Selasa, Ogos 18, 2020

Tafsir asas quran nota 4(055).

Tafsir asas quran nota 4(055).

Antara qaedah umum dan ciri-ciri surah Makkiyyah adalah sebagai berikut:
(i) Setiap surah yang di dalamnya ada ayat Sajdah:Makkiyyah, kecuali Surah al-Hajj.Kerana para ahli Tafsir masih khilaf tentangnya. Sama ada ia Makkiyyah atau  Madaniyyah, meskipun di dalamnya terdapat dua ayat Sajdah.

(ii) Semua Surah yang di dalamnya digunakan perkataan كَلَّ adalah Makkiyyah" Perkataan ini berulang sebanyak 33 kali di bahagian separuh akhir al-qur'an. Ia bertaburan di dalam 15 Surah.

(iii) Surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يَأَيُّهَا النَّاسُ adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Surah al-Hajj.

(iv) Semua Surah yang dimulakan dengan Huruf Muqattha'at,Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Aali 'lmraan.

(v) Semua Surah yang tersebut di dalamnya kisah para nabi dan umat-umat dizaman silam adalah Makkiyyali kecuali Surah al-Baqarah.

(vi) Setiap Surah yang tersebut di dalamnya kisah Adam dan lblis adalah Makkiyyah kecuali Surah al-Baqarah.

(vii) Surah-surah yang mengandungi pembuktian tentang 'aqidah tauhid. risalah(kerasulan), hari kebangkitat, hari kiamat, syurga dan neraka pada umumnya adalah
surah-surah Makkiyvah.

(viii) Surah-surah yang memaparkan akhlaq-akhlaq yang mulia di samping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin, seperti membunuh orapg-orang yarg
tidak bersalah, memakan harta anak yatim, menanam hidup-hidup anak-anak perempuan dan lain-lain adalah Makkiyyah.

(ix) Surah-surah Makkiyyah pada umumnya mengandungi ayat-ayat yang pendek penuh erti dan banyak menggunakan seni bahasa Arab yang tinggi. Penggunaan seni bahasa seperti tasybih, tamsil, kinayah, majaaz dan istiarah adalah suatu yang lumrah didalamnya. Perbendaharaan katanya juga sangat luas.

55

Tiada ulasan:

Catat Ulasan