Qawaid tafsir 2018 nota 5(0066)
Contohnya ialah firman Allah berikut:
At-Takathur 102:3
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
At-Takathur 102:4
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
At-Takathur 102:5
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ
At-Takathur 102:6
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ
Maksudnya:
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak!(3)
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak! (4)
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akanmengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).(5)
(Ingatlah) Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.(6).
(at-Takatsur:3-6).
Sebagaimana dapat disaksikan, ma'mul bagi كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ tiada. Ia dibuang untuk menimbulkan keadaan saspens. Ma'mul bagi كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ juga tiada. Ia juga
dibuang untuk tujuan yang sama. Akhir sekali barulah dikemukakan لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ sebagai penjelas kepada apa yang dibuang dan telah menimbulkan keadaan saspens
itu. Ia rupa-rupanya, "Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang"! Tujuan ia disembunyikan dan baru kemudian disebutkan adalah untuk menunjukkan kehebatan dan kedahsyatan api neraka yang sedang menanti manusia yang lalai daripada azab hari akhirat.
قاعدة 43 التَّقَدُّمُ فِي الذَّكْرِ لَا يَعْنِي التَّقَدُّمَ فِي الْوُقُوْعِ وَالْحُكْمِ
Tersebut dahulu tidak bererti berlaku dahulu dan tidak juga bererti kedudukannya terdahulu lebih utama.
Keterangan: Apabila beberapa perkara disebutkan secara berturutan, maka tidak semestinya ia bererti apa yang tersebut lebih dahulu itu berlakunya lebih dahulu dan
tidak semestinya juga yang tersebut dahulu itu daripada segi kedudukan dan darjatnya lebih mulia daripada yang tersebut kemudian. Walaupun mungkin juga dimaksudkan
begitu, tetapi ia bukanlah suatu kemestian. 'Illat bagi sesuatu tertib susunan ayat mungkin ada, namun begitu ia bukan boleh dipastikan. Ia lebih banyak bergantung
kepada konteksnya. Mungkin ia dapat difahami dengan mudah. Mungkin juga agak sukar untuk mengesannya kerana keadaannya yang tidak tetap. Dalam keadaan sukar menentukan 'illat bagi susunan sesebuah ayat adalah lebih elok diserahkan saja
66
Tiada ulasan:
Catat Ulasan