Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)notabc7(138-149)s
Sesi 07(15,16,17)
Surah An nahl
Tertibnya surah 16
Bilangan ayat 128
Bilangan rukok 16
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 70
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1 ayat 1-21
Ayat 1-2 alquran diturunkan kepada manusia untuk menyeru manusia kepada tauhid dan memberi peringatan.
Ayat 3-21 dalil2 aqli menggunakan akal tentang tauhid خالقية(Allah sebagai pencipta )
Paragraf 2 ayat 22-34
Pendedahan kesalahan jenayah yg dilakukan oleh orang kafir quraisy.
Ayat 23-29 Olok2an orang2 yg tidak terima hari pembalasan yg sombong.
Ayat 30-32 pahala untuk orang2 yg bertaqwa.
Ayat 33-34 akibat buruk orang yg sombong dan tidak percaya kepada hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 35-89
Ayat 35-40 Jawapan kepada kritikan orang tidak menerima kerasulan dan akhirat.
ayat 41-42 Berita gembira untuk orang-orang yang berhijrah.
Ayat 43-47 Peringatan kepada orang tidak menerima kerasulan dan keterangan jawatan kerasulan.
Ayat 48-60 Dalil kebenaran tauhid dan menolak syirik
Ayat 61-65 menolak kekeliruan orang yg tidak menerima adanya hari akhirat dan hikmat penurunan alquran.
Ayat 66-83 dalil2 tauhid rububiyah ربوبية dan dalil (benarnya) hari akhirat itu
Ayat 84-89 Menakutkan orang2 yg tidak percaya kepada hari akhirat dan pemandangan yg dahsyat.
Paragraf 4 ayat 90-119 Hak2 allah dan hak2 hamba.
Ayat 90-97 Berbicara hak2 Allah dan hak2 hamba khususnya berkenaan dgn sumpah dan arahan berkenaan sumpah.
Ayat 98-105 Panduan menyelamatkan diri dari kejahatan iblis
Ayat 106-113 menghiburkan hati orang2 mukmin yg teraniaya dan berita gembira untuk orang2 yg berhijrah.
Ayat 114-119 Hukum2 halal haram.
Paragraf 5 ayat 120-124 Kenapa hukum hari Sabtu diberikan kepada orang Yahudi .
Ayat 120-123 Dalil daripada sirah Ibrahim untuk aqidah tauhid dan sifat syukur.
Paragraf 6 ayat 125-128.
Arahan berdakwah dengan penuh sabar, cekal , taqwa , hikmah dan ihsan.
Mesej utama
1.Perdebatan dengan orang2 yg tidak mempercayai tauhid ,risalah dan hari akhirat.
2.Tuntutan menerima tuhan pencipta dan rabb juga sebagai hanya layak disembah.
3.Arahan kepada orang2 Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar,taqwa,hikmah dan ihsan.
Zaman Diturunkan.
Surah an-Nahl juga diturunkan di peringkat terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, kira-kira pada tahun ke-12 Kenabian sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Di dalamnya terdapat galakan berhijrah kepada orang-orang Islam yang dizalimi, bersabar dan bertawakkal. Beberapa ayatnya diturunkan ketika berlaku kemarau yang dahsyat di Mekah iaitu pada tahun ke-7 Kenabian, sesetengah ayatnya pula diturunkan ketika para sahabat dizalimi dengan dahsyat sekali seperti ayat ke-106 yang dikatakan ia diturunkan berkaitan dengan peristiwa yang berlaku kepada 'Ammar bin Yasir. Ayat itu membenarkan orang-orang Islam mengucapkan kalimah kufur untuk menyelamatkan diri dalam keadaan hati tetap teguh dengan iman.
Beberapa Ciri Khusus Surah.
1. Permulaan surah dimulakan dengan dalil-dalil tauhid khaliqiyyah (tuhan sebagai pencipta) kemudian
dinyatakan tujuan dan matlamat diutuskan para rasul. (Ayat: 36). Semua para rasul menyeru manusia supaya taat kepada Allah dan menyembahnya semata-mata disamping menjauhi dan mengelak diri daripada mengikuti Thaghut (pemimpin semasa yang derhaka kepada Allah) (Ayat: 36).
An-Nahl 16:36
ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ
“Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”,
2. Di dalam surah ini juga terdapat penolakan terhadap kepercayaan uluhiyyah para malaikat (Ayat: 57).
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ ٱلْبَنَٰتِ سُبْحَٰنَهُۥۙ وَلَهُم مَّا يَشْتَهُونَ
Dan mereka menetapkan anak perempuan bagi Allah. Mahasuci Dia, sedang untuk mereka sendiri apa yang mereka sukai (anak laki-laki).
3. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara pemimpin muslim dan pemimpin musyrik. Di mana kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan pemimpin musyrik didedahkan.
4. Surah an-Nahl diturunkan sebelum Surah al-An'aam, ia semacam pendahuluan kepadanya. Didalamnya juga terdapat beberapa hukum permulaan berkenaan halal dan haram sebagai persediaan untuk masyarakat Islam yang akan terbentuk di Madinah nanti. (Ayat:115-116). Perintah supaya berlaku adil,ihsan dan menjaga janji juga diberikan di dalamnya (Ayat: 90).
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Perkaitan Surah An-Nahl Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Hijr sebelum ini terdapat cerita tentang kebinasaan مُستَهزِئين (golongan yang suka memperolok-olokkan utusan Allah) dan مُجْرِمِين (orang-orang yang durjana dan jahat). Di dalam Surah
an-Nahl ini pula dikemukakan cerita tentang pemimpin Quraisy yang musyrik dan sombong (مُسْتَكْبِرِين).
2. Surah an-Nahl meramalkan hijrah ke Madinah akan berlaku di samping menyatakan kelebihannya
(Ayat: 41 dan 110). Di dalam Surah Bani Israil selepas ini diajarkan doa untuk berhijrah dengan cukup jelas
(Ayat: 80-81).
3. Sepuluh perintah yang diberikan kepada umat Nabi Musa juga diberikan kepada umat Muhammad yang merupakan umat terakhir supaya dapat dijadikan sebagai asas kepada sebuah masyarakat Islam dan negara Islam yang akan terbentuk di Madinah al-Munawwarah.
Antara Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1 . Dalil-dalil tauhid khaliqiyyah.Perhatikan kepada dalil-dalil yang diberikan sebagai bukti kepada tauhid khaliqiyyah yang terdapat didalam Surah an-Nahl:
(a) Allah adalah خالق (pencipta) langit dan bumi, kerana itu tidak wajar sama sekali manusia mengamalkan syirik dengan menjadikan makhluk setaraf dengan khaliq.
(Ayat: 3).
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّۚ تَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Mahatinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(b) Allah telah menciptakan manusia daripada نطفة(air mani), oleh itu manusia hendaklah meninggalkan
sifat suka membantahNya dengan mengenang kembali hakikat asal kejadiannya (Ayat: 4).
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ
Dia telah menciptakan manusia dari mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata.
(c) Allah juga mencipta binatang-binatang ternakan yang sangat berguna untuk manusia, kerana itu Dialah yang patut disyukuri dan disembah (Ayat: 5).
وَٱلْأَنْعَٰمَ خَلَقَهَاۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَٰفِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ
Dan hewan ternak telah diciptakan-Nya, untuk kamu padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebagiannya kamu makan.
(d) Allah s.w.t. telah menciptakan kuda, baghal dan keldai sebagai kenderaan dan sebagai perhiasan untuk manusia, Allah akan terus mencipta banyak lagi benda-benda (kenderaan-kenderaan) lain di masa akan datang yang kamu tidak mengetahui tentangnya (Ayat: 8).
وَٱلْخَيْلَ وَٱلْبِغَالَ وَٱلْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةًۚ وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keledai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.
(e) Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah oleh manusia tidak pernah menjadikan apa-apa bahkan ia sendiri adalah makhluk (Ayat: 20). Sedangkan apa yang mereka sembah selain Allah tidak ada mencipta apa pun. Sebaliknya mereka sendiri adalah makhluk (yang dicipta).
An-Nahl 16:20
وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ
Dan (berhala-berhala) yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apa pun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang.
(f) Bayang-bayang setiap benda yang dijadikan Allah juga dengan hina tunduk dan bersujud kepadaNya.(Ayat:48).
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىْءٍ يَتَفَيَّؤُا۟ ظِلَٰلُهُۥ عَنِ ٱلْيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دَٰخِرُونَ
Dan apakah mereka tidak memperhatikan suatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati.
