Selasa, Ogos 25, 2020

Tafsir asas quran notabaca 4(059-060)s

Tafsir asas quran notabaca 4(059-060)s

(10) Kerangka Kasar (Struktur Makro atau النظم الجلي) Setiap Surah.

Usul kesepuluh untuk memahami al-Qur'an ialah menerima adanya kerangka kasar(النظم الجلي) bagi setiap surah. Oleh kerana setiap surah merupakan satu unit, maka para pelajar mestilah mencari bahagian-bahagiann yang terbesar terlebih dahulu sebelum mencari kandungan-kandungan kecil di bawahnya. Dengan kata lain para pelajar hendaklah
terlebih dahulu terbahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan (paragraf).
Itulah yang dimaksudkan dengan kerangka kasar atau  النظم الجلي atau  setiap surah.

Beberapa Contoh Kerangka Kasar Surah-Surah Tertentu
(a) Surah al-Baqarah mempunyai empat bahagian (perenggan) besar. 
(i)Pendahuluan 
(ii)Tentang Bani Isra'il 
(iii) Tentang umat Islam 
(iv) Penutup.

(b) Surah Aali 'lmraam mempunyai dua bahagian (perenggan) besar.
(i) Secara umurnnya tentang Ahli al-Kitab dan orang-orang Kristian 
(ii) Tentang orang-orang Islam.

(c) Surah al-A'raaf dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya ada peristiwa enam kaum.

(d) Surah Huud juga dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya juga ada peristiwa enam kaum.

(e) Surah al-Kahfi rtrengandungi empat bahagian (perenggan) besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya ada dikemukakan empat kisah.

(f) Surah al-Jumu'ah secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian (perenggan)besar sahaja. Pertama tentang sikap orang-orang Yahudi terhadap Kitab Taurat dan ajaran-ajarannya. Kedua tentang apa yang diperintahkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman pada hari Juma'at.

(g) Surah al-Munafiqun juga secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar sahaja. Ia berbicara tentang adanya kaitan yang rapat di antara nifaq dan infaq.

(h) Surah an-Naba' mempunyai tiga bahagian besar atau tiga perenggan utama. Selain memberi gambaran tentang hari kiamat yang sentiasa dipertikaikan, ia juga
mengemukakan sifat-sifat orang-orang yang durjana dan sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan