Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms041.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 41
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah, jika engkaü mampu pergi ke sana.⁴⁴ Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau! Kami berasa hairan, kerana dia yang bertanya, tapi dia pula yang membenarkannya.⁴⁵ Katanya lagi:
___________________________________________________________
Allah Bagaimanapun kebanyakan 'ulama' mentarjıhkan riwayat Umar daripada riwayat Abu Hurairah. Mungkin juga riwayat Abu Hurairah itü beradasarkan makna, bukan berdasarkan lafaz hadits yang asal memandangkan kedua-dua Islam dan iman itü memang berkait rapat dan saling diperlukan. Menurut Hafız İbnu Hajar, ini termasuk dalam tasharruf (pindaan / perbuatan) perawi ketika menyampaikan hadits. Sebabnya ialah peristiwa kedatangan Jibril itü telah berlaku sekali sahaja, bukan beberapa kali. Beliau mentarjihkan lafaz riwayat Umar di atas daripada riwayat-riwayat yang lain. Tetapi di dalam Kitab Mashaabih as-Sunnah Imam Baghawi mengemukakan hadits ini dengan pertanyaan Jibril tentang iman terlebih dahulu sebelum tentang Isam. Perbuatan pengarang Misykaat memilih riwayat 'Umar dengan haditsnya ini, secara halus memberi erti bahawa beIiau tidak bersetuju dan membantah pilihan imam Baghawi di dalam Kitab Mashaabih as-Sunnahnya itu.
⁴⁴ Lima perkara yang disebutkan sebagai rukun İslam itü sememangnya dapat dikesan dan disaksikan dengan pancaindera lahir. Ucapan dua kalimah syahadah dapat didengari dengan deria pendengaran dan ia pula dituturkan dengan lidah. Demikian juga dengan empat rukun selainnya. Kesemuanya dapat dikesan dengan deria lahir. Kesemuanya merupakan pernyataan kepasrahan total kepada Allah s.w.t. hikmat di sebalik ketentuan sembahyang, zakat, puasa dan haji sebagai rukun Islam selain syahadah ialah untuk menyatakan dua sifat utama Allah iaitu sifat jalaali (keagungan dan kekerasanNya) dan sifat jamaaliNya (kelembutan dan Sifat jalaaliNya adalah seperti sifat murka, marah, menghukum, membalas, menyiksa, perkasa, kuat, memiliki segala keagungan, mematikan, menghancurkan, membinasakan dan sebagainya. Sifat jamaaliNya pula ialah seperti mengasihani, menyayangi, menyintai, suci, sejahtera, memelihara, cantik, mengurniakan keamanan, mengampun, mencipta, membentuk rupa, menerima taubat, belas kasihan dan sebagainya. Sifat-sifat itü nyata melalui sekian banyak fenomena alam yang berlaku saban hari. Gempa bumi yang berlaku di mana-mana, kematian, pembunuhan beramai-ramai;penjajahan, pengabdian sesuatu bangsa dan lain-lain adalah antara fenomena sifat jalaalİ Allah. Sementara rasa simpati, kasih sayang, kecantikan dan keindahan alam yang menawan hati, kebersihan, maaf memaafkan, keamanan dan kedamaian serta lain-lain fenomena alam yang menenangkan jiwa dan perasaan adalah hasil tajalli sifat jamaalıNya. Dalam konteks ibadat sembahyang dan zakat yang mcrupakan rukun Islam kedua dan ketiga, cuba perhatikan betapa terserlah sifat jalaali Allah padanya. Bukankah orang yang bersembahyang itü berdiri tegak sambil memaut tangan ke bahagian bawah perut (mendakap qiam) tanpa bergerak bebas dan menoleh ke kiri atau ke kanan, menggambarkan ia seolah-olahnya seorang pesalah yang sedang menghadap pemerintah atau ketua yang perkasa dan penuh dengan keagungan? Orang yang menunaikan zakat pula bukankah kelihatan seperti seorang yang sedang membayar denda kepada pihak penguasa yang cukup berwibawa? Rukun Islam keempat dan kelima adalah peryataan sifat jamaali Allah. Orang yang berpuasa sebenarnya mendakwa cintakan Allah. Dengan berpuasa dia membuktikan kebenaran cintanya. Dia sanggup meninggalkan segala keinginan dan nafsu semata-mata untuk memenuhi tuntutan orang yang dicintainya. Tingkah laku dan gerak-geri orang yang mengerjakan haji benar-benar mencerminkan seorang asyiq yang sangat-sangat merindukan ma'syuqnya. Lihatlah keadaan dirinya yang kusut masai, tidak terurus, ke sana ke mari semacam sedang mencari sesuatu. Dikucup dan disentuhnya dinding rumah kekasih. Dikelilingi pula rumahnya berkali-kali. Dan pada aklıirnya, setelah mengorbankan sesuatu yang paling dikasihi, ia berpatah balik ke rumah kekasihnya. Ketara sekali di situ sifat jamaali Allah. Banyak perkara sebenarnya yang menyebabkan Umar dan para sahabat yang lain berasa hairan. Antaranya ialah: (1) Dia yang bertanya, tapi dia pula yang membenarkannya. Penyoal yang jahil biasanya tidak berkata begitu. Keadaan ini jelas menunjukkan penyoal memang telah
41
Tiada ulasan:
Catat Ulasan