(g) Allah s.w.t. menjadikan manusia dalam suatu bentuk dan keadaan yang memestikan ia mati, ada diantara manusia yang dipanjangkan umurnya sehingga menjadi nyanyuk setelah ia mempunyai ilmu yang cukup, dengan itu terbukti bahawa tuhan pencipta itulah yang mematikan, Dialah yang dapat menghilangkan ingatan dan kesedaran manusia, Dialah yang mempunyai kuasa mutlak (Ayat 70).
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Dan Allah telah menciptakan kamu, kemudian mewafatkanmu, di antara kamu ada yang dikembalikan kepada usia yang tua renta (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah diketahuinya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahakuasa.
(h) Untuk melihat manusia menjadi makhluk yang taat dan patuh padaNya, Allah menjadikan bayang-bayang bagi kejadian-kejadianNya yang lain. Dia menjadikan bukit-bukau dan gunung-ganang sebagai tempat perlindungan, selain itu Dia juga menjadikan pakaian yang dapat melindungi manusia daripada kepanasan dan melindunginya daripada ancaman senjata, oleh itu manusia hendaklah menerima Allah sebagai pencipta dan menjadi makhluk yang muslim dan patuh kepadaNya (Ayat: 81).
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْجِبَالِ أَكْنَٰنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرَٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Dan Allah menjadikan tempat bernaung bagimu dari apa yang telah Dia ciptakan, Dia menjadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia menjadikan pakaian bagimu yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikian Allah menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).
(i) Kesimpulannya ialah, jika manusia berfikir dan merenung, maka dia akan berjaya mendapat jawapan
kepada persoalan, Apakah yang mampu mencipta sama dengan yang tidak mampu mencipta? Maksudnya ialah adakah pencipta dan bukan pencipta atau makhluk sama dengan khaliq? Oleh itu manusia hendaklah dapat membezakan dengan sebaik-baiknya antara khaliq dan makhluq lalu memilih ajaran tauhid yang suci dengan tidak mensyirikkan Allah dengan makhluk-makhluk yang lain (Ayat:17).
أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لَّا يَخْلُقُۗ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
2. Dalil-dalil tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid haakimiyyah.Di dalam Surah an-Nahl diberikan bermacam-macam dalil lain untuk membuktikan tauhid, ia
dinamakan آية atau آيات (tanda-tanda kebesaran Allah). Manusia diminta berfikir tentangnya dan merenunginya supaya akhirnya dia menerima Allah sebagai khaliq lalu menerima tauhid khaliqiyyah,menerima Allah sebagai rabb lalu menerima tauhid rububiyyah, menerima Allah sebagai ilaah, lalu menerima tauhid uluhiyyah dan juga menerima Allah sebagai hakim dan pembuat undang-undang lalu
menerima tauhid haakimiyyah.
(a) Untuk meneruskan kehidupan manusia di bumi, Allah telah menyiapkan segala bentuk keperluan untuknya. Dengan merenungi dalil-dalil rububiyyah manusia akan memilih aqidah tauhid, Dialah tuhan yang menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan bermacam-macam bijirin dan buah-buahan. Dengan memikirkan dan merenungi kejadian Allah, manusia seharusnya menerima rububiyyah Allah dan seterusnya bersyukur kepadaNya (Ayat 11).
يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرْعَ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلْأَعْنَٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.
(b) Ciptaan Allah untuk memenuhi keperluan manusia di bumi bukanlah daripada jenis yang sama tetapi
beraneka jenis, selain sedap dirasa ia juga indah dipandang. Manusia sepatutnya menerima kekuasaan
Allah setelah melihat dalil-dalil itu (Ayat 13).
وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَٰنُهُۥٓۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ
dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.
(c) Allahlah juga yang menghidupkan bumi dan menyuburkannya di musim bunga dengan melepaskan
hujan setelah musim gugur, manusia seharusnya menerima kemurahan Allah dan kasih sayangNya setelah melihat semua itu, ia seharusnya menerima kekuasaan Allah dan percaya juga akan adanya hari pembalasan di akhirat
(Ayat: 65).
وَٱللَّهُ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَآۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi yang tadinya sudah mati. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).
(d) Allah telah memberi kebebasan memilih antara baik dan buruk kepada manusia, sesetengah manusia
menyediakan minuman yang halal daripada buah-buah yang diciptakan Allah, sesetengah manusia pula
membuat minuman yang memabukkan daripada buah-buah itu. Orang-orang yang beraqal hanya berpada dan berasa cukup dengan rezeki yang baik daripada Allah lalu bersyukur kepadaNya, sementara orang-orang yang bodoh pula cenderung kepada rezeki yang haram (Ayat:67).
وَمِن ثَمَرَٰتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلْأَعْنَٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًاۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.
(e) Allah itulah yang menjadikan lebah, Dialah yang memerintah lebah supaya menghisap madu bunga
dan kemudian menjadikan madu yang begitu baik untuk kesihatan manusia. Orang-orang yang berfikir seharusnya menerima dalil-dalil yang menunjukkan hikmat, qudrat, rububiyyah dan rahmat Allah pada kejadian lebah itu
(Ayat 69).
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.
(f) Allah telah menjadikan bintang-bintang, bulan dan matahari. Semuanya berputar mengikut sistem yang telah ditentukan oleh Allah. Akibatnya di waktu malam bumi menjadi sejuk dan di waktu siang pula ia menjadi panas. Oleh itu manusia seharusnya memilih tauhid yang suci setelah menerima kekuasaan Allah, hikmat dan juga rububiyyahNya (Ayat: 12).
وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرَٰتٌۢ بِأَمْرِهِۦٓۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bin-tang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti,
(g) Allah s.w.t. membuat sistem yang seimbang dan teguh di langit dan di bumi sehingga burung-burung dapat terbang di udara dengan senang, orang-orang yang menyaksikan kenyataan yang membabitkan kekuasaan dan hikmat itu seharusnya menerima konsep tauhid yang suci (Ayat:79).
أَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ مُسَخَّرَٰتٍ فِى جَوِّ ٱلسَّمَآءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱللَّهُۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(h) Orang-orang yang tidak merenung آيات الله (tanda-tanda kebesaran Allah) tidak akan mendapat hidayah bahkan mereka akan berhak mendapat azab yang pedih.(Ayat:104).
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ لَا يَهْدِيهِمُ ٱللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al-Qur'an), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan mereka akan mendapat azab yang pedih.
(i) Orang-orang yang tidak menggunakan aqal dan berdusta atas nama Allah tidak akan beriman kepada ayat-ayat (tandatanda) Allah itu (Ayat: 105).
إِنَّمَا يَفْتَرِى ٱلْكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَٰذِبُونَ
Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah pembohong.
3. Sifat-sifat pimpinan Ouraisy dan kesalahan-kesalahan mereka.Di dalam surah ini dibuat perbandingan di antara sifat-sifat pimpinan muslim yang bertaqwa dan
pimpinan Quraisy yang musyrik.
(a) Di dalam ayat pertama Surah an-Nahl lagi telahpun dikata dengan jelas kepada orang-orang musyrikin bahawa zat Allah yang tidak ber'aib Maha tinggi daripada kesyirikan yang kamu lakukan,keputusan tentang tamatnya riwayat syirik dan orang-orang musyrikin Mekah telahpun ada. Nabi yang terakhir telahpun membawa kitab yang terakhir
(Ayat: 1).
أَتَىٰٓ أَمْرُ ٱللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ketetapan Allah pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Mahasuci Allah dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.
(b) Oleh kerana Allah adalah pencipta langit dan bumi maka Dialah yang layak disembah, tidak ada makhluk Allah yang layak disembah. Maha tinggi Allah daripada segala ke'aiban yang dikaitkan oleh orang-orang musyrikin dengannya dalam kepercayaan mereka yang salah (Ayat: 3).
(c) Logik songsang orang-orang musyrikin. Orang-orang musyrikin berkata: "Tanpa keredhaan Allah tentu kami dan nenek moyang kami tidak dapat menyembah selain Allah, tanpa keredhaan Allah juga kami tidak dapat mengharamkan apa-apa" (Ayat: 35)
وَقَالَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ لَوْ شَآءَ ٱللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍ نَّحْنُ وَلَآ ءَابَآؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍۚ كَذَٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۚ فَهَلْ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ
Dan orang musyrik berkata, “Jika Allah menghendaki, niscaya kami tidak akan menyembah sesuatu apa pun selain Dia, baik kami maupun bapak-bapak kami, dan tidak (pula) kami mengharamkan sesuatu pun tanpa (izin)-Nya.” Demikianlah yang diperbuat oleh orang sebelum mereka. Bukankah kewajiban para rasul hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan jelas.
