Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms042.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 42
"Beritahulah kepadaku tentang iman.” Jawab Nabi: "Iman itü ialah engkau percaya kepada Allah,⁴⁶ para malaikatNya,⁴⁷ kitab-kitabNya,⁴⁸ para rasulNya,⁴⁹ hari kemudian⁵⁰
___________________________________________________________
mengetahui tentang apa yang disoalnya. Bagaimana dia boleh mengetahuinya? Sedangkan pada ketika itü tidak ada orang lain yang mengajarkannya selain Nabi s.a.w. inilah yang menghairankan! (2) Pakaiannya putih bersih, rambutnya hitam, langsung tidak berdebu. Pendek kata sedikitpun tidak terlihat padanya kesan-kesan orang yang sedang dalam perjalanan. Dia kelihatan seperti orang tempatan saja, tetapi tiada seorangpun daripada kami yang mengenalinya. (3) Cara duduknya di hadapan Nabi dengan merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda s.a.w. sena meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua paha, menampakkan dia amat beradab dengan Rasulullah s.a.w, namun jika dilihat kepada panggilannya "Wahai Muhammad” bukan "Wahai Rasulallah” pula menampakkan kebadwian atau kejakunannya.
⁴⁶ Sekali pandang jawapan yang diberikan Rasulullah s.a.w. ini tidak menepati soalan yang dikemukakan Jibril dari beberapa sudut.
(1) Kerana pertanyaan adalah berkenaan dengan iman (kepercayaan). Jawapan pula adalah berkenaan dengan apa yang dipercayai مُؤْمَنُ بِهِ Kalau pertanyaan itü benar-benar tentang makna perkataan iman, maka jawapan sepatutnya ialah التصديق (menerima dan membenarkan) atau التصديق بالقلب والإقرار بالسان والعمل بالأركان (menerima atau membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan melakukan suruhan agama dengan anggota badan) misalnya. Melihat kepada jawapan Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di ataş, dapat disimpul bahawa berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu Nabi s.a.w. telah memahaminya dengan erti apa yang dipercayai ( مُؤْمَنُ بِهِ ). Maka wajarlah Baginda s.a.w. membilang satu per satu apa yang perlu diimani dan dipercayai itu.
(2) Kemusykilan kedua yang timbul daripada jawapan Rasulullah s.a.w. ialah takrif atau mukarrif (مُعَرَّف) dan apa yang dita'rifkan (مُعَرَّف) adalah perkara yang sama. Sedangkan kedua-duanya mestilah dua perkara yang berbeda. Atau seperti kata atThibi, jawapan semacam mengulang semula apa yang ditanya. Sebabnya ialah perkataan أن pada أن تؤمن بالله di dalam jawapan Baginda s.a.w. itü adalah مصدرية. la boleh menghancurkan Fil mudharik selepasnya, lalü gabungan kedua-duanya bertukar menjadi mashdar. Pada ketika itü jadilah solalan Jibril dan jawapan Nabi s.a.w. itü begini: الإيمان الإيمان بالله. Itulah yang dikatakan pengulangan atau keserupaan مُعَرَّف dan مُعَرَّف . Anda dapat merungkai kemusykilan tersebut dengan mengangap perkataan الإيمان di dalam soalan Jibril dipakai dengan erti iman syarii. Perkataan di dalam jawapan Nabi s.a.w. itü pula dipakai dengan erti iman lughawi iaitu أن تصدق معترفا بالله. Gabungan iman lughawi dan segala apa yang berkaitan dengannya menjadi mu'arrif atau tarif kepada iman syar'i. Pada ketika itü kedua-duanya akan jadi dua perkara yang berbeda dan tiada lagi berlaku pengulangan. Maksud percaya kepada Allah ialah membenarkan dan menerima kewujudanNya. Di samping mempercayai Dia bersifat dengan segah sifat kesempumaan dan suci daripada segala sifat kekurangan.
⁴⁷ Maksud percaya kepada malaikat ialah mempercayai. kewujudan mereka dengan sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur'an dan Nabi s.a.w. di dalam hadits-haditsnya yang sahih. Antara sifat mereka yang disebutkan ialah:
(1) Mereka adalah hamba-hamba (Allah) yang dimuliakan. (al-Ambiyaa':26).
(2) Mereka selalu bertasbih (beribadat) malam dan siang dengan tidak berhenti-henti. (al-Ambiyaa':20).
(3) Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at-Tahrim:6). (4) Boleh menjelma dalam rupa manusia. (Maryam: 17).
(5) Mereka tidak lelaki atau jantan dan tidakjuga perempuan atau betina.
(6) Tidak makan dan tidak minum.
(7) Hidup dan mati seperti jin dan manusia juga. Cuma umur mereka jauh lebih panjang daripada umur manusia. Disebut malaikat sebelum kitab-kitab dan rasul-rasul tidaklah kerana mereka lebih mulia daripadapara rasul. Sebaliknya kerana melihat kepada peranan dan kerja malaikat yang membawa kitab-kitab suci daripada Allah kepada para rasulNya.
⁴⁸ Percaya kepada kitab-kitab ialah percaya tentang adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Oleh Allah kepada rasul-rasulNya melalui para malaikat. Kitab-kitab itü mengandungi kalam Allah'
42
Tiada ulasan:
Catat Ulasan