Sabtu, Ogos 22, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 5(0073)

Qawaid tafsir 2018 nota 5(0073)

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang
mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus
asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan ni'matKu
kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diiharamkan)sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka boleh lah dia memakannya ) ,kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Maa'idah:3).

Keharaman memakan daging babi tersebut dengan terang di dalam firman Allah ini. Tetapi tidaklah pula menyebutkan hukumnya dengan terang begitu bererti menafikan hukum haram memakan daging-daging selain daging babi. Tidak juga boleh disimpulkan bahawa daging-daging binatang selain babi semuanya halal. Haram atau halalnya daging-daging binatang lain selain babi tidak boleh diputuskan semata-mata dengan nas tersebut itu. Sebaliknya ia memerlukan kepada nas yang lain pula.
Misalnya ada hadits yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengharamkan memakan daging himar (keledai) kampung. Maka dengan sebab itu daging himar
kampung juga haram dimakan. 

قاعدة 46 التّوْكِيْدُ يَنْفَِي الحْتِمَتلَ الْمِجَازِ
Adanya taukid (kata penguat) menghilangkan kemungkinan mu'akkad (sesuatu perkataan yang diperkuatkan dengan taukid) dipakai sebagai majaz (bahasa kiasan).


73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan