Khamis, Ogos 20, 2020

K145.“Along Ingat Dulu Mama Gembira Je Dengan Along” Mama Jumpa Surat Anak Buat Ramai Sebak.

K145.“Along Ingat Dulu Mama Gembira Je Dengan Along” Mama Jumpa Surat Anak Buat Ramai Sebak.

Bila bergelar isteri dan ibu memang kita tak terlepas merasai semua rasa. Gembira, teruja, sedih, marah, penat dan perlukan perhatian. Normal jika anda merasai semua ini lebih-lebih lagi bila anak anda bertambah dari satu menjadi dua, dari dua menjadi tiga dan makin bertambah.

Anak adalah satu anugerah yang terindah buat setiap pasangan. Kadang kala kita bukanlah ibu yang ‘perfect’ yang mampu mengawal emosi dan langsung tak marah pada anak-anak. Marahkan anak itu perkara yang normal. Kadang-kadang lepas marahkan si anak, hati ibu sedih sebab dia akhirnya melukakan hati anak yang dia sendiri kandung. Di akhirnya, si ibu akan usap dan belai kembali anaknya.

Satu perkongsian yang menarik dari seorang ibu, Yeyja Yojie‎ menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini? membuatkan ramai sebak dan memuji betapa bijak dan soleh solehahnya si kecil apabila meninggalkan sepujuk surat meminta maaf pada si ibu dan memujuk supaya si ibu tidak lagi bersedih. Hebat sungguh didikan dari keluarganya. 
Antara isi kandungan surat yang ditulis. Begitulah anak-anak kecil, dia lebih selesa menulis sesuatu untuk meluahkan dan biasanya apa yang lahir dari hati anak kecil semuanya ikhlas dan jujur.
Malam ni mama tak boleh nak lelapkan mata….Mama rasa down sangat. Mama dapat surat dan nota ni dari dalam beg sekolah anak sulung.

Kisahnya macam ni.

Mama termarah si Along ni sebab tak tolong kemas balik mainan yang adik-adik buat sepah dan dia pun sama-sama naik buat sepah.

Si Along ni umur 7 tahun, adik-adiknya umur 5 tahun dan 2 tahun…dan memang hobi si adik yang kecik ni laa suka buat sepah kat rumah. Boleh buat mama migrain uii. Mama tak sengaja sygg…😭😭😭

Ada ke mak-mak yang macam saya…bila anak-anak yang kecik buat hal….yang jadi mangsa mesti anak sulung.
😢😢😢

Maaf ayat terabur….tengah berdukalara ni.

Ramai risau untuk memarahi anak kerana merasakan bahawa nanti anak akan tidak menyayangi mereka atau anak jadi melawan. Disini ada beberapa tip keibubapaan yang dikongsi oleh Ibu Rose yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Ini beberapa mutiara ilmu yang boleh membantu bagaimana untuk memarahi anak dan anak menjadi semakin hormat dan kasih akan kita.

1- Marahlah perbuatan yang salah itu bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ‘ Kamu ni memang jahat!’ kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,’ Janganlah berperangai tidak baik macam tu…sayang anak yang baik’.

2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.


3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maksimum.

4-Bila marah gunalah “sandwich” method. Iaitu, mulai dengan menghargai sesuatu yang baik yang telah dilakukan. Kemudian baru bawa ke tengah perkara yang hendak ditegur. Akhirkan dengan kata-kata harapan dan positif.

Contoh:

“Mama happy sangat tengok Abang dan semakin rajin solat. Bagus tu. Mama tengok Abang susah sikit bangun subuh. Ini kurang bagus. Rugi kalau kita miss mana-mana waktu solat. Apakata Abang tidur awal supaya tak ngantuk bagun solat subuh. Mama yakin Abang boleh disiplinkan diri, kerana hari tu bila Abang set nak disiplin basuh pinggan lepas makan, Abang dah tak miss dah. Anak Mama ni memang kuat semangat.”

5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakan kasih anda.

6- Elaklah mengatakan kata-kata begini..”mak marah ni sebab mak sayang..’ semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.

Salam Kasih,
Ibu Rose

Tiada ulasan:

Catat Ulasan