(d) Pada hari kiamat nanti setelah melihat tuhan-tuhan yang disembah mereka, orang-orang musyrikin akan berkata kepada Allah: "Inilah orang-orangnya yang kami seru dan kami berdoa kepadanya selain Allah tetapi apa yang dikatakan mereka itu dilemparkan kepada mereka dengan dikatakan kamu dusta,orang-orang yang kamu sembah itu tidak pernah menyuruh kamu menyembahnya (Ayat: 86).
وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ شُرَكَآءَهُمْ قَالُوا۟ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ شُرَكَآؤُنَا ٱلَّذِينَ كُنَّا نَدْعُوا۟ مِن دُونِكَۖ فَأَلْقَوْا۟ إِلَيْهِمُ ٱلْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَٰذِبُونَ
Dan apabila orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain Engkau.” Lalu sekutu mereka menyatakan kepada mereka, “Kamu benar-benar pendusta.”
(e) Allah s.w.t. adalah tuhan yang menghilangkan segala kemudharatan dan bahaya كاشف الضّر Dialah yang menghilangkan segala kesulitan daripada hamba- hambaNya, orang-orang musyrikin Mekah sendiri apabila ditimpa bencana menyeru Allah, tetapi setelah bencana hilang mereka memilih jalan tidak bersyukur dengan mensyirikkan Allah (Ayat: 54).
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan bencana dari kamu, malah sebagian kamu mempersekutukan Tuhan dengan (yang lain).
(f) Syaitan dan Iblis hanya dapat mempengaruhi orang-orang yang menjadikannya sebagai teman dan
orang-orang yang melakukan kesyirikan (Ayat 100).
إِنَّمَا سُلْطَٰنُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُۥ وَٱلَّذِينَ هُم بِهِۦ مُشْرِكُونَ
Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.
(g) Orang-orang musyrikin Mekah diingatkan bahawa Nabi Ibrahim moyang mereka sendiri adalah seorang yang sempurna, beliau adalah seorang yang taat kepada Allah semata-mata, beliau bukan termasuk dalam orang-orang musyrikin (Ayaf 120).
إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Sungguh, Ibrahim adalah seorang imam (yang dapat dijadikan teladan), patuh kepada Allah dan hanif. Dan dia bukanlah termasuk orang musyrik (yang mempersekutukan Allah),
(h) Diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. supaya betul-betul mengikut Nabi Ibrahim a.s. yang bukan merupakan seorang musyrik (Ayat: 123).
ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ ٱتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًاۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), “Ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah termasuk orang musyrik.”
4. Kesempurnaan tauhid tidak mungkin dicapai tanpa menolak Thaghut.Sekalian rasul yang diutuskan membawa perjuangan yang sama, mereka menyuruh manusia beribadat dan taat kepada Allah semata-mata, mereka melarang daripada mentaati dan mengikuti Thaghut (Ayat:
36)
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ
Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).
5. Menolak syirik kepada مِنْ دُوْنِ الله dan غَيْرُ الله. Di dalam surah ini juga dibuat perbandingan di antara Allah
dan مِنْ دُوْنِ الله atau غَيْرُ الله
(a) مِنْ دُوْنِ الله itu adalah makhluk, ia tidak dapat mencipta apa-apa, kerana itu haram berdoa kepadanya,sebaliknya Allah adalah.حالق(prencipta), kepadaNyalah sepatutnya manusia berdoa (Ayat: 20).
وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ
Dan (berhala-berhala) yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apa pun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang.
b)مِنْ دُوْنِ الله tidak berkuasa memberi sekecil-kecil rezeki pun, yang mempunyai kuasa memberi rezeki hanyalah Allah (Ayat: 73).
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ شَيْـًٔا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ
Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang sama sekali tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka, dari langit dan bumi, dan tidak akan sanggup (berbuat apa pun).
(c) Manusia tidak boleh takut dan bertaqwa kepada غَيْرّ الله, manusia hendaklah hanya takut dan bertaqwa kepada Allah tuhan yang memiliki langit dan bumi, tuhan yang wajib dan mesti kita taati dan patuhi segala perintahNya selama -lamanya (Ayat: 52) .
وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًاۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ
Dan milik-Nya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah (ibadah dan) ketaatan selama-lamanya. Mengapa kamu takut kepada selain Allah?
(d) Binatang yang disembelih atas nama غَيْرُ الله haram dimakan, binatang hanyalah disembelih atas nama Allah (Ayat:115).
