dari tempat tinggi
untuk membunuh diri atau menembak diri sendiri atau menghisap rokok sebagai contohnya. Kerana semua perbuatan itu membawa kepada kebinasaan diri sendiri.
Contoh fi'il di halaman syarat (kata yang memberi erti jika, kalau dan sebagainya) atau dengan kata lain, fi'il yang terletak selepas daripada perkataan yang memberi
erti syarat dan ia merupakan f il syarat ialah:
Al-Mumtahanah 60:2
إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءً وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ
2. Jika mereka dapat menguasai kamu. nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah
mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). (Al-Mumtahanah: 2).
Maksudnya ialah jika mereka dapat menguasai kamu dengan apa cata sekalipun, tidak
107
khusus dengan cara tertentu sahaja.
108
Tiada ulasan:
Catat Ulasan