Jumaat, Ogos 28, 2020

Tafsir asas quran nota 5(063).

Tafsir asas quran nota 5(063).

Beberapa Contoh Struktur Mikro Atau النظم الخفيف Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Surah.
(a) Di dalam Surah at-Tiin, cuba lihat betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan التين dengan الزيتون  , perkataan الزيتون dengan طورسينين(Thur sina) dan seterusnya di antara perkataan طورسينين dan البد الأمين . Keempat-empat perkataan itu pula berkait rapat dengan
rangkai kata احسن تقويم dan  اسفل سفلين  . Dan semua yang tersebut itu pula berkait rapat dengan الدينatau  يوم الدين    (hari pembalasan) iaitu hari kiamat di mana manusia akan
mendapat balasan bagi semua amalannya, sama ada baik atau buruk. Pada hari kiamat nanti akan nyatalah keadilan dan kesaksamaan Allah. Sesungguhnya hari kiamat itu sebesar-besar  dalil bagi adanya احكم الحكمين merupakan (Tuhan Yang Maha Adil dan saksama )

(b) Perhatikanlah betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan-perkataan الحي,الله dan القيوم. Kemudian perhatikan pula bagaimana ia disusuli dengan penafian sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah daripada Allah (sifat-sif'at tanzihiyyahNya), iaitu mengantuk dan
tidur. Perkaitan di antaranyamat rapat sekali. Syafa'at berkait rapat dengan ilmu. Kursi Allah pula berkait rapat denganNya. Kekuasaan Allah berkait rapat dengan sifat ' tanzihiNyaلايئوده (Dia tidak berasa berat). Sifat Tuhan,العلي العظيم (Maha Tinggi lagi Maha Besar) pula mencakupi dan merangkumi semua sekali kandungan ayat al-Kursi itu sendiri. 

Qaedah-Qaedah Mengesan 
Struktur  Mikro Ayat-ayat Al quran.

Adalah tidak sukar mengesan perhubungan dan perkaitan di antara satu perkataan dengan  perkataan lain atau satu ayat dengan ayat yang lain jika kedua-duanya mempunyai perhubungan dan perkaitan yang nyata. Seperti perhubungan 'athaf, ta'kid, tafsir, badal,i'tiraadh, sifat, hal dan lain-lain yang dapat dipastikan dengan penguasaan ilmu Nahu.Akan tetapi sukar sekali mengesan perhubungan di antara dua perkalaan atau dua ayat yang pada zahirnya tidak menampakkan ada sebarang perkaitan di antara keduanya. Kerana kedua-duanya kelihatan seperti sesuatu yang berasingan dan berdiri sendiri.Dalam keadaan ini pun para ulama tafsir yang bijaksana masih nampak lagi perkaitannya berpandukan qarinah-qarinah dan bukti-bukti di sudut ma'na dan ertinya yang saling

63

Tiada ulasan:

Catat Ulasan