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحْمَ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦۖ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, dan (hewan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah, tetapi barangsiapa terpaksa (memakannya) bukan karena menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
6. Menolak kepercayaan yang tidak menerima hari akhirat dan dalil-dalil membuktikan adanya hari akhirat.
Memandangkan pimpinan Quraisy tidak percaya kepada hari akhirat, di dalam surah ini diberikan bukti-bukti tentang adanya hari akhirat. Orang-orang musyrikin Mekah dengan bersumpah selalu berkata:"Allah ta'ala tidak akan menghidupkan kembali manusia yang telah mati". Kata-kata mereka ini membayangkan kepercayaan mereka yang tidak menerima adanya hari akhirat (Ayat: 38).
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan mereka bersumpah dengan (nama) Allah dengan sumpah yang sungguh-sungguh, “Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati.” Tidak demikian (pasti Allah akan membangkitkannya), sebagai suatu janji yang benar dari-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
(a) مِنْ دُوْنِ الله yang mereka berdoa kepadanya adalah orang-orang mati, bukan hidup. Mereka pun tidak
tahu sampai bila mereka akan berada di alam barzaah, bila akan berlaku kiamat dan bila pula mereka
akan dibangkitkan daripada kubur (Ayat:21).
أَمْوَٰتٌ غَيْرُ أَحْيَآءٍۖ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
(Berhala-berhala itu) benda mati, tidak hidup, dan berhala-berhala itu tidak mengetahui kapankah (penyembahnya) dibangkitkan.
(b) Pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan seorang saksi dari kalangan setiap umat, pada ketika itu orang-orang kafir tidak dibenarkan memberi alasan. Mereka juga tidak akan dibenarkan mendapat keredhaan Allah (Ayat: 84).
وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا ثُمَّ لَا يُؤْذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan seorang saksi (rasul) dari setiap umat, kemudian tidak diizinkan kepada orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak (pula) dibolehkan memohon ampunan.
(c) Di hari kiamat nanti seorang saksi akan dibangkitkan. Untuk orang-orang musyrikin Mekah pula Rasulullah akan dibangkitkan sebagai saksi yang menentang mereka. Merekalah yang dahulunya tidak percaya kepada Rasulullah dan menolak seruan al-Qur'an yang merupakan rahmat semata-mata (Ayat:89).
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِى كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِم مِّنْ أَنفُسِهِمْۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰٓؤُلَآءِۚ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ تِبْيَٰنًا لِّكُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri (Muslim).
(d) Hati orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tidak menerima seruan tauhid, mereka sebenarnya adalah orang-orang yang sombong dan angkuh (Ayat:22).
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaan Allah), dan mereka adalah orang yang sombong.
(e) Orang-orang yang bertaqwa percaya kepada hari akhirat, bagi mereka akhirat adalah syurga dan دار المتقين (negeri orang-orang yang bertaqwa) (Ayat: 30).
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْۚ قَالُوا۟ خَيْرًاۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۚ وَلَدَارُ ٱلْءَاخِرَةِ خَيْرٌۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ
Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertakwa, “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Kebaikan.” Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa,
(f) Kepada orang-orang Islam yang berhijrah kerana dizalimi akan diberikan ganjaran yang baik dan tempat tinggal yang terbaik di akhirat nanti (Ayat: 41).
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Dan orang yang berhijrah karena Allah setelah mereka dizhalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan pahala di akhirat pasti lebih besar, sekiranya mereka mengetahui,
(g) Perumpamaan buruk hanya layak diberikan kepada orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat. Allah pula mempunyai sifat yang terbaik (Ayat: 60).
لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ مَثَلُ ٱلسَّوْءِۖ وَلِلَّهِ ٱلْمَثَلُ ٱلْأَعْلَىٰۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Bagi orang-orang yang tidak beriman pada (kehidupan) akhirat, (mempunyai) sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat Yang Mahatinggi. Dan Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana.
(h) Orang-orang yang kafir akan mendapat azab yang besar dan kemurkaan Allah, kerana mereka mengutamakan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat (Ayat: 107).
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّوا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْءَاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Yang demikian itu disebabkan karena mereka lebih mencintai kehidupan di dunia daripada akhirat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
(i) Orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat itulah yang pasti akan menyesal dan menanggung kerugian di akhirat nanti (Ayat: 109).
لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Pastilah mereka termasuk orang yang rugi di akhirat nanti.
(j) Diberitahu kepada orang-orang musyrikin Mekah bahawa moyang mereka Nabi Ibrahim kerana beraqidah tauhid telah mendapat kebaikan dunia dan di akhirat pula Baginda termasuk dalam kumpulan orang-orang yang shaleh
(Ayat: 122).
وَءَاتَيْنَٰهُ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia, dan sesungguhnya di akhirat dia termasuk orang yang shalih.
7. Kesombongan pemimpin-pemimpin kafir Ouraisy.
Surah ini juga mendedahkan tentang kesombongan pemimpin-pemimpin kafir Quraisy.
(a) Pemimpin kafir Quraisy adalah مستكبر (sombong dan angkuh), itulah sebabnya mereka menolak seruan tauhid dan tidak percaya kepada hari kemudian (Ayat: 22).
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaan Allah), dan mereka adalah orang yang sombong.
(b) Dikatakan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy bahawa Allah mengetahui isi hati mereka dan Allah sekali-kali tidak suka kepada orang-orang yang sombong (Ayat:23).
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْتَكْبِرِينَ
Tidak diragukan lagi bahwa Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong.
(c) Pemimpin-pemimpin Quraisy diingatkan bahawa sifat takabbur dan sbmbong mereka pasti akan mengakibatkan mereka kekal menderita azab neraka (Ayat: 29).
فَٱدْخُلُوٓا۟ أَبْوَٰبَ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ فَلَبِئْسَ مَثْوَى ٱلْمُتَكَبِّرِينَ
Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat orang yang menyombongkan diri.
(d) Pemimpin-pemimpin Quraisy difahamkan bahawa Allah tidak memerlukan ibadat dan sujud kepadaNya, segala sesuatu di langit dari bumi sememangnya taat dan patuh kepadaNya, para malaikat juga sentiasa menjunjung perintahNya, mereka tidak pernah menunjukkan sikap sombong dan (Ayat:49).
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Dan segala apa yang ada di langit dan di bumi hanya bersujud kepada Allah yaitu semua makhluk bergerak (bernyawa) dan (juga) para malaikat, dan mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri.
(e) Orang-orang Quraisy dinasihati supaya mendapat pengajaran daripada peristiwa masa lalu, bagaimana umat-umat yang lalu telah menerima balasan kepada amalan-amalan mereka yang buruk.Mereka juga dahulu selalu memperolok-olokkan ayat-ayat Allah (Ayat: 34). '
فَأَصَابَهُمْ سَيِّـَٔاتُ مَا عَمِلُوا۟ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ
Maka mereka ditimpa azab (akibat) perbuatan mereka dan diliputi oleh azab yang dulu selalu mereka perolok-olokkan.
8. Sifat-sifat taqwa yang ada pada Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya. Di dalam surah ini orang-orang Islam disebutkan dengan panggilan متقين. dan ganjaran serta balasan baik untuk mereka disebutkan secara terperinci.
(a) Kepada orang-orang yang bertaqwa dan baik akan dikurniakan kebaikan-kebaikan di dunia dan mereka juga akan dikurniakan syurga. Syurga, sebagaimana dipanggil. دَارُ الآخِرَةِ juga dipanggil دَارُ المُتَّقِينَ (Ayat:30).
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْۚ قَالُوا۟ خَيْرًاۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۚ وَلَدَارُ ٱلْءَاخِرَةِ خَيْرٌۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ
Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertakwa, “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Kebaikan.” Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa,
(b) Orang-orang yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat taman-taman di dalam syurga (Ayat: 31).
جَنَّٰتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُۖ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَآءُونَۚ كَذَٰلِكَ يَجْزِى ٱللَّهُ ٱلْمُتَّقِينَ
(yaitu) surga-surga ‘Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam (surga) itu mereka mendapat segala apa yang diinginkan. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yang bertakwa,
(c) Kesempurnaan tauhid akan mendorong seseorang bertaqwa kepada Allah, para rasul diperintahkan
supaya mengancam, memberi amaran dan juga mengingatkan manusia agar menerima aqidah tauhid
(Ayat:2).
يُنَزِّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ بِٱلرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ أَنْ أَنذِرُوٓا۟ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱتَّقُونِ
Dia menurunkan para malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, (dengan berfirman) yaitu, “Peringatkanlah (hamba-hamba-Ku), bahwa tidak ada tuhan selain Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku.”
