Jumaat, Ogos 28, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms048

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms048
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms048


Kalau begitu beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya. 
" Jawab Nabi s.a.w.: "Bila hamba wanita melahirkan tuannya ⁵⁶  dan bila kamu melihat orang-orang yang tidak
berkasut, tidak berpakaian, penggembala kambing berlomba-lomba dan saling

___________________________________________________________
⁵⁵ Nabi s.a.w. tidak menjawab: ما أنا باعلم بها منك  (aku tidak lebih tahu tentangnya daripadamu). Sebaliknya beliau s.a.w. menjawab dengan berkata:   قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ(tidaklah orang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya). Tujuannya ialah supaya termasuk dalam sifat tidak tahu itu semua orang yang bertanya dan yang ditanya sampai kiamat itu sendiri berlaku. Kalau Rasulullah s.a.w. menjawab dengan berkata: ما أنا باعلم بها منك(aku tidak lebih tahu tentangnya daripadamu), niscaya masih terdapat ruang untuk sesiapa berkata: "Ada orang lain
 
⁵⁶ Tuannya adalah terjemahan yang dipilih untuk perkataan  رَبَّتَهَا . Terjemahan harfiahnya menghendaki ia diterjemahkan dengan: "puannya" atau "tuan wanitanya", lantaran perkataan ini mu'annats. Penulis tidak memakai harfiahnya kerana beberapa sebab. Antaranya ialah
(1) Di dalam kebanyakan riwayat tersebut di sini perkataanرَبَّهَا bukan  رَبَّتَهَا
 (2) Perkataan  dita'wil (dipakai) dengan yang bererti diri manusia. Maka terangkumlah dalamnya lelaki dan perempuan kedua-duanya sekali. 
(3) Oleh kerana perkataan رَبَّ sering digunakan dengan ma'na Tuhan (Allah), maka untuk memisahkan ma'na itu daripada ma'na tuan ditambahlah taa' di akhirnya. 
(4) Perkataan di sini dipakai dengan ma'na anak perempuan بِنْت. Tetapi termasuk dalamnya anak lelaki mengikut qaedah من باب  الأولى(lebih-lebih Iagi). Maksudnya ialah kalau anak perempuan boleh menjadi tuan kepada ibunya di akhir zaman, anak laki-laki lebih-lebih lagilah adanya- Apakah maksud sabda s.a.w.: "Bila hamba wanita melahirkan tuannya" Macam-macamlah pandangan 'ulama' dinukilkan. Antara lainnya ialah:
(1)  Peraturan dan sistem dunia akan bercelaru. Yang utama menjadi tidak utama. Yang tidak utama  pula dianggap utama. Pada ketika itu tampuk kekuasaan akan diserahkan ke tangan orapg yang tidak berkelayakan, sesuai dengan satu hadits lain yang berbunyi:
إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
 Bermaksud: Apabila tampuk kekuasaan akan diserahkan ke tangan orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah (itulah masa akan berlaku kiamat). 
(Hadits riwayat alBukhari). 

(2) la mengisyaratkan kepada terabainya hak-hak ibu bapa di akhir aman. Ibu bapa, terutamanya ibu seperti tersebut di dalam hadits ini, akan dilayani dengan buruk  .Mereka dihina, ditengkeng, dimaki hamun dan disuruh bekerja seperti hamba abdi oleh anak-anak sendiri. 

(3) Anak-anak hamba akan menjadi pemerintah. Pada ketika itu ibunya akan menjadi rakyat kepadanya. 

(4) Sabda Rasulullah s.a.w. ini mengisyaratkan kepada banyaknya jumlah hamba dan zuriat mereka di akhir zaman. Sebabnya ialah sistem perhambaan tersebar dengan meluas sekali sehingga seseorang ibu yang merupakan hamba berkemungkinan diwarisi atau dibeli oleh anaknya sendiri. Kemudian ia dilayani sebagai hamba oleh anaknya itu. 

(5) Pada pendapat penulis, termasuk juga dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini perempuan-perempuan yang berkerja di luar rumah untuk menampung keperluan hidup semasa. Si ibu pula memenuhi keperluan anak perempuannya itu dengan berkerja di rumah seperti pembantu rumah atau orang gaji. Dalam keadaan ini yang tersebut di dalam hadits di atas tidak Iagi dipakai dengan ma'na hamba perempuan. Tetapi dengan ma'na seorang ibu atau seorang perempuan sahaja. Sama ada ia merdeka atau hamba. Perkataan pula dipakai dengan makna asalnya sebagai perkataan mu'annats tanpa sebarang ta'wilan. Sabda Rasulullah s.a.w. ini seolah-olahnya menggambarkan salah satu daripada beberapa fenomena masyarakat akhir zaman. Orang-orang yang terlibat seharusnya berwaspada dan mengambil i'tibar daripada sabda Baginda s.a.w. itu. Jangan sekali-kali kalau ditaqdirkan ibu anda yang menjaga anak-anak anda di rumah, dia yang menyempurnakan urusan rumah tangga anda, tiba-tiba dia dilayan seperti pembantu rumah atau orang gaji pula. Penulis juga berpendapat, pendapat ke (4) mungkin sekali tidak dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana pada masa Baginda s.a.w. sendiri fenomena seperti itu telah pun wujud.


48

Tiada ulasan:

Catat Ulasan