Qawaid tafsir 2018 nota 5(0069)
Keterangan: Selalu kita menemui di dalam al-Qur'an sesuatu perkara disebut berulang kali. Perkara yang disebut berulang kali itu bukan sahaja yang berkaitan dengan 'aqidah dan sifat-sifat Allah, malah ia juga meliputi hukum-hakam, nasihat, peringatan, fakta, peristiwa, kisah-kisah para nabi dan lain-lain. Tujuannya tidak lain,
hanyalah untuk menarik perhatian manusia kepada kepentingannya, di samping menunjukkan juga kepada mereka nilai ma'lumat yang terdapat di dalamnya atau
kehebatan dan kedahsyatannya. Pendek kata ia adalah suatu perkara penting yang sama sekali tidak boleh dipandang remeh dan diabaikan begitu saja oleh manusia.
Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada faedah yang terdapat di sebalik pengulangan sebut sesuatu perkara (lafaz) atau sesuatu ayat di dalam al-Qur'an:
(a) Untuk taqrir (للتقرير), iaitu memantapkan dan meneguhkan apa yang disebut, dalam fikiran dan ingatan manusia supaya ia sentiasa berwaspada terhadapnya dan
mengambil pengajaran daripadanya. Untuk maksud inilah kebanyakan ayat ancaman diulang sebut. Allah s.w.t. sendiri telah berfirman tentangnya begini:
Maksudnya: Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya
sebahagian dari ancaman, agar mereka bertaqwa atau (supaya) Al-Quran itu menimbulkan pengajaran buat mereka. (Thaha:113 ).
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَٰهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ ٱلْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا
(b) Untuk menguatkan lagi apa yang telah disebut (للتَّأكِيد). Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
(i)Al-Isra' 17:63
قَالَ ٱذْهَبْ فَمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُمْ جَزَآءً مَّوْفُورًا
Maksudnya: Allah berfirman (kepada Iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian sesiapa yang menurutimu di antata mereka, maka
sesungguhnya Neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup." (al-Israa' :63).
69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan