Selasa, Ogos 25, 2020

Tafsir asas quran nota 4(060).

Tafsir asas quran nota 4(060).

(f) Surah al-Jumu'ah secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian (perenggan)besar sahaja. Pertama tentang sikap orang-orang Yahudi terhadap Kitab Taurat dan ajaran-ajarannya. Kedua tentang apa yang diperintahkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman pada hari Juma'at.

(g) Surah al-Munafiqun juga secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar sahaja. Ia berbicara tentang adanya kaitan yang rapat di antara nifaq dan infaq.

(h) Surah an-Naba' mempunyai tiga bahagian besar atau tiga perenggan utama. Selain memberi gambaran tentang hari kiamat yang sentiasa dipertikaikan, ia juga
mengemukakan sifat-sifat orang-orang yang durjana dan sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa.



(11) Keperluan Menentukan Mesej Utama Setiap Surah.
Usul kesebelas untuk memahami al-Qur'an dengan baik ialah mencari, memilih dan kemudian menentukan tema atau judul yang nrenggambarkan mesej utarna bagi setiap
surah. Dalarn istilah Maulana HameeduddiinFaraahi, tema atau judul itu dipanggil عمود atau مركزى مضمون . Cara mendapatkannya ialah dengan: 
(i) Membahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan. 
(ii) Kemudian menarik kesimpulan daripada ayat-ayat yang
terdapat di dalam setiap perenggan. Dan akhir sekali 
(iii) Membuat kesimpulan daripada keseluruhan ayat-ayat yang tersebut di dalam setiap perenggan sebagai mesej utama surah. Mesej utama surah itulah juga yang dikira sebagai tema atau judul sesuatu surah.
Itulah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengetahui mesej utama sesuatu surah.

Beberapa Contoh Mesej Utama Surah
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh nresej utama surah atau tema dan judul yang terhasil daripada mengikuti langkah-langkah yang dikemukakan tadi:
(a) Mesej utama surah al-Baqarah - Penukaran kepimpinan.
(b) Mesej utama surah al-A'raaf - Punca kebinasaan dan kebangkitan sesuatu umat (kaum).
(c) Mese'j utama surah Huud -- Tauhid dan istighafar penyelamat umat manusia.

60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan