Isnin, Ogos 24, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(138)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(138)
Sesi 07(15,16,17)

Surah An nahl 
Tertibnya surah 16 
Bilangan ayat 128
Bilangan rukok 16
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 70
Bilangan paragraf  6
Paragraf 1 ayat 1-21 
Ayat 1-2 alquran diturunkan kepada manusia untuk menyeru manusia kepada tauhid dan memberi peringatan.
Ayat 3-21 dalil2 aqli menggunakan akal tentang tauhid خالقية(Allah sebagai  pencipta )
Paragraf 2 drp ayat 22-34 
Pendedahan  kesalahan jenayah yg dilakukan oleh orang kafir quraisy.
Ayat 23-29 Olok2an orang2 yg tidak terima hari pembalasan yg sombong.
Ayat 30-32 pahala untuk orang2 yg bertaqwa.
Ayat 33-34 akibat buruk orang yg sombong dan  tidak percaya kepada hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 35-89 
Ayat 35-40 Jawapan kepada kritikan orang tidak menerima kerasulan dan akhirat.
ayat 41-42 Berita gembira untuk orang-orang yang berhijrah.
Ayat 43-47 Peringatan kepada orang tidak menerima kerasulan dan keterangan jawatan kerasulan.
Ayat 48-60 Dalil kebenaran tauhid dan menolak syirik
Ayat 61-65 menolak kekeliruan orang yg tidak menerima adanya hari akhirat dan hikmat penurunan alquran.
Ayat 66-83 dalil2 tauhid rububiyah ربوبية dan dalil (benarnya) hari akhirat itu
Ayat 84-89 Menakutkan orang2 yg tidak percaya kepada hari  akhirat dan pemandangan yg dahsyat.
Paragraf 4 ayat 90-119 Hak2 allah dan hak2 hamba.
Ayat 90-97 Berbicara hak2 Allah dan hak2 hamba khususnya berkenaan dgn sumpah dan arahan  berkenaan sumpah.
Ayat 98-105 Panduan menyelamatkan diri dari kejahatan iblis
Ayat 106-113 menghiburkan hati orang2 mukmin yg teraniaya dan berita gembira untuk orang2 yg berhijrah.
Ayat 114-119 Hukum2 halal haram.
Paragraf 5 ayat 120-124 Kenapa hukum hari Sabtu diberikan kepada orang Yahudi . 
Ayat 120-123 Dalil daripada  sirah  Ibrahim untuk aqidah tauhid dan sifat syukur.
Paragraf 6 ayat 125-128.
Arahan berdakwah dengan penuh sabar, cekal , taqwa , hikmah dan ihsan.

Mesej utama
1.Perdebatan dengan orang2 yg tidak mempercayai tauhid ,risalah dan hari akhirat.
2.Tuntutan menerima tuhan pencipta dan rabb juga sebagai hanya layak disembah.
3.Arahan kepada orang2 Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar,taqwa,hikmah dan ihsan.

138

Tiada ulasan:

Catat Ulasan