Qawaid tafsir 2018 nota 5(0072)
Al-Muddaththir 74:19
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Al-Muddaththir 74:20
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Maksudnya: Celakalah dia! Bagaimana dia mereka-reka (tuduhan)? (19).
Kemudian celakalah dia! Bagaimanakah dia mereka-reka (tuduhan? (20).
(al-Muddattsir:19-20).
(i) Kerana adanya perkaitan yang berlainan. Antaranya contohnya ialah firman Allah ini:
Ar-Rahman 55:18
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maksudnya: Maka yang mana satu di antata ni'mat-ni'mat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(ar-Rahman:18).
Ayat ini diulang lebih 30 kali di dalam Surah ar-Rahman. Tetapi ia disebut sebagai pertanyaan bagi perkara-perkara yang berbeza-beza dan berlainan.
قاعدة 45 اَلتَّنْصِيْصُ عَلَى الشَّيْءِ لَا يَلْزَمُ مِنْهُ النَّفْيُ عَمَّا عَدَاهُ
Menyebutkan hukum dengan terang bagi sesuatu (benda atau perkara)tidak menafikan hukum yang sama daripada
selainnya.
Keterangan: Jika terdapat nas yang terang tentang hukum sesuatu benda atau sesuatu perkara, maka tidaklah ia bererti hukum itu khusus dengannya sahaja. Ia hanya
menunjukkan hukum itu ada padanya secara pasti sahaja. Adapun pada yang lain-lain, maka hukum yang sama juga mungkin ada, mungkin juga tiada. Ia bergantung pada
dalil atau nas yang lain pula. Antara contoh bagi qaedah ini dapat anda lihat pada firman Allah di bawah ini:
Al-Ma'idah 5:3
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحْمُ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَٱلْمَوْقُوذَةُ وَٱلْمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا۟ بِٱلْأَزْلَٰمِۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًاۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
72.
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) hewan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah), (karena) itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa karena lapar, bukan karena ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan