Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms040.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 40
tentang rukun Islam itu.⁴³ Jawab Nabi s.a.w :Islam itu iwlah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah,mendirikan sembahyang
___________________________________________________________
yang tinggi ,orang-orang yang tidak berkasut dan orang-orang yang bertelanjang menjadi raja-raja dibumi
dan engkau melihat orang perempuan melahirkan tuannya. (Termasuk salah satu daripada) Lima perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah. (Firman Allah) "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya." Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak, demi tuhan yang mengutuskan Muhammad membawa petunjuk dan pembawa gembira, aku tidak lebih mengenalinya( jibril )daripada kamu.Dia adalah sebenarnya adalah Jibrail as .Dia turun dalam rupa Dihyah.
(hadits riwayat Nasaai)Kenapa Rasulullah s.a.w. berkata "Aku tidak lebih mengenalinya (Jibril) daripada kamu, kalau ia datang dalam rupa Dihyah? Bukankah Dihyah dikenali Rasulullah s.aw. dan hampir semua sahabat Baginda s.a.w.??
⁴² Sekalli pandang penggunaan 'Wahai Muhammad' untuk memanggil Rasulullah s.a.w. menampakkan ketidaksopanan pemanggilnya. selain itu ia juga bercanggah dengan firman Allah
An-Nur 24:63
لَّا تَجْعَلُوا۟ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَآءِ بَعْضِكُم بَعْضًاۚ قَدْ يَعْلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذًاۚ فَلْيَحْذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menarü diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan sampai mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi saktnya. (an-Nuur.63).
Tetapi yang memanggil Baginda s.a.w. begini dalam peristiwa ini bukan sebarang orang. Dia adalah Jibril. Jadi apakah jawapan yang dapat merungkai kemusykilan di atas? Ada tiga jawapannya.
(1) Ayat di atas ditujukan kepada manusia. Maka manusialah juga yang terikat dengannya. la tiada kena mengena dengan malaikat' Jibril yang ditugaskan untuk mengajar manusia agama mereka.
(2) Perkataan Muhammad tidak dipakai Jibril dengan ma'na nama Rasulullah s.a.w., tetapi dengan ma'na sifat Baginda. Muhammad sebagai sifat bererti orang yang terpuji dan orang yang layak dipuji segala tindak-tanduknya.
(3) Supaya langsung tidak terlintas di fikiran orang-orang yang berada di majlis itu bahawa dia adalah Jibril. Tetapi bagaimana dengan sesetengah riwayat, termasuk riwayat Bukhari dan Muslim sendiri daripada Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan Jibril memanggil Baginda s.a.w. dengan katanya: "Wahai Rasulallah!? Jawapannya ialah kedua-dua hadits itu boleh ditathbiqkan (disesuaikan) dengan mengatakan misalnya:
(a) Mula-mula Nabi s.a.w. dipanggil Jibril 'Wahai Muhammad' supaya tidak disangka orang dia Jibril, lalu disusulinya dengan panggilan 'Wahai Rasulallah' pula selepasnya untuk lebih beradab.
(b) Boleh jadi juga masing-masing perawi menceritakan apa yang didengarnya.
(c) Mungkin juga salah satu daripadanya merupakan riwayat berdasarkan ma'na dan yang satu lagi pula merupakan riwayat berdasarkan lafaz sebenarnya. Apa pun adanya, kebanyakan ulama' hadits lebih mengutamakan hadits Jibril yang diriwayatkan oleh 'Umar berbanding riwayat orang-orang lain.
⁴³ Di dalam riwayat ini pertanyaan Jibril tentang Islam didahulukan daripada pertanyaannya tentang iman. Demikianlah tersebut di dalam Sahih Kitab al-Jam'i Baina as-Sahihain oleh al-Humaidi, Jaami'u al-Ushul oleh Ibnu al-Atsir, Riyaadhu as-Salihin oleh an-Nawawi' dan Syarhu as-Sunnah oleh al-Baghawi dan lain-lain. Sebabnya ialah Islam bererti kepasrahan lahiriah. Selain itu zahir juga menunjukkan batin. Tetapi berdasarkan riwayat Bukhari daripada Abi Hurairah mula-mula sekali Jibril bertanya Rasulullah s.a.w. tentang iman. Selepas itu baru beliau bertanya tentang Islam. Kewajarannya terletak pada penerimaan segala amalan taat yang zahir terhenti atas iman. Tanpa iman atau 'aqidah yang betul segala amalan tidak akan diterima
40
Tiada ulasan:
Catat Ulasan