Tafsir asas quran nota 4(059).
(iii) Surah al-Anfaal terletak berdempet dengan Surah at-taubah. Kedua-duanya membicarakan tentang jihad.
(iv) Surah ad-Dhuha dan al-lnsyiraah terletak berdampingan. Kedua-duanya sarna-sama menghiburkan hati Nabi s.a.w. dan membimbing Baginda melakukan sesuatu"
(v) Surah al-Falaq dan an-Naas juga terletak berdampingan. Kedua-duanya adalah sarana perlindungan. Kerana itulah Nabi s.a.w. menamakan kedua-duanya dengan مُعَوِّذَتَان (dua
surah pelindung).
(10) Kerangka Kasar (Struktur Makro atau النظم الجلي) Setiap Surah.
Usul kesepuluh untuk memahami al-Qur'an ialah menerima adanya kerangka kasar(النظم الجلي) bagi setiap surah. Oleh kerana setiap surah merupakan satu unit, maka para pelajar mestilah mencari bahagian-bahagiann yang terbesar terlebih dahulu sebelum mencari kandungan-kandungan kecil di bawahnya. Dengan kata lain para pelajar hendaklah
terlebih dahulu terbahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan (paragraf).
Itulah yang dimaksudkan dengan kerangka kasar atau النظم الجلي atau setiap surah.
Beberapa Contoh Kerangka Kasar Surah-Surah Tertentu
(a) Surah al-Baqarah mempunyai empat bahagian (perenggan) besar.
(i)Pendahuluan
(ii)Tentang Bani Isra'il
(iii) Tentang urnat Islam
(iv) Penutup.
(b) Surah Aali 'lmraam mempunyai dua bahagian (perenggan) besar.
(i) Secara umurnnya tentang Ahli al-Kitab dan orang-orang Kristian
(ii) Tentang orang-orang Islam.
(c) Surah al-A'raaf dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya ada peristiwa enam kaum.
(d) Surah Huud juga dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya juga ada peristiwa enam kaum.
(e) Surah al-Kahfi rtrengandungi empat bahagian (perenggan) besar. Di antara pendahuluan dan pcnutupnya ada dikemukakan empat kisah.
59
Tiada ulasan:
Catat Ulasan