(d) Orang-orang musyrikin ditanya: "Adakah mereka akan memilih taqwa kepada Allah atau taqwa
kepada غَيْرُ الله dalam keadaan Allah jua yang telah menjadikan dan memiliki langit-langit dan bumi dan
Dia jua yang layak dan wajib ditaati? (Ayat: 52).
وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًاۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ
Dan milik-Nya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah (ibadah dan) ketaatan selama-lamanya. Mengapa kamu takut kepada selain Allah?
(e) Di akhir ayat surah ini umat Islam dihiburkan dan diberi berita gembira bahawa mereka jangan merasakan bersendirian, sebaliknya Allah ada bersama mereka. Ini kerana Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang yang melakukan amalannya dengan baik (Ayat: ١٢٨).
An-Nahl 16:128
إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.
9. Berita gembira akan berhijrah ke Madinah dan kelebihan hijrah.
(a) Orang-orang Islam yang dizalimi di Mekah diberikan berita gembira bahawa Allah akan memberikan tempat tinggal yang terbaik untuk mereka di dunia ini iaitu di Madinah al-Munawwarah, walau bagaimanapun mereka tetap diingatkan bahawa pahala di akhirat itulah yang lebih besar dan lebih utama (Ayat:41).
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Dan orang yang berhijrah karena Allah setelah mereka dizhalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan pahala di akhirat pasti lebih besar, sekiranya mereka mengetahui,
(b) Orang-orang Islam yang dizalimi dan diuji keimanannya di Mekah diberikan berita gembira bahawa setelah berhijrah ke Madinah mereka akan berjihad dengan penuh sabar dan istiqamah, kerananya Allah akan memberikan kepada mereka rahmat dan maghfirahNya (Ayat: 110).
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ مِنۢ بَعْدِ مَا فُتِنُوا۟ ثُمَّ جَٰهَدُوا۟ وَصَبَرُوٓا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.
10. Musyrikin Mekah diminta supaya mensyukuri ni'mat Allah seperti Nabi Ibrahim.
(a) Di dalam surah ini, orang-orang musyrikin Mekah diminta supaya mengikuti jejak langkah moyang mereka Nabi Ibrahim yang memperjuangkan tauhid, mereka dituntut supaya meninggalkan kesyirikan dan memilih tauhid, mereka juga dituntut supaya tidak memakan rezeki yang haram sebaliknya memakan benda-benda yatg halal. Sikap tidak bersyukur kepada ni'mat Allah juga hendaklah ditukar dengan sikap bersyukur kepadaNya (Ayat: 114).
فَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَٱشْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.
(b) Orang-orang kafir Quraisy telah diancam melalui satu tamsilan yang sangat cantik bahawa sifat tidak bersyukur dan tidak mengenang budi mereka boleh menyebabkan Allah merasakan kelaparan dan ketakutan kepada mereka (Ayat: 112)
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلْجُوعِ وَٱلْخَوْفِ بِمَا كَانُوا۟ يَصْنَعُونَ
sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduknya) mengingkari nikmat-nikmat Allah, karena itu Allah menimpakan kepada mereka bencana kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka perbuat.
(c) Orang-orang musyrikin diingatkan bahawa moyang mereka Nabi Ibrahim dahulu adalah seorang yang sangat bersyukur, dia tidak menerima kesyirikan sebaliknya memilih tauhid yang suci, kerana itulah Allah telah memilihnya untuk menjadi imam (pemimpin) dan kerana itulah juga Allah telah meletakkannya di atas landasan صراط مسطقيم, mereka juga sepatutnya tidak memilih jalan kufur sebaliknya memilih jalan tauhid (Ayat: 121).
شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
dia mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Allah telah memilihnya dan menunjukinya ke jalan yang lurus.
11. Tuntutan menunaikan hak-hak Allah dan janji Allah.
(a) Manusia diperintahkan supaya menunaikan janji yang telah dibuat mereka dengan Allah (Ayat: 91).
وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا۟ ٱلْأَيْمَٰنَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ ٱللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah, setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
(b) Mereka juga dituntut supaya tidak membelakangkan janji dengan Allah semata-mata untuk mendapat
kepentingan dunia yang murah (Ayat 95).
وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِعَهْدِ ٱللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًاۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu jual perjanjian (dengan) Allah dengan harga murah, karena sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan