Isnin, Ogos 24, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms044

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms044

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 44

hendak membina sesebuah bangunan .Sudah tentu telah ada di dalam kepalanya pelan bangunan itu secara kasar.
Inilah peringkat taqdir.Bangunan yang kemudiannya tersergam dalam kenyataan  sesuai  dengan pelan asal secara kasar itu pula  dinamakan  qadha'.Istilah lain   untuk taqdir yang  diguna dalam alquran ialah Sunnatullah. Sampai disini timbul dua persoalan  yang lain pula. 

(1) Kalau kekufuran telah ditaqdirkan untuk sesaorang maka apakah erti nya mentaklifkan (membebaninya) dengan iman dan amal ? Kenapa pula bila tidak beriman dan beramal ia disiksa?Bukankah kekufuran itu telah ditaqdirkan untuk nya? Jika segala ditaqdirkan  , maka apakah erti nya pula faedah menghantarkan para rasul, menurunkan kitab-kitab dan dan janji-janji yang buruk?? Bukankah dengan adanya  taqdir, sesaorang  akan berada  dalam keadaan terpaksa dan tidak berdaya pada hakikatnya? 

(2) Kalau yang baik dan buruk itu tadi dengan kehendak dan iradat Allah, maka kekejian yang berlaku adalah daripada Allah! Untuk menjawab dua persoalan ini:

Pertama:
Golongan Qadariyyah dan Syiah .Mereka berpendapat, seseorang manusia mencipta sendiri segala perbuatan dan tindak-tanduknya. Dengan  pilihan yang bebas mereka melakukan segala kebaikan dan keburukan. Perbuatan manusia tidak dijadikan Allah, bahkan ia dijadikan olehnya sendiri. Kalau begitu wajarlah dia mendapat pahala atau dosa dari perbuatannya. Patut dan berguna sekali segala galakan dan  ancaman  diberikan  kepadanya. Penghantaran para rasul  dan penurunan kitab-kitab  juga akan bererti semuanya. Sebabnya ialah manusia bukan saja bebas sepenuhnya memilih apa baik dan apa yang buruk, malah ia sendiri menciptakan segala perbuatannya. Dengan itu juga kita terhindar daripada mengaitkan segala keburukan dengan Allah. Kerana segala kebaikan keburukan itu adalah ciptaan manusia sendiri. Pegangan mereka dibantah pihak Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah dengan beberapa alasan. Antaranya ialah:
(a) Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, bagainana firman Allah berikut ini akan benar?
Az-Zumar 39:62
ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ 
Bermaksud: Allah menciptakan segala sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya. (az-Zumar:62). 

(b) Ibnu al-Qaiyyim mengemukakan hujahnya dengan berkåta. "Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, maka bukankah perbuatan manusia itu
sangat banyak? Mungkin sekali kalau begitu, makhluk manusia (hamba) akan lebih banyak daripada makhluk Allah!" 

(c) Semua pihak menerima bahawa perbuatan manusia, bahkan wujud manusia itu sendiri adalah mumkin (sesuatu yang tidak ini pasti apakah ada dan yang tiadanya).  Kuasa Allah  adalah sempurna, mutlaq dan sebenar. Dalam keadaan ini apakah yang dapat menghalang kuasa Allah yang mutlaq dan sebenar itu daripada mempengaruhi segala yang mumkin? 

(d) Kalau benar menciptakan keburukan itu keji dan ia tidak layak dikaitkan dengan Allah, maka siapakah pula yang menciptakan syaitan yang merupakan punca segala bentuk kejahatan itu? 

(e) Imam Abu Hanifah pernah berdebat dengan seorang Qadari (orang yang berfahaman Qadariyyah). Kata beliau: "Cuba kamu sebutkan huruf  ح dan ف. Pastikan juga makhraj kedua-dua huruf itu terlebih dahulu. Kemudian cuba kamu sebut huruf ح dengan menggunakan makhraj huruf ف dan seterusnya cuba sebut huruf ف dengan menggunakan makhraj huruf ح pula. Bolehkah atau tidak? Kalau tidak boleh, bagaimana kamu menda'wa manusia sendirilah yang menciptakan segala perbuatannya??" Soalan Imam Abu Hanifah itu terus mematikan hujah Qadari yang berdebat dengannya. 

Kedua: Golongan Jabriyyah dan Jahmiyyah. Golongan ini berpendapat, manusia langsung tidak mempunyai kuasa. Mereka hanya seperti sabut atau batu yang tidak mempunnyai  apa-apa ikhtiar dan pilihan. Pendek kata, manusia pada pandangan mereka adalah majbur mahdh (makhluk hidup yang segala perbuatan dan gerak-gerinya menurut kehendak orang lain semata-mata). Fahaman seperti ini juga terpesong daripada landasan kebenaran. Alasan Ahli as-sunnah wa al-Jama'ah dalam membantah pegangan mereka antara lainnya ialah: 
(a) Kalau manusia majbur mahdh, tentulah tidak ada langsung perbedaan di antara perbuatan dan pergerakan yang dipilihnya dengan perbuatan dan pergerakan yang tidak dipilihnya. Dalam keadaan biasa manusia

44

Tiada ulasan:

Catat Ulasan