Sabtu, Ogos 22, 2020

Tafsir asas quran nota 4(057).

Tafsir asas quran nota 4(057).


dan kisah-kisah zaman lampau, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menekankan soal-soal kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketamaddunan.

(x) Surah-surah yang mengandungi keizinan berjihad dan hukum-hakam semasa  berperang, di samping apa-apa yang ada kaitan dgnnya adalah Madaniyyah.

Peringatan (3):-
Berhubung dengan bilangan ayat-ayat di dalam al-Qur'an, sememangnya terdapat khilaf di kalangan para ulama.

Perinciannya adalah seperti berikut:
(i) Menurut sebilangan besar ulama, jumlah kesemua sekali ayat-ayat al-Qur'an ialah enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat (6,666).
(ii) Ada yang berpendapat enam ribu enam ratus enam belas (6616) sahaja.
(iii) Ada yang berpendapat hanya enam ribu dua ratus enam belas (6216) sahaja.
(iv) Ada juga yang berpendapat enam ribu dua ratus tiga puluh tujuh (6237) sahaja.
(iiv) Yang paling tepat berhubung dengan jumlah kesemua sekali (total) ayat-ayat al-Qur'an ialah enam ribu dua ratus dua belas (6212) sahaja. Inilah jumlah yang akan anda
perolehi apabila anda mencampurkan semua sekali ayat-ayat yang jelas di dalam 114 surah yang ada di dalam al-Qur'an.

Berhubung dengan bilangan perkataan di dalam  al-Qur'an pula terdapat beberapa pendapat seperti berikut:
(i) Tujuh puluh tujuh ribu sembilan ratus tiga puluh tiga (77933).
(ii) Tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh tujuh (77437).
(iii) Tujuh puluh tujuh ribu dua ratus tujuh puluh tujuh (77277).
(iv) Menurut Mujahid, tujuh puluh enam ribu empat ratus tiga puluh (76430).
(v) Menurut 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah ,tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh
(77430).